Bukti Salah Merupakan Pemain Terulung Dalam Perlawanan Besar

Penyerang antarabangsa Egypt, Mohammed Salah berjaya mempamerkan prestasi yang menakjubkan walaupun baru sahaja menyertai Liverpool Ogos lalu. Sejak tiba di bumi Merseyside dari AS Roma pada bulan Julai yang lalu, Salah telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan melebihi dari apa yang diharapkan.

Pemain sensasi Liverpool power this is our year juga berazam mahu membantu pasukannya mengakhiri kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan percaya prestasi semasanya boleh membantu Liverpool memenangi sesuatu musim ini.

Beliau berjaya menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan sejak berpindah dari AS Roma dan impiannya untuk memenangi sesuatu bersama Liverpool mungkin tidak termasuk memenangi Liga perdana Inggeris.

Dua gol dari Salah ketika menentang Tottenham Hotspurs yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang penuh kontroversi itu juga telah menobatkan Salah sebagai pemain Liverpool paling pantas menjaringkan 20 gol untuk Liverpool. Salah memerlukan 25 perlawanan sahaja.

Salah juga disebut-sebut sebagai calon pilihan memenangi anugerah PFA Player of the Year walaupun liga masih berjalan kerana prestasi yang luar biasa dipamerkan Salah dan ‘This is our year’ sudah sebati dengan Liverpool maka tidak peliklah Salah juga menjadi sebutan.

Statistik juga membuktikan bahawa Salah merupakan pemain terulung dalam perlawan besar menentang pasukan 6 teratas di Liga Perdana Inggeris, di mana Salah telah menjaringkan 7 gol dan terbanyak berbanding pemain pasukan 6 teratas yang lain.

Salah unggul dihadapan berbanding pemain lain seperti Kevin De Bruyne, Leroy Sane, Harry Kane dan rakan sepasukannya Roberto Firmino yang hanya menjaringkan 3 gol sahaja. Empat gol di belakang ‘the Egyptian King’.

Lebih padu dan menarik, Salah menjaringkan gol lebih banyak berbanding pasukan Manchester United dan Chelsea dalam perlawanan menentang pasukan 6 teratas. Chelsea menjaringka 6 gol dan Manchester United 5 gol.

Setakat ini Salah hanya gagal menjaringkan gol menentang Manchester United yang meletakkan bas di padang dan Salah mampu melakukannya dalam perlawanan di Old Trafford pada 10 Mac ini.

Baca Juga

Baca Juga