Bundesliga R28: Borussia Dortmund (0) VS (1) Bayern Munich

Saingan Bundesliga kembali bersambung pada 16 Mei lalu selepas digantung hampir dua bulan ekoran dari penularan wabak yang sedang teruk melanda dunia.

Borussia Dortmund memulakan kembali saingan liga dengan kemenangan besar 4-0 menewaskan Schalke 04 dan Bayern Munich pula menundukan FC Union Berlin dengan keputusan 2-0.

Untuk perlawanan pusingan ke-27 saingan Bundesliga pula, Dortmund dan Bayern Munich masing-masing berjaya untuk mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan lawan mereka.

Bayern kini mengumpul 61 mata dari 27 perlawanan empat mata mendahului Borussia Dortmund yang berada dikedudukan kedua dalam saingan liga.

Pertemuan derby terhebat dalam saingan bola sepak Jerman antara kedua-dua pasukan ini pastinya sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat untuk melihat perebutan mahkota kejuaraan saingan Bundesliga musim ini.

Adakah Bayern akan menjarakkan mata lebih jauh atau Borussia Dortmund akan merapatkan lagi jurang mata antara mereka dan mencuba untuk merampas Piala kejuaraan liga musim ini.

Bayern turut ke Signal Iduna Park menentang Borussia Dortmund pada awal pagi tadi dengan kesebelasan terbaik mereka.

Erling Haaland hampir saja membuka tirai jaringan diawal minit pertama perlawanan selepas mendapat bola muntah dari Neuer, namun rembatan beliau dikeluarkan oleh Boateng betul-betul diatas garisan gol.

Sepuluh minit pertama perlawanan memperlihatkan Dortmund menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke arah gawang gol Bayern.

Minit ke sembilan Dortmund berjaya mendapatkan gol awal dalam perlawanan ini namun jaringan itu dibatalkan kerana Thorgan Hazard berada dalam kedudukan Offside.

Pada minit ke-18 Bayern Munich hampir mengejutkan Dortmund dengan jaringan awal dari Gnabry, namun mujur bola tersebut berjaya dikeluarkan oleh Akanji.

Pada minit ke-22 Kingsley Coman mendapat peluang keemasan dihadapan gol Dortmund namun sayangnya rembatan kencang beliau berjaya diselamatkan oleh Roman Burki.

Sehingga minit ke-30 Bayern Munich dilihat lebih banyak mengasak gawang gol Dortmund dan sesekali gawang mereka juga diuji oleh Haaland dan Hazard.

Punya hebat rakaman suara penonton yang dipasang sepanjang perlawanan nj sampai dengar seolah bunyi asli. Kena betul bunyi yang ada dengan situasi yang berlaku atas padang.

Minit ke-38 Alphonso Davies berjaya melepasi tiga pertahanan Borussia Dortmund untuk masuk ke dalam kotak penalti dan melorongkan bola ke tengah namun beliau terkandas ketika berhadapan dengan Hummels.

Pada minit ke-42 Joshua Kimmich berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Bayern Munich dengan satu bola lambungan yang cantik dan kemas menewaskan Roman Burki.

Bermula dengan kesilapan dari barisan pertahanan Dortmund yang agak kelam kabut dihadapan gol kemudian penjaga gol mereka pula sudah meninggalkan gawang gol memudahkan Kimmich untuk melambungkan bola menerjah sebelah kanan gawang gol Dortmund.

Perlawanan tamat dengan keputusan separuh masa pertama, Bayern Munich mendahului Borussia Dortmund dengan keputusan 1-0.

Masuk babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata dengan saling berbalas serangan. Namun tiada percubaan berbahaya yang berjaya dilancarkan.

Burki berjaya menyelamatkan beberapa siri serangan dari Bayern Munich untuk melindungi gawang golnya dari dibolosi kali kedua dalam perlawanan ini.

Perlawanan tamat dengan keputusan Bayern Munich menang tipis 1-0 keatas Borussia Dortmund dan berjaya menajarakkan diri dipuncak Liga dengan kelebihan 7 mata.

Kesebelasan Utama Borussia Dortmund dan Bayern Munich:

Borussia Dortmund

Burki, Akanji, Hummels, Piszczek, Hakimi, Guerreiro, Delaney, Dahoud, Brandt, Hazard, Haaland

Pemain simpanan

Hitz, Reyna, Sancho, Witsel, Morey, Balerdi, Can, Gotze, schmelzer.

Bayern Munich

Neuer, Pavard, Lewandowski, Boateng, Goretzka, Davies, Gnabry, Muller, Alaba, Coman, Kimmich.

Pemain simpanan

Ulreich, Odriozola, Martinez, Cuisance, Perisic, Hernandez, Batista-Meier, Mai, Zirkzee.

BACA:  Bundesliga: Perlawanan Terpaksa Ditangguhkan Kerana Kepala Pembantu Pengadil Dilempar Dengan Tin Beer