Capello Dan Cruyff Hentam Mourinho

Capello, Cruyff telah hentam Mourinho dan berpendapat masalah Chelsea semua berpunca daripada  Jose Mourinho!

Begitulah luahan kata bekas pengurus England Fabio Capello dan legenda bolasepak Belanda Johan Cruyff ketika menyatakan pandangan mereka terhadap bos Chelsea patut dipersalahkan berikutan prestasi buruk juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu musim ini.

“Mourinho seorang jurulatih bagus tetapi membuat pemainnya letih selepas satu setengah tahun. Anak anak buahnya secara mental tidak dapat memberi apa dimahukannya,” kata Capello.

“Kitaran pengurus Chelsea berkisar mengenai dapat bertahan lama atau tempoh singkat. Selepas itu pasukan tiada rentak, kehilangan ketajaman dan tidak agresif.”

Chelsea terperosok tangga ke-16 EPL selepas tumpas empat daripada lapan perlawanan awal. Cruyff yakin sikap buruk Mourinho menjadi sebahagian punca.

Mourinho turut dikritik atas layanan terhadap Dr Eva Carneiro yang meninggalkan kelab selepas bertelagah dengan pengurus Chelsea itu berikutan kecederaan dialami oleh Eden Hazard.

Baca : Mourinho Bakal Catat Rekod Dunia Jika Di Pecat

Malah pengurus berasal dari Portugal itu dikenakan tindakan atas mulut celuparnya terhadap pengadil selepas tewas 3-1 kepada Southampton minggu lalu.

“Saya tidak merasakan dia mendidik kanak kanak bermain bolasepak atau mendidik mengenai kehidupan,” kata Cruyff bekas pengurus Ajax dan Barcelona.

“Dia sepatutnya berkelakuan lebih baik kerana dia mendapat liputan akhbar serata dunia.

“Saya suka Mourinho kerana sentiasa dapat mencipta persekitaran baik dalam kalangan pemain. Saya tidak suka tindakannya sentiasa meletakkan dirinya di barisan pertama. Dia sepatutnya di baris kedua”. – Express

Baca Juga

Baca Juga