Bumbung Old Trafford Masih Bocor, Peminat Minta Glazer Cepat Baikinya

Isu  bumbung di Old Trafford yang bocor dan berlubang bukannya isu baru. Ianya sudah berlaku bertahun tahun lamanya. Membuatkan peminat Man United sudah lama berbulu dengan Glazer yang dianggap tidak serius dalam menguruskan kelab itu.

Stadium Old Trafford adalah tempat yang digelar Teater Impian oleh semua pemain bola sepak. Namun sedihnya, pada hari ini stadium itu tak dijaga sebaiknya dan bumbung pun bocor dan seringkali menjadi tempat untuk persembahan komedi.

Seringkali tular video di mana air turun mencurah curah jatuh seperti limpahan coklat ke ladang gandum di stadium ikonik dengan 76,000 tempat duduk itu setiap kali hujan.

Man United benar benar diaibkan oleh jiran mereka yang memiliki stadium cantik, iaitu Man City berada di sebelah mereka. Di mana air telah tercurah dari bumbung. Ramai yang bersilat mengelakkannya.

Ianya menjadi markas rasmi Setan Merah dalam mencederakan mangsanya sehingga binasa. Hampir semua pasukan kalau boleh tak mahu bertandang ke Old Trafford kerana ianya satu lawatan yang sia sia.

Old Trafford merupakan stadium yang sudah lama dibina. Dan ianya diperbesarkan lagi pada era 90-an dan kemudian pada 2000-an pun ada.

Walaupun ia nampak indah dan canggih dari kaca tv, namun sebenarnya Old Trafford menderita kerana tidak dijaga rapi.

Berdasarkan anggaran, kos membaiki stadium itu memerlukan £200 juta untuk memastikannya kembali cantik dan berseri serta pulih sepenuhnya.

Untuk sebuah pasukan yang diiktiraf ketiga paling kaya di bumi ini, ianya perkara yang memalukan. Kerana jiran-jiran dan musuh domestik mereka memiliki stadium yang cantik dan selamat.

Diharap perkara ini akan diperbaiki, dan Teater Impian itu akan selamanya menjadi Teater Impian semua anak anak kecil yang lahir di dunia ini.

Celik sahaja terus menyematkan Manchester United di dalam diri mereka lalu berzikir GGMU dan tidak sesekali pernah terfikir menulis YNWA.

Masih bocor

Terbaru dalam aksi antara Man United dan Crystal Palace, penyokong Manchester United dilihat lencun ditimpa hujan kerana bumbung sudah bocor.

Kyle Hall yang menjadi penyokong tegar Manchester United telah mendesak Glazer untuk melabur dalam membaiki bumbung stadium keramat kesayangan peminat Man United itu.

Hati pun tak tenteram nak menyaksikan pemain yang handalan seperti Marcus Rashford. Nak maki pemain pun susah macam ni sebab mulut asyik masuk air limpahan dari atap stadium yang penuh taik burung.

Glazer sedang berbincang dengan potensi pembeli kelab Manchester United yang kini menjadi pasukan yang dibarisi bintang handalan seperti Bruno Fernandes dan bekas pemain sasaran Barcelona, Harry Maguire.

Malang sekali rundingan itu tergendala buat masa ini, kerana harga tak masuk akal diminta Glazer. Namun peminat United tetap optimis kelab itu akan menjadi milik Pak Arab selepas ini.

Baca Juga

Baca Juga