Bukti Nyata Yang Membuktikan Lewandowski Sudah Tak Ada Hati Untuk Kekal Bersama Bayern

Salah seorang peminat telah menulis di laman twitter tentang mengapa beliau merasakan yang Robert Lewandowski tak gembira untuk terus bersama Bayern Munich.

Bintang kebangsaan Poland itu turun menyertai sesi latihan bersama skuad Bayern Munich dan beliau dikatakan terlalu terdesak mahu meninggalkan kelab.

Lewandowski sebelum ini hangat dikaitkan dengan perpindahan bernilai €50 juta untuk menyertai Barcelona dan beliau turut sudah menyuarakan keinginanannya itu kepada kelab.

Pemain penyerang itu memberitahu kelab yang beliau mahu mengakhiri karier luar biasa gemilangnya di Allianz Arena pada musim panas ini.

Terlalu banyak kejuaraan, anugerah individu dan rekod yang dicipta oleh Lewandowski bersama Bayern Munich dan jelas sekali ramai peminat bersedih mengenangkan hal tersebut.

Memandangkan urusan perpindahan beliau menyertai Barcelona masih belum menemui kata sepakat, bekas bintang Barcelona itu hari ini kembali untuk sertai sesi latihan bersama kelab.

Media Jerman, BILD tampil mendedahkan tentang pemerhatian mereka terhadap tingkah laku Lewandowski ketika kembali menyertai sesi latihan bersama kelab.

Lewandowski tiba di padang latihan Bayern Munich, Sabener Strasse dengan menaikki Audi miliknya, namun beliau sebenarnya terlewat selama enam minit.

Kebiasaannya, pemain berusia 33 tahun itu bakal menjadi antara pemain terawal yang akan tiba di padang latihan, dan melihat beliau terlewat, jelas sekali ada yang tak kena dengannya.

Hanya jasad sahaja yang berada di sana dengan fikiran beliau sepertinya sudah sampai ke Nou Camp pada ketika ini.

Pada jam 10:31am, Lewandowski memakai jersi putih emas terbaru kelab dan sekadar berdiri di padang sambil memerhatikan rakan sepasukannya yang lain.

Beliau akhirnya tetap meneruskan sesi latihan tapi jelas sekali yang beliau tidak memberikan 100% seperti kebiasaannya beliau berikan.

Bahasa tubuh yang beliau tunjukkan jelas menunjukkan yang beliau tak gembira dan beliau juga dilihat tidak begitu bercakap dengan rakan sepasukannya.

Sesekali beliau dilihat bercakap dengan Leon Goretzka dan Jamal Musala dan selebihnya beliau sekadar buat hal sendiri dan memerhati keadaan sekeliling.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, Lewandowski bahkan langsung tidak berbual dengan pengurusnya, Julian Nagelsmann sepanjang sesi latihan tersebut.

Menurut gambar yang sedang tular pada ketika ini, Lewandowski dilihat langsung tak berminat untuk mendengar apa sahaja arahan yang diberikan oleh pengurus dari Jerman itu.

Beliau dikatakan lebih kerap melihat luar padang latihan, tak peduli dengan sesi latihan dan sesekali merenggangkan betisnya.

Selepas tamat sesi latihan fitness, para pemain Bayern Munich bermain sesama sendiri dan Lewandowski dilihat bermain bersama Team A.

Walau bagaimanapun, sepanjang permainan tersebut, Lewandowski langsung tak menjaringkan gol dan hal itu sebenarnya sangat aneh untuk disaksikan.

Beliau dituduh langsung tidak mengejar bola dan lebih teruk lagi, beliau telah menunjukkan sikap sebenarnya selepas itu.

Pasukan yang kalah perlu memakai bibs, dan mereka turut diarahkan untuk melakukan press up sebagai hukuman kerana kalah.

Walau bagaimanapun, Lewandowski menolak untuk melakukan itu dan beliau dengan tenang pergi mendapatkan minuman.

Lewandowski sekadar membuang masa berada di sana sambil melihat sahaja rakan sepasukannya dan selepas 22 minit beliau segera berhenti.

Laporan sama turut menjelaskan yang Nagelsmann dan skuad tidak pasti bagaimana untuk berunding dengan pemain utama kelab itu.

Bayern Munich sepertinya berhasrat mahu memujuk beliau untuk kekal, namun sepertinya potensi untuk beliau kekal tersangatlah tipis.

Berbeza dengan Sadio Mane, pembelian terbaru kelab itu dilihat bersemangat menjalani latihan dengan beliau hadir 109 minit lebih awal berbanding pemain lain.

https://twitter.com/WhoScored/status/1547194128378773505?t=-ROQwOLKyR584bIF0Yn3Lw&s=19

Beliau bahkan turut kekal di padang latihan lebih dari enam jam dan hal itu sememangnya sungguh luar biasa menakjubkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Nou Camp Akan Diubahsuai Jadi Tapak Perkuburan Berkapasiti 26,000