Carabao Cup 2020/21: Tottenham Hotspur * 1-1 Chelsea (Pen. 5-4)

Chelsea kandas di pusingan keempat Carabao Cup bagi musim 2020/21 selepas tewas kepada lawan yang merupakan pasukan yang juga berasal dari Kota London, Tottenham Hotspur di penentuan sepakan penalti.

Chelsea mendominasi perlawanan separuh masa pertama dan Timo Werner akhirnya berjaya membuka buka rekod jaringan bersama Chelsea selepas kelihatan agak bergelut dalam perlawanan sebelum ini.

Satu penyudah yang sangat klinikal ditunjukkan oleh Timo Werner dengan meletakkan bola ke bucu bawah gawang dengan satu rembatan rendah.

Bersambung Selepas rehat, Tottenham Hotspur mula untuk mencari gol penyamaan dan Sergio Reguilon yang membuat debut untuk Spurs dalam perlawanan ini nyata tidak mengecewakan.

Berbaki 7 minit permainan, hantaran silang Sergio Reguilon belayar melepasi tiga kepala pemain Chelsea untuk mengeluarkan bola dan jatuh tepat ke kaki Erik Lamela.

Tiada kawalan daripada pemain Chelsea ke atas Lamela dan mudah gol penyamaan itu dijaringkan dan mengheret perlawanan ke sepakan penalti tanpa sebarang masa tambahan.

Eric Dier, Lamela, Pierre-Emile Hojbjerg, Lucas Moura dan Harry Kane berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk Spurs.

Manakala Tammy Abaraham, Cesar Azpilicueta, Jorginho dan Emerson juga tidak berdepan masalah untuk meletakkan bola ke gawang, Mason Mount menjadi penendang terakhir.

Mason Mount yang dilabel sebagai anak emas serta pemain kesayangan Frank Lampard gagal untuk menyempurnakan sepakan terakhir iaitu sepakan yang ke-10 selepas 9 lagi sepakan berjaya disempurnakan.

Tottenham Hotspur: Lloris, Alderweireld, Dier, Tanganga, Aurier, Fernandes, Ndombele, Sissoko, Reguilon, Bergwijn, Lamela.

Subs: Doherty, Hojbjerg, Sanchez, Kane, Hart, Lucas Moura, Davies.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Tomori, Zouma, Chilwell, Jorginho, Kovacic, Hudson-Odoi, Mount, Werner, Giroud.

Subs: Arrizabalaga, Kante, Barkley, Abraham, James, Havertz, Emerson Palmieri.

BACA:  Chelsea Semakin Hampir Tandatangan Emerson Palmieri, Tetapi Dzeko Masih Lagi Jauh