Calvin Ramsay Dedah Sebab Utama Mengapa Beliau Memilih Liverpool

Calvin Ramsay tampil mendedahkan faktor utama mengapa beliau memilih untuk melengkapkan perpindahannya ke Anfield pada musim panas ini.

Beliau teruja melihat bagaimana reputasi Liverpool dalam mengembangkan bakat-bakat muda mereka dengan memberikan para pemain minit permainan yang mencukupi.

Pemain pertahanan yang kini berusia 18 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool selepas gergasi Premier League itu melengkapkan perpindahannya dari Aberdeen dengan nilai £4.2 juta baru-baru ini.

Bercakap kepada Liverpoolfc.com di padang latihan Kirby, Ramsay menjelaskan tentang keterujaan beliau untuk beraksi bersama kelab yang beliau sokong sejak sekian lama itu.

Beliau turut menjelaskan tentang bagaimana pandangan beliau terhadap cara Jurgen Klopp mengembangkan pemain-pemain muda menjadi bintang besar.

“Terdapat ramai pemain muda yang telah beraksi bersama Liverpool.”

Jelas pemain full-back itu.

“Pemain seperti Trent Alexander Arnold dan Harvey Elliott juga, dan ramai lagi sebenarnya.”

“Tapi ada satu sebab yang sangat nyata tentang mengapa saya memilih untuk ke sini, dan kelab ini bukan hanya sebuah kelab yang besar, tapi mereka juga bagi peluang kepada pemain muda untuk beraksi bersama skuad utama.”

“Jadi jika saya boleh datang ketika pra musim, buktikan sesuatu, maka tidak ada sebab mengapa saya tak boleh dapat kesempatan untuk berada dalam skuad utama.”

Bercakap tentang Jurgen Klopp, beliau mendedahkan bahawa:

“Dia individu yang hebat. Jelas sekali saya pernah nampak dia peluk pemain dia di kaca TV dan hal itu membuatkan saya berasa saya juga mahukan pelukan yang sama.”

“Tapi dia sememangnya pengurus yang bagus, antara yang paling hebat, jadi ia akan menjadi sangat menakjubkan untuk berpeluang dapat bekerja di bawah dia dan saya tak sabar mahu bertemu dengan dia.”

Ramsay menikmati musim yang sungguh menakjubkan pada musim 2021/22, dengan beliau berjaya membuat 33 penampilan dari semua pertandingan bersama Aberdeen.

Menurut sumber laporan dari media UK, Calvin Ramsay di bawa masuk untuk menjadi back up kepada Trent Alexander Arnold di posisi full-back Liverpool.

Pemain untuk skuad bawah 21 tahun Scotland itu turut banyak belajar dari Trent Alexander Arnold dengan beliau menggambarkan bintang England itu sebagai bintang besar.

“Saya menyaksikan dia secara keseluruhannya pada musim lalu dan cara dia bermain, saya rasa ia hampir sama dengan cara saya bermain, cara dia menyerang dan semua hal seperti itu, kami berdua juga masih muda.”

“Tapi dia seorang pemain yang dasyat. Jadi untuk datang ke sini dan belajar dari dia, ia merupakan satu hal yang sangat menakjubkan untuk saya dan saya tahu banyak yang boleh saya pelajari di sini.”

Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini mereka sudah mengesahkan tiga penandatanganan dengan menandatangani Calvin Ramsay, Darwin Nunez dan Fabio Carvalho.

Melihat kepada pemain yang mereka tandatangani, jelas sekali The Reds sedang membina skuad masa depan yang sungguh luar biasa dasyat.

Darwin Nunez ditandatangani dengan yuran perpindahan mega dan beliau diharapkan akan mampu menjadi pengganti Sadio Mane yang sempurna.

Kualiti penyudah yang beliau miliki sememangnya sungguh luar biasa dasyat dan Liverpool jelas sekali berharap pelaburan mereka untuk bintang Uruguay itu akan membuahkan hasil.

Liverpool juga sepertinya masih belum keluar dari pasaran pemain dengan mereka kini masih sedang dalam usaha untuk menandatangani beberapa pemain tambahan.

Selain memantau perkembangan karier Gavi, Liverpool turut dikatakan sedang berunding dengan ejen Marco Asensio berkait urusan perpindahan bintang Sepanyol itu ke Anfield.

Jendela perpindahan musim panas ini sepertinya semakin menarik untuk para penyokong Liverpool, dengan mereka kini masih menanti siapa lagi yang bakal ke Anfield sebelum jendela perpindahan ditutup.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Champions League 2020/21: Real Madrid 3-1 Liverpool