Bukti Mentaliti Elite Tahap Dewa Ronaldo Sebelum Juve Benam Barcelona 3-0

Mentaliti elite tahap dewa Cristiano Ronaldo yang sentiasa mahu menang terbukti sebelum Juventus membenam Barcelona 3-0 di saingan peringkat kumpulan Champions League.

Semua ini telah dirakam dan didokumentasikan dalam satu siri All or Nothing: Juventus yang bersiaran di platform berbayar atas talian Amazon Prime yang memaparkan perjalanan Juventus sepanjang musim 2020/21.

Sudah pastilah filem dokumentari ini akan memberi fokus yang lebih kepada Cristiano Ronaldo kerana pemain bintang tersebut mempunyai nilai pemasaran yang tinggi.

Pengikut di media sosial pun dah beratus juta.

Nilai Komersil Yang Ada Pada Ronaldo suatu ketika dahulu

Ada satu detik dalam dokumentari ini telah menjadi bukti paling sempurna yang menunjukkan mentaliti elite yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo.

Juventus perlu menang dengan tiga gol atau lebih untuk memotong Barcelona dan menduduki tempat teratas kumpulan mereka untuk mendapat laluan mudah dipusingan kalah mati.

Dalam rakaman video itu, bekas Ketua Pegawai Bola Sepak Juve, Fabio Paratici dilihat bercakap dengan Naib Pengerusi, Pavel Nedved menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada Disember 2020.

Pavel Nedved pada ketika itu tidak yakin dan tidak pasti samada kemenangan tiga gol tanpa bolos boleh diraih menentang Barcelona dan meluahkan kegusaran itu kepada Fabio Paratici.

Nedved : Susah kita nak menang 3-0 lawan Barcelona ni Ci.

Fabio Paratici yang kini bersama Tottenham Hotspur dan insan yang berjaya mempengaruhi Antonio Conte ke sana segera membalas penuh yakin.

Paratici : Cristiano cakap boleh ved.

Nedved : Do cakap macam tu?

Jadi apakah yang terjadi? Juventus telah berjaya menewaskan Barcelona 3-0 di Camp Nou bai dan apa yang dikatakan Do (Ronaldo) bukan omong kosong.

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan dua gol dan kedua-duanya melalui sepakan penalti dan Weston McKennie turut mencetak nama selaku penjaring.

Ben Turner yang berkerja bersama produksi Fulwell 73’s untuk menghasilkan dokumentari ini telah bercakap keterujaan beliau membuat liputan mengenai Ronaldo:

“Ia agak menakjubkan. [Ronaldo] benar-benar mempunyai aura dan anda boleh melihat semua orang meningkatkan permainan mereka apabila dia datang.” Ujar Turner kepada Football Italia.

“Saya rasa dia sebahagian besar daripada cerita tetapi bukan keseluruhan cerita musim Juventus. “Jadi keseimbangannya adalah betul.”

Turner menjelaskan, Dokumentari ini sebahagian besar akan memaparkan detik Ronaldo tetapi secara keseluruhan ia seimbang mengakui, Turner turut menambah bahawa masa Ronaldo di kelab itu sudah pasti akan berakhir:

“Menjelang penghujung musim, anda boleh merasakan masanya mungkin akan berakhir di Juve.

“Tetapi ia akan jadi lebih penting jika mungkin ini musim terakhir [Giorgio] Chiellini atau [Gigi] Buffon dari perspektif kelab dan liga Itali.”

Walaupun Ronaldo mempunyai nama besar dalam dunia bola sepak tetapi di Juventus pemergian Chiellini dan Buffon lebih memberi kesan kepada emosi kelab dan liga Itali.

Footage Pergaduhan Ronaldo dan Cuadrado

Sebelum ini telah tersebar dan tular footage atau rakaman video pergaduhan antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado di bilik persalinan ketika perlawanan menentang Porto.

Juventus telah dikejutkan oleh Porto dipusingan 16 terbaik Champions League pada musim 2020/21 walaupun di atas kertas seperti mendapat laluan mudah untuk ke suku akhir.

Juventus pada ketika itu hadir untuk perlawanan kedua pusingan 16 terbaik selepas tewas 2-1 di Portugal pada perlawanan pertama.

Segalanya tidak menjadi untuk perlawanan kedua buat Juventus di Allianz Arena dan pada ketika itu Andrea Pirlo masih lagi bergelar pengurus.

Tamat 45 minit pertama, Juventus ketinggalan 1-0 hasil jaringan Sergio Oliveira pada minit ke-19 melalui sepakan penalti dan secara agregatnya menjadi 3-1 berpihak kepada Porto.

Satu dokumentari yang bertajuk ‘All or Nothing: Juventus’ telah merakamkan detik yang penuh menakjubkan yang sarat dengan emosi dan mentaliti mahukan kemenangan yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo.

Lantaran itu terjadi pergaduhan mulut antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado selepas Ronaldo menuntut pasukan untuk beraksi lebih baik.

Cristiano Ronaldo nyata dan terbukti tidak gembira dengan persembahan separuh masa pertama Juventus.

Ronaldo: “Kita perlu bekerja lebih keras. Apa itu sial! Kita langsung tidak bermain! Tak buat apa-apa!”

Juan Cuadrado memegan bahu Ronaldo untuk menenangkan beliau namun Ronaldo terus beremosi dan membawa kepada pergaduhan mulut.

Cuadrado: “Jangan risau”

Ronaldo: “Kita main po taik! Sokmo (selalu) gitu!”

Cuadrado: “Kau patut jadi contoh untuk semua orang”

Ronaldo: “Termasuk aku juga main po taik. Kita perlu memberitahu perkara sebenar antara satu sama lain, kito main po taik! Ini perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu ada personaliti.”

Pirlo kemudian masuk ke dalam bilik dan menegur kedua-dua pemain supaya tidak terjadi pergaduhan fizikal.

Pirlo: “Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini, mari kita pergi. Cukuplah, Cri. Cukuplah, Juan. Kita perlu bertenang dan bersabar. Kita akan meneruskan semangat ini, tetapi tanpa berbalah, dengan postur seseorang yang mahu menang.”

Ketenangan telah diwujudkan oleh Andrea Pirlo yang mahu semangat dan emosi itu ditukar kepada aura positif di dalam padang.

Hasilnya Juventus berjaya bangkit dan menewaskan Porto 3-2 namun malang sekali Juve tetap tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawanan selepas terikat agregat 4-4.

Rakaman turut merakamkan reaksi Ronaldo selepas perlawanan dan jelas ternyata Ronaldo sangat kecewa. Mungkin menangis teresak-esak sambil rakan sepasukan yang lain nampak sugul.

Dalam perlawanan tersebut Cristiano Ronaldo teruk dikritik dan dikecam kerana beraksi dengan hambar sekali, Selain dari mencatatkan assists untuk jaringan dari Federico Chiesa.

Cristiano Ronaldo jelas tidak berfungsi dalam perlawanan tersebut dan terus dibelenggu masalah badi prestasi setiap kali bertemu Porto.

Pemain kebangsaan Portugal itu jugatelah dipersalahkan atas penyingkiran Juventus dari saingan liga Juara-juara musim lalu.

Beliau dianggap punca kepada gol jaringan Sergio Oliveira pada masa tambahan kerana tidak membuat benteng dengan betul.

Oliveira melepaskan rembatan leret dari jarak yang agak jauh untuk menewaskan Wojciech Szczesny dengan bekas penjaga gol Arsenal itu gagal untuk menepis keluar bola tersebut.

Ronaldo dan Szczesny berdepan dengan kritikan teruk dari kalangan peminat selepas kedua-dua mereka gagal memainkan peranan masing-masing sehingga bolos gol penting yang menyebabkan mereka tersingkir.

Itulah kisah lama Ronaldo dan Juventus, kini Ronaldo telah kembali ke Old Trafford untuk menjadi Setan Merah kembali, pasti Ronaldo tiap perlawanan mengamuk dengan Harry Maguire dan juga gandingan McFred yang tidak masuk akal.

BACA:  Ronaldo Terus Gagal Beri Impak, Al Nassr Terciduk Di Separuh Akhir