Buruk Sangatkah Jersi Ketiga Setan Merah Sehingga Ditroll Satu Dunia?

Manchester United telah mengumumkan jersi ketiga mereka yang sangat meriah dengan corak yang unik sehingga menjadi bahan troll oleh satu dunia. Buruk sangatkah jersi ketiga Setan Merah?

Jersi bercorak belang hitam dilatarkan dengan warna putih jersi itu telah di mata ramai kelihatan seperti jalur yang ada pada seekor kuda belang atau Zebra.

Kuda belang adalah ahli genus Equus, yang juga termasuk keldai dan kuda . Terdapat tiga spesies zebra: Plains atau zebra Burchell (Equus quagga), zebra Grévy(Equus grevyi) dan zebra gunung (Equus zebra).

Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa belang pada badan Zebra berfungsi sebagai mekanisme penyamaran dan mengelirukan musuh serta pemangsa bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mungkin pendapat Ahli Zoologi inilah yang diambil dan dijadikan rujukan untuk menghasilkan jersi ketiga Manchester United ini. Untuk mengelirukan pihak lawan dan muncul juara.

Adakah Manchester United memperoleh ilham dari kapal perang semasa perang dunia pertama dan kedua?

Semasa perang dunia pertama dan kedua, beratus-ratus kapal telah dicat dengan warna hitam putih menyerupai corak yang ada pada kuda belang.

Kapal perang diwarnakan sedemikian rupa bagi tujuan penyamaran dan teknik penyamaran yang mempesonakan ini telah dicipta oleh Pelukis Britis Marine, Norman Wilkinson.

Idea penyamaran ini bukan untuk menyembunyikan kapal tetapi untuk menipu dan mengelirukan musuh, kapal bercorak zigzag ini sukar dilihat musuh.

Corak ini jika dilihat dengan mata kasar sangat memeningkan lalu menyukarkan musuh untuk menanggar jarak, kelajuan dan arah pergerakan kapal.

Jika ini diadaptasikan oleh Setan Merah agak-agak lawan terkeliru tak dengan larian deras Daniel James? Tapi jersi ketiga jarang dipakai

Ready For The Noise

Sebelum rupa bentuk jersi ketiga yang sangat menarik ini didedahkan kepada umum, Manchester United telah mengeluarkan satu video teaser di laman media sosial rasmi mereka.

Apa yang menarik dalam video ini selain jalur hitam putih yang memeningkan adalah perkataan ‘Ready For The Noise’ yang juga disusuli dengan tanda pagar #ReadyForTheNoise.

Ternyta selepas jersi ketiga ini diumumkan secara rasmi maka dunia maya telah menjadi kecoh dan huru-hara terutamanya peminat bola sepak.

Mungkin inilah kebisingan yang telah dijangkakan apabila jersi ini diumumkan. Rata-rata menyamakan jersi Setan Merah ini dengan kuda belang.

Gula-gula Tom Tom menaja Setan Merah? Gula-gula Tom Tom merupakan gula-gula menthol yang melegakan sakit tekak yang berasal dari Nigeria.

Jersi ini sempena solidariti untuk Harry Maguire?

Jangan sampai David De Gea sendiri terkeliru.

Jersi terbaru Manchester United ini telah menarik perhatian pihak zoo. Chester Zoo secara berseloroh telah membuat Tuntutan kerana Perlanggaran Hak Cipta.

Grevy zebra kini berhadapan dengan masalah kepupusan dan hanya 2000 ekor sahaja yang tinggal dan Chester Zoo sedang berjuang untuk mengelakkan masalah kepupusan ini.

Jika pemain Machester United dan peminat mereka memakai jersi ini walaupun kelihatan seperti kuda belang tidak mampu untuk menghalang kepupusan.

BACA:  Matic Gesa Manchester United Beli Pemain Yang Lebih Berpengalaman