Pemain midfield Barcelona, Sergio Busquets mengakui yang memecat Ronald Koeman bakal menjadi hal yang paling mudah selepas kekalahan Barca di tangan Benfica awal pagi tadi.
Beliau walau bagaimanapun meminta kesemua para pemain untuk bertanggungjawab atas kekalahan itu dan tidak hanya menyalahkan pengurus.
Pemain veteran itu mengakui yang situasi di Barca pada ketika ini sangat kritikal dan mendakwa hal paling mudah untuk mereka lakukan adalah memecat Ronald Koeman.
Busquets, Frenkie de Jong & Koeman on Barça's latest failure. And what it might mean for Koeman's future ahead of Saturday's trip to Atletico https://t.co/UeXhUxGW4D
— Samuel Marsden (@samuelmarsden) September 29, 2021
Gergasi Catalan itu menderita kekalahan 3-0 di tangan Benfica di Lisbon awal pagi tadi, dengan mereka kini gagal mengutip sebarang mata dari dua perlawanan awal dalam saingan Champions League musim ini.
Ia merupakan pertama kali dalam sejarah kelab, yang mana mereka tewas dalam dua perlawanan pertama dalam saingan Champions League.
Ia secara tidak langsung menyebabkan laluan untuk mereka mara ke pusingan kalah mati semakin sukar dan membuka luas laluan untuk mereka disingkirkan dari kejohanan.
Ronald Koeman setakat ini masih gagal untuk membawa Barca ke kedudukan selamat dengan aksi anak-anak buahnya sangat hambar sepanjang musim ini.
Dalam saingan La Liga, Barcelona telah mencatatkan dua keputusan seri bertemu pasukan bawahan, Granada dan Cadiz.
Serigo Busquets isn't letting Ronald Koeman take all the blame 🗣 pic.twitter.com/TB1HU3eOPH
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) September 29, 2021
Dua gol jaringan Darwin Nunez dan gol jaringan Rafa Silva sudah cukup untuk membantu Benfica menewaskan Barcelona 3-0.
Hal ini menjadikan Barcelona sudah merekodkan enam bolos dan masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan peringkat kumpulan.
Ia merupakan hari yang teruk untuk Ronald Koeman, dan lebih teruk lagi, mereka turut kehilangan Eric Garcia pada minit-minit akhir permainan kerana dilayangkan kad merah.
The Barcelona boss appears to be on the brink https://t.co/VB73pqeDaA
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 29, 2021
Kekalahan Barca menyebabkan ramai yang memperdebatkan tentang masa depan Ronald Koeman dan menggesa kelab agar memecat pengurus dari Belanda itu.
Pemain veteran kelab, Sergio Busquets walau bagaimanapun meminta agar semua pihak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut, dan tidak meletakkan kesalahan di atas bahu Koeman seorang sahaja.
Busquets mendakwa situasi di kelab sangat kritikal dan turut membuat analisis tentang kekalahan skuadnya di Lisbon.
“Ia sangat sukar untuk dijelaskan. Pada akhirnya, ketika masuk situasi dalam kotak penalti, kami jadi tidak begitu klinikal.”
‘Is Koeman responsible?’
🗣️ Sergio Busquets: “In the world of football, the easiest thing is to fire a coach. We all have to take responsibility, we are in a critical situation and this is the truth.” pic.twitter.com/CXhgh99hUX
— infosfcb (@infosfcb) September 29, 2021
Jelas Busquets kepada Spanish TV.
“Kami sangat bagus, kami mencipta gerakan dan peluang. Kami tidak menjaringkan gol dan ketika kami leka, pihak lawan mengambil kesempatan.”
“Saya tak tahu jika jumlah percubaan kami beri kesan kepada keputusan. Kami ada peluang yang teruk. Statistik sangat bagus, tapi kami tidak klinikal dan tidak memanfaatkan peluang yang ada.”
“Ketika kami naik ke atas, mereka meletakkan kami dalam situasi satu lawan satu antara pemain pertahanan kami dengan pemain penyerang dia. Gol kedua dan ketiga mereka berpunca dari ini.”
“Perkara paling mudah adalah memecat Ronald Koeman, tapi kita semua perlu bertanggungjawab. Kita semua berada dalam situasi kritikal. Betul, sangat kritikal.”
I still have not been able to watch a single Liga or Champions League match. Everything I read makes me glad I did not. Busquets says sacking Koeman "would be easiest thing" after Barcelona loss. https://t.co/LEji5ET0A2
— BoricuaBarcelonina (@boribarcelonina) September 29, 2021
“Kita baru bermain dua perlawanan. Kita perlu fikir macam mana untuk perbaiki kekurangan dan mara ke peringkat seterusnya.”
“Kita perlu menang bertemu Dinamo Kiev dan lihat juga apa yang pasukan lain lakukan. Masih banyak yang tinggal dan kita perlu cuba untuk kekal positif.”
Ronald Koeman selepas tamat perlawanan turut menyatakan yang beliau dapat rasa sokongan dari para pemain, namun masih belum jelas tentang kelab.
“Keputusan akhir sangat sukar untuk diterima. Ini bukan keputusan yang kami nampak di atas padang.”
“Saya rasa para pemain bermain dengan sangat baik sehingga keputusan 2-0. Kita ada peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Itu sebenarnya cara untuk ubah permainan.”
Sergio Busquets says sacking Ronald Koeman "would be easiest thing" after Barcelona losshttps://t.co/VB73ppX2j2 pic.twitter.com/USGhrUzDJw
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 29, 2021
“Jika mereka menjaringkan gol dari peluang yang ada dan walau peluang sedikit, tapi mereka jaringkan 3 gol. Itu satu perbezaan yang ketara.”
“Mereka (Benfica) sangat fizikal dan sangat pantas. Saya rasa gol pertama dan kedua kami sepatutnya boleh bertahan dengan lebih baik.”
“Kami bernasib baik pengadil perlawanan tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Gerard Pique.”
“Saya tak mahu bincangkan tentang tahap pasukan ini. Semua orang tahu apa masalah Barca pada hari ini. Jadi tak perlu untuk saya jelaskan tentang pasukan.”
After yet another disappointing night in the Champions League against Benfica, that resulted in a 3-0 defeat for the Blaugranas, Ronald Koeman, Frenkie de Jong, Sergio Busquets, and Marc-André ter Stegen spoke with the press.
✍️ @KaziHamzah https://t.co/wgCPdn8miA
— Blaugranagram (@Blaugranagram) September 30, 2021
“Saya hanya boleh beri pandangan tentang kerja saya. Saya rasa sokongan dari pemain dan sikap mereka. Saya tak tahu yang lain. Saya tak tahu tentang kelab.”
Sumber: Mirror