BWF Gantung Zulfadli 20 Tahun Manakala Chun Seang 15 Tahun

Pemain Badminton Malaysia dan juga bekas juara dunia remaja Zulfadli Zulkiffli telah di dapati bersalah mengatur perlawanan dan digantung selama 20 tahun daripada terlibat dengan sebarang aktiviti melibatkan sukan badminton.

Pemain badminton profesion Tan Chun Seang yang juga terlibat dalam aktiviti yang boleh menjatuhkan negara ini digantung 15 tahun.

Zulfadli dan Chun Seang digantung kerana melanggar peraturan Badan Badminton Dunia (BWF) berkaitan Tatakelakuan dengan berjudi, bertaruh dan mengatur perlawanan.

Hukuman pengharaman kedua-dua pemain tersebut bermula 12 Januari 2018 di mana mereka dilarang terlibat dalam sukan badminton meliputi bidang pengurusan, kejurulatihan, perasmian majlis atau kejohanan badminton atau mempunyai fungsi dalam pembangunan.

Zulfadli juga turut didenda RM98,162 atau US$25,000 manakala Chun Seang didenda RM58,897 atau US$15,000.

Zulfadli didapati bersalah kerana terlibat dalam 27 kesalahan melibatkan kes mengatur perlawanan, manakala Chun Seang terbabit dengan 26 kes.

Badan bebas yang mengendalikan kes tersebut dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kedua-dua pemain itu terlibat dengan kesalahan rasuah dalam beberapa siri kejohanan bermula 2013.

“Bagaimanapun, Zulfadli lebih banyak melakukan kesalahan dan melakukannya untuk tempoh lebih lama berbanding Chun Seang, selain dapat dibuktikan telah memanipulasi keputusan dalam empat perlawanan,” katanya

Chun Seang dan Zulfadli berhak untuk membuat rayuan bawah Klausa 14 seperti termaktub dalam undang-undang BWF.

Zulkifli kini berusia 25 tahun. Kira la sendiri bila akan bebas.

Biodata

Nama : Zulfadli Zulkifli Sidek
Tarikh lahir: 11 Februari 1993
Tempat lahir: Los Angelas, Amerika Syarikat
Idola: Taufik Hidayat

Pencapaian

Juara MSSM MS 2004-2007

Juara MSSM MD 2003-2005

Juara U12 GP 2003-2005

Juara Sirkit Kebangsaan Junior

Peringkat Akhir (U14BS) 2007

Juara Terbuka Kedah MS division 2 2007

Juara U10 perseorangan lelaki Selangor

Juara U-12 Luster International Open 2005 di Sungai Petani

Juara MD dan MS (U-13) Kejohanan Remaja Antarabangsa
Malmo Sweeden 2005

Sirkit Junior Kebangsaan, Zon B Bawah 12 Tahun: Ketiga.
Juara Bergu Bawah 12 tahun MSSM

Juara Terbuka Sweden 2005 (Junior) Bawah 13 tahun
Juara Eropah 2006 (Junior) Bawah 15 Tahun

Yonex Sunrise Malaysia International Challenge 2007 – Champion

Sukan Teras 100Plus National Junior Circuit 2008 – Champion

Juara Terbuka Kedah 2009 Kedah (Bawah 21 Tahun)
Juara MSSM 2009 (Bawah 18 Tahun)

Juara Perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia 2011

Juara Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom September 2011

Juara Kejohanan Remaja Dunia Taiwan 2011

Baca Juga

Baca Juga