Cantona Mahu Mourinho Lebih Menyerang Seperti Guardiola

Bekas pemain dan ikon Manchester United, Eric Cantona berkata beliau kagum dengan kehebatan Jose Mourinho sebagai seorang pengurus, tetapi mahu pasukan kegemarannya itu menerapkan mentaliti menyerang dan bermain seperti pasukan Pep Guardiola.

Cantona adalah antara pemain paling terkenal dalam era Sir Alex Ferguson, dan bermain di Old Trafford selama 5 tahun dari tahun 1992 sehingga 1997.

Ketika ditanya pandangan beliau terhadap Jose Mourinho, Cantona menjawab pengurus berasal dari Portugal ini adalah seorang pemenang yang akan terus menang.

Cantona telah hadir dalam satu program radio bersama BBC Radio Four dan telah memberikan pendapatnya mengenai pasukan Manchester United hari ini.

“Jose Mourinho telah menerapkan taktikal bertahan dalam pasukan Manchester United ketika ini, dan ia bukan identiti sebenar kelab ini.”

Seranglah Mourinho!

Ketika ditanya lagi adakah beliau mahu bekas pengurus Barcelona dan pengurus Manchester City ketika ini, Pep Guardiola untuk mengambil alih jawatan pengurus di Old Trafford, beliau menjawab:

“Pasukan Manchester United adalah seperti Barcelona. Saya suka Mourinho. Saya meminati karisma yang dimilikinya. Beliau seorang yang bijak dan mengambil segala tekanan yang ada kepadanya.

Dan saya pernah berkata sebelum Mourinho menyertai Manchester United yang saya adalah peminat beliau. Dan saya juga meminat Pep Guardiola.”

“Kedua-dua jurulatih ini adalah bagus, tetapi saya lebih suka untuk melihat bolasepak menyerang dan permainan yang lebih kreatif. Itu adalah cara saya bermain sepanjang karier saya sebagai pemain bolasepak.”

Kill Kill Kill Die Die Die

United kini berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris, ketinggalan dibelakang pendahulu liga, Manchester City dengan 8 mata selepas 12 perlawanan. Skuad Pep Guardiola telah memenangi 17 perlawanan berturut-turut, menjaringkan 54 gol dan masih belum kalah dalam 19 perlawanan yang diharungi mereka musim ini.

Untuk rekod, United pula menjaringkan 43 gol, kurang 11 gol dari jumlah yang dijaringkan The Citizens manakala telah mengalami 4 kekalahan dari 20 perlawanan yang diharungi mereka musim ini. Cantona turut menegaskan Red Devils masih lagi pasukan kegemarannya walaupun mereka bermain dala cara yang tidak digemari beliau.

“United masih lagi kelab saya. Darah saya adalah sama seperti Manchester United, tetapi jika saya mahu menonton perlawanan hari ini, saya mahu pasukan Mourinho bermain dengan lebih kreatif.

“Mainlah seperti Barcelona atau Real Madrid di bawah Zinedane Zidane, dimana mereka mempunyai pemain seperti Luka Modric dan Toni Kroos yang menjadi tunjang dan otak kepada pasukan.”

Baca Juga

Baca Juga