Cara Latihan Mengikut Jenis Badan Bagi Ahli Sukan

Bila bersukan, tak kira lah main bolo sepak ke, bola tampar ke, sepak takraw ke, pasti kecergasan yang optimum diperlukan oleh seseorang individu.

Contohnya main bola sepak. Kau hebat macam mana pun, tapi kalau kau tak fit, kau dapat tahan bola je lah. Lepas tu nak pass bola balik dah pancit.

Jadi, dengan contoh yang ringkas tu harapnya kau faham kenapa kecergasan optimum diperlukan dalam bersukan.

Tetapi, bila nak cergaskan fizikal, ada kalanya kita selaku ahli sukan amatur ni tak tahu apa yang perlu kita buat. Sekali buka YouTube macam-macam aktiviti yang dicadangkan, tetapi pernahkah kita terfikir, adakah aktiviti yang dicadangkan tu sesuai dengan bentuk badan kita?

Ye lah, bentuk badan kita ni ada macam-macam jenis. Ada yang kurus tinggi, ada yang gemuk pendek dan ada yang memang sado dari lahir.

Jadi, untuk membantu engkorang memantapkan fizikal untuk tampil hebat ketika bersukan, selain untuk menambah koleksi gadis, maka kami sediakan sedikit tips latihan dan aktiviti mengikut jenis badan. Ok?

Si Keding

Jenis-jenis badan | Gambar : Paredpeople

Si keding disebut ectomorph dalam bahasa saintifiknya. Kalau nak tahu contoh ectomorph dalam bola sepak seperti Peter Crouch dan juga pemain Pahang, Afif Amirudin. Berbadan keding tak bermaksud seseorang itu lembik seperti Arsenal.

Menurut Karl Halabi – ketua jurulatih kecergasan Swansea City, orang berbadan keding ini mengalami kadar metabolisme yang cepat di mana kalorie akan dibakar dengan cepat walaupun ketika tengok wayang bersama gadis yang baru dikenali di Bigo Live.

Jenis Latihan : Tambah Otot

Pemain ectamorph  ini digalakkan untuk menambahkan otot dan antara latihan yang boleh dilakukan adalah seperti ketuk-ketampi dan angkat besi. Dua aktiviti ini akan meransang hormon testosteron yang membantu pembinaan otot badan.

Diet : Naikkan Berat Badan

Sang keding perlu mengambil kira-kira 500 kalorie setiap hari dan makanan yang mengandungi protein amatlah digalakkan. Makanan ruji lain seperti nasi  dan ayam juga boleh diambil tanpa masalah. Cuma jangan tidur selepas makan. Takut tersedak.

Nasihat : Selalu Timbang Berat

Secara optimum, timbang berat sekali seminggu dalam kondisi yang sama. Kondisi yang sama bermaksud kalau mula timbang berat selepas bangun tidur, maka janganlah timbang berat selepas makan tengah hari. Nanti susah nak perhatikan perubahan yang berlaku.

Bob

Orang yang berbadan besar selalunya dipanggil dengan nama panggilan Bob, dan dalam bahasa sainsnya mereka masuk dalam klasifikasi endomorph. Golongan endomorph ini mempunyai kadar metabolism yang perlahan dan kebarangkalian untuk badan mereka menyimpan lemak adalah sangat tinggi.

Bob | Gambar : Freaking News

Dengan kata lain, makan roti canai sekeping pun boleh naik sampai 5kg.

Jenis Latihan : Hilangkan Tayar Spare

Menurut Halabi lagi, latihan pertama yang boleh dilakukan untuk menghilangkan perut gelembung ialah cuba berlari selama 2 minit pada 75% kemampuan paling laju. Kemudian rehat selama dua minit, dan ulang larian sebanyak lima kali.

Dengan melakukan latihan berintensiti tinggi seperti ini, maka badan akan membakar kalorie dalam tempoh masa yang lama walaupun selepas latihan berakhir.

Diet : Jaga Makan

Makanan yang mempunyai karbohidrat tinggi seperti nasi, ubi kentang atau mee goreng mamak perlu dielakkan, sebaliknya lebihkan makan sayur-sayuran berdaun hijau seperi bayam. Untuk hasil yang lebih baik, makan ikan banyak-banyak.

Nasihat : Sedar Diri

Jangan letakkan sasaran yang terlampau seperti hilang 60kg dalam masa dua hari, tetapi letakkan sasaran secara mingguan. Kalau dapat kurangkan barang sekilo dua dalam masa seminggu, itu sudah dikira satu pencapaian yang memberangsangkan.

Abang Sado

Pernah tak kita perasan, ada kawan kita yang sado dari tadika walaupun dia tidak workout? Ada, kan? Mereka ini Tuhan bagi badan yang mempunyai otot yang banyak dan lemak badan yang rendah di mana badan mereka memproses makanan dengan cepat,  dan bertindak balas dengan cepat kalau main besi.

Jenis Latihan : Maksimumkan!

Bila berbadan sado alami, maka apa yang boleh ditambah baik ialah meningkatkan kekuatan dan kelajuan. Jadi selain latihan pecutan, kau boleh amalkan latihan Kettleball, atau angkat berat sukan Olimpik – snatch dan clean and jerk.

Latihan Kettleball | Gambar : FBBC

Diet : Percepat Pemulihan

Latihan sebenarnya membebankan sistem imunisasi. Maka buah-buahan dan sayur seperti kubis, lobak dan labu akan membantu mempercepatkan pemulihan badan.

Nasihat : Cabar Diri

Perbanyakkan selfie dan pergi bercuti. Secara psikologinya, bila kau banyak ambil gambar dan letak di Instagram atau Facebook atau Tumblr, maka kau akan ada satu perasaan sayang yang teramat terhadap badan kau. Maka untuk mengelakkan teguran “Kau gemok sekarang!” maka secara automatik kau akan jaga badan.

Mudah kan?

Kesimpulan

Ilmu dah pun kami turunkan, dah tu tunggu apa lagi? Segeralah work out supaya dapat badan yang indah dan awesome seperti kami.

Rujukan : Fourfourtwo Performance

Baca Juga

Baca Juga