Carabao Cup 2020/21: Liverpool 0-0 Arsenal* (Penalti 4-5)

Liverpool dan Arsenal bertemu kembali selepas beberapa lalu mereka telah bertembung di Premier League menyaksikan Liverpool tidak berdepan masalah untuk mengutip 3 mata penuh membuatkan Arsenal berputih mata.

Pertemuan terbaru ini pula dipusingan keempat Carabao Cup dan menjadi medan kepada Arsenal untuk membalas dendam atau akan terus mendendami Liverpool.

Seperti biasa di kejohanan Carabao Cup pasukan Premier League akan merehatkan pemain utama dan memberi peluang kepada pemain simpanan serta pemain muda untuk bermain.

Namun siapa pun diturunkan oleh kedua-dua pasukan ini, nama Arsenal atau Liverpool tetap dikendong oleh para pemain sama kalah atau menang.

Dalam perlawanan ini Liverpool amat garang seperti mana garangnya penyokong mereka apabila tewas dengan pengusaan 56 peratus perlawanan.

Liverpool telah melakukan 16 percubaan dengan 7 percubaan tepat terhasil berbanding Arsenal yang melakukan 6 percubaan dengan 2 sahaja percubaan tepat sepanjang permainan.

Liverpool juga telah membazirkan 3 peluang besar atau peluang keemasan apabila gagal menyempurkan ketiga-tiga peluang itu serta satu terkena palang.

Rasanya itulah peluang terbaik Liverpool Minamino yang tidak dikawal merembat kencang ketika gawang sudah terbuka luas namun sayang bola menghentam palang dan keluar.

Sebanyak 8 sepakan penjuru yang diperolehi oleh Liverpool dalam perlawanan ini namun gagal untuk dimanfaatkan untuk menghasilkan satu gol.

Bernd Leno yang cemerlang telah mencipta sejarah peribadi yang tersendiri apabila menjadi penjaga gol Arsenal yang pertama tidak bola di Anfield sejak Vito Mannone melakuannya pada September 2012.

Perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas 90 perlawanan dan memaksa pemenang ditentukan melalui sepakan penalti yang kini sangat dekat dengan Manchester United.

Penalti dimulakan oleh Liverpool dan James Milner tampil menjadi penendang pertama. Mohamed Elneny dan Divock Origi telah membuat sepakan yang hampir sama dan kesannya sama gagal menyempurnakan sepakan.

Harry Wilson gagal menjaringkan penalti disepakan penentuan dan Joseph Willock muncul wira Arsenal dengan gol kemenangan walaupun Arian berjaya menepis namun bola masuk ke gawang jua akhirnya.

James Millner – Mudah – 1-0
Alexandre Lacazette – Mudah – 1-1

Georginio Wijnaldum – Mudah – 2-1
Cedric Soares – Mudah – 2-2

Takumi Minamino – Mudah – 3-2
Mohamed Elneny – Save – 3-2

Divock Origi – Save- 3-2
Ainsley Maitland-Niles – Mudah – 3-3

Curtis Jones – Mudah – 4-3
Nicola Pepe – 4-4

Harry Wilson – Save – 4-4
Joseph Willock – Mudah – 4-5

Dengan kegagal Harry Wilson itu dan kejayaan Joseph Willock menjaringkan gol maka Arsenal telah mara ke suku akhir Carabao Cup bagi musim 2020/21.

Ini merupakan kali keempat Arsenal mara ke suku Carabao Cup dalam 5 musim.

Liverpool: Adrian; N Williams, R Williams, Van Dijk, Milner; Grujic, Jones, Wilson; Minamino, Jota, Salah,

Subs: Kelleher, Fabinho, Wijnaldum, Gomez, Robertson, Origi, Elliot

Arsenal: Leno; Soares, Gabriel, Holding, Kolasinac; Willock, Ceballos, Xhaka; Pépé, Nkeitah, Saka

Subs: Runarsson, David Luiz, Tierney, Elneny, Maitland-Niles, Nelson, Lacazette

BACA:  Klopp: Ia Merupakan Persembahan Terbaik Liverpool Di Tempat Lawan