Bukti Nyata Salah Dan Mane Mempunyai Hubungan Baik Tidak Seperti Yang Digambarkan Oleh Internet

Pada musim lalu, Liverpool memulakan kempen saingan Premier League dengan baik, namun selepas beberapa perlawanan, persembahan mereka mulai merosot.

Mereka dianggap Juara bertahan paling teruk dalam sejarah Premier League dengan para pemain Liverpool juga tidak berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Jentera serangan Liverpool yang dibarisi oleh pemain seperti Sadio Mane, Mo Salah dan Roberto Firmino turut teruk dikritik kerana tidak mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

Kebanyakan media menganggap era trio serangan Liverpool itu sudah berakhir, dengan mereka sudah tidak sehaluan lagi.

Selain pihak media, para peminat sendiri turut percaya yang hubungan Sadio Mane dan Mo Salah mempunyai masalah, dengan kedua-dua mereka sedang bergaduh.

Pelbagai spekulasi dicetuskan dan antara paling hangat diperkatakan adalah kerana Mo Salah bersikap tamak, dan Mane tidak gembira dengan hal itu.

Kisah perselisihan faham antara mereka semakin hangat disensasikan oleh pelbagai pihak di internet yang menganggap Mane dan Salah benar-benar sedang bergaduh.

Walau bagaimanapun, pada musim ini, dengan skuad Liverpool tidak lagi berdepan masalah kehilangan ramai pemain utama seperti musim lalu, mereka dilihat telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.

Bahkan Liverpool merupakan satu-satunya pasukan Inggeris yang masih belum mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang musim ini.

Mo Salah tidak dinafikan lagi merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan beliau berjaya menjaringkan gol dalam semua lapan perlawanan terakhir Liverpool pada musim ini.

Jelas sekali tidak ada mana-mana pemain yang berjaya mempamerkan aksi persembahan lebih baik dari beliau, yang jelas sedang mengharungi musim terbaik sepanjang kariernya pada ketika ini.

Menariknya lagi, Salah juga turut beberapa kali mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane pada musim ini, secara tidak langsung, ia membuktikan yang mereka sebenarnya tiada masalah peribadi.

Bukti paling nyata yang membuktikan kedua-dua Salah dan Mane sebenarnya tiada masalah, adalah melihat keraian mereka ketika aksi bertemu Watford baru-baru ini.

Salah mencipta assists yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk gol jaringan Sadio Mane dan ia merupakan gol ke-100 bintang Senegal itu dalam saingan Premier League.

Ketika meraikan gol itu, Sadio Mane dilihat menjerit ‘Come On King!’ ke arah Salah yang sedang berlari untuk memeluk beliau.

Ia jelas sekali membuktikan yang mereka sebenarnya mempunyai hubungan yang baik-baik sahaja, dan hanya pihak media dan peminat yang mencetuskan pelbagai spekulasi berkait perhubungan mereka.

Bahkan Sadio Mane turut memuji Salah dengan menyatakan:

“Saya rasa ia merupakan gol yang lebih bagus berbanding ketika bertemu City. Tapi itu tidak mengejutkan kami kerana kita semua tahu kualiti dia dan dia merupakan salah seorang pemain terhebat dunia pada ketika ini.”

“Kita tahu bagaimana dia boleh menggerakkan bola, dia membuktikannya ketika bertemu City, yang mana ia juga gol yang menakjubkan, jadi untuk dia menjaringkan gol seperti ini sudah menjadi hal yang biasa.”

“Ia jelas sekali gol yang sangat indah dan saya sangat gembira untuk dia.”

Jelas Sadio Mane kepada LiverpoolEcho.

Hal ini membuktikan yang Sadio Mane masih memandang tinggi pada Mo Salah dan sedar yang bintang Egypt itu sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Penjaga gol Watford, Ben Foster sendiri turut mengakui kehebatan Salah dengan beliau menyatakan:

“Ada satu ketika, bila dia dapat bola, sebagai penjaga gol, kita memang risau. Dia boleh lakukan apa saja. Masuk ke dalam, rembat dari luar, fizikal yang kuat, pergerakan yang menakjubkan dan work rate dia sungguh dasyat.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sendiri mengakui tiada pemain yang mampu lakukan lebih baik berbanding Mo Salah pada ketika ini.

“Ayuh lah, siapa yang lebih bagus dari dia?”

Jelas Klopp dalam temu bual selepas tamat perlawanan bersama BT Sport.

“Kita tidak mahu bercakap tentang apa Messi dan Ronaldo lakukan dalam dunia bola sepak dan dominasi mereka, tapi sekarang, Salah yang terhebat.”

“Persembahan dia sangat menakjubkan. Hantaran dia untuk gol pertama sungguh dasyat, dan gol jaringan dia sangat istimewa.

Dia berada di puncak dan kita semua nampak itu.”

Sumber: TheAnfieldTalk

BACA:  Jual Salah Kerana Liverpool Bermain Lebih Baik Tanpa Salah