Calon Penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021

Malaysian Football League (MFL) pada hari ini telah mengumumkan senarai calon pemenang untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang akan dilangsungkan pada 4 Disember nanti.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 akan dilangsungkan secara virtual di Studio Spacelabs Technology, Bukit Jalil dan senarai calon pemenang sudah secara rasminya diumumkan pada hari ini.

Anugerah ini diadakan dengan tujuan untuk memberi penghargaan kepada para pemain atas sumbangan dan pencapaian masing-masing dalam kancah saingan liga bola sepak kebangsaan sepanjang tahun ini.

Ia juga sebagai salah satu penghormatan sempena menghargai bakat-bakat hebat dalam dunia bola sepak tanah air, tidak kira pemain mahupun pengurus.

Walaupun saingan Liga Malaysia pada tahun ini sedikit terjejas dek kerana impak dari wabak pandemik, yang mana ia menyebabkan Piala FA dan Challenge Cup tidak dapat diteruskan, namun ABK21 akan tetap diteruskan seperti biasa.

Para peminat sendiri sudah tentu tidak sabar untuk melihat siapa yang akan diumumkan sebagai pemenang dan diberikan penghargaan atas prestasi dan sumbangan mereka sepanjang tahun ini dalam saingan Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia.

Para tahun ini, sebanyak 16 kategori yang akan dipertandingkan termasuk, Kasut Emas, Penjaring Terbanyak Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021, Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021, Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

Pada hari yang sama juga, pihak MFL akan turut menyampaikan anugerah penjaring terbanyak saingan liga Super 2021 kepada Ifedayo Omosuyi yang berjaya menjaringkan 26 gol untuk Selangor FC.

Sementara Baddrol Bakhtiar pula akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021 selepas beliau berjaya menjaringkan tujuh gol untuk skuad Kedah.

Fernando Rodriguez (Johor Darul Ta’zim II) dan Jordan Mintah (Terengganu FC II) yang menghasilkan 16 gol masing-masing dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021.

Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021 dengan ledakan 9 gol.

Seramai 403 daripada 843 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK21 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik bagi tujuh kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 23 ketua jurulatih, 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier dan 23 wakil media bermula hari ini 19 November 2021 sehingga 21 November 2021:

CALON PENJAGA GOL TERBAIK

Asri Muhamad (PDRM FC)

Damien Lim (NEGERI SEMBILAN FC)

Farizal Marlias (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Kalamullah Al-Hafiz (PJ CITY FC)

Khairul Fahmi Che Mat (MELAKA UNITED FC)

Khairulazhan Khalid (SELANGOR FC)

Samuel Somerville (PENANG FC)

Sharbinee Allawee Ramli (SARAWAK UNITED FC)

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (SELANGOR FC 2)

Suhaimi Husin (TERENGGANU FC)

CALON PERTAHANAN TERBAIK

Arif Fadzilah Abu Bakar (TERENGGANU FC)

Daniel Ting (KUALA LUMPUR CITY FC)

Faris Shah Rosli (MELAKA UNITED FC)

Hakimi Abdullah (TERENGGANU FC)

Irfan Zakaria (KUALA LUMPUR CITY FC)

La’Vere Corbin-Ong (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Matthew Davies (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Quentin Cheng (PENANG FC)

Raffi Nagoorgani (PJ CITY FC)

Rizal Ghazali (KEDAH DARUL AMAN FC)

CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK

Afiq Fazail (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Al Hafiz Harun (PENANG FC)

Amri Yahyah (SABAH FC)

Baddrol Bakhtiar (KEDAH DARUL AMAN FC)

Natxo Insa (JOHOR DARUL TA’ZIM)

R. Barathkumar (NEGERI SEMBILAN FC)

S. Kumaahran (MELAKA UNITED FC)

Syahmi Safari (SELANGOR FC)

Syazwan Zainon (KEDAH DARUL AMAN FC)

Zhafri Yahya (KUALA LUMPUR CITY FC)

CALON PENYERANG TERBAIK

Abdul Malik Mat Ariff (SRI PAHANG FC)

Arif Aiman Hanapi (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Azhad Harraz Arman (SKUAD PROJEK FAM-MSN)

Danial Asri (SELANGOR FC)

Darren Lok (PJ CITY FC)

Faisal Abdul Halim (TERENGGANU FC)

Kogileswaran Raj (PJ CITY FC)

Nurshamil Abd Ghani (KELANTAN FC)

Safawi Rasid (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Zaquan Adha Abd. Radzak (NEGERI SEMBILAN FC)

CALON JURULATIH TERBAIK

Aidil Sharin Sahak (KEDAH DARUL AMAN FC)

Benjamin Mora (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Bojan Hodak (KUALA LUMPUR CITY FC)

E. Elavarasan (SARAWAK UNITED FC)

K. Devan (NEGERI SEMBILAN FC)

Nafuzi Zain (TERENGGANU FC)

P. Maniam (PJ CITY FC)

Tomas Trucha (PENANG FC)

Wan Rohaimi Wan Ismail (PDRM FC)

Zainal Abidin Hassan (MELAKA UNITED FC)

CALON PEMAIN MUDA TERBAIK

A. Selvan (NEGERI SEMBILAN FC)

Arif Aiman Hanapi (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Arif Shaqirin Suhaimi (KUALA LUMPUR CITY FC)

Azam Azmi Murad (TERENGGANU FC)

Azhad Harraz Arman (SKUAD PROJEK FAM-MSN)

Danial Asri (SELANGOR FC)

Mukhairi Ajmal Mahadi (SELANGOR FC)

Ruventhiran (PJ CITY FC)

Syafik Ismail (TERENGGANU FC II)

Ubaidullah Shamsul Fazili (SKUAD PROJEK FAM-MSN)

CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK

Bergson da Silva (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Gonzalo Cabrera (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Ifedayo Omosuyi (SELANGOR FC)

Jordan Mintah (TERENGGANU FC II)

Kpah Sherman (KEDAH DARUL AMAN FC)

Leandro Velazquez (JOHOR DARUL TA’ZIM)

Makan Konate (TERENGGANU FC)

Manuel Ott (MELAKA UNITED FC)

Romel Morales (KUALA LUMPUR CITY FC)

Uche Agba (SARAWAK UNITED FC)

Sumber: MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE

Baca Juga

Baca Juga