Carabao Cup: Arsenal Tersontot Ketika Spurs Terciduk

Dua pasukan kota London mengucapkan selamat tinggal kepada Carabao Cup, Arsenal tersontot di kaki Brighton dan Tottenham Hotspur terciduk ditimpa balak Nottingham Forest.

The Gunner dan Brighton seperti pasukan lain yang beraksi di Carabao Cup masing-masing melakukan pertukaran untuk kesebelasan utama mereka berbanding perlawanan Premier League.

Rentak kemenangan di Premier League gagal untuk diulangi dalam kejohanan ini oleh barisan kedua Arsenal dan mempertahankan kelebihana gol.

Walaupun Arsenal terlebih dahulu mendahului melalui Eddie Nketiah namun Brighton tampak lebih lick dan jug lancar permainan mereka untuk mencipta kebangkitan sensasi.

Gol pada minit ke-20 Eddie Nketiah hanya bertahan 7 minit sahaja apabila Danny Welbeck kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti.

Pada minit ke-58, pemain gantian Brighton, Kaoru Mitoma telah menggandakan kedudukan sekaligus memberi tekanan kepada Arsenal.

Arteta memasukkan Gabriel Martinelli dan Gabriel Magalhaes bagi menambah sengat dan memperkasakan pertahanan tetapi tidak berhasil.

Pada minit ke-71, Tariq Lamptey terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga membuatkan Arsenal semakin tertekan. Butang panik ditekan.

Oleksandr Zinchenko, Gabriel Jesus dan Granit Xhaka dimasukkan bagi menambah sengnat namun keputusan 3-1 tidak mampu diubah dan kekal hingga tamat perlawanan.

Ternyata skuad depth Arsenal boleh dikatakan biasa-biasa saja dan tidak mampu untuk menjanjikan sesuatu walaupun mereka masih lagi mendahului Premier League.

Dengan tersingkirnya dari Carabao Cup ini juga boleh memberi kelebihan kepada Arsenal untuk fokus kepada Liga.

Arsenal: Hein 5; Cedric 6, Saliba 7 (Gabriel 63, 6), Holding 6, Tierney 6.5 (Zinchenko 72, 6); Vieira 5 (Jesus 72, 6), Elneny 6.5, Lokonga 6 (Xhaka 80, 6.5); Marquinhos 5 (Martinelli 62, 6.5), Nketiah 7, Nelson 7

Pemain Simpanan: White, Partey, Odegaard, Turner

Brighton: Steele 7; Veltman 6, Dunk 6.5 (Webster 60, 7), Colwill 6.5, Lamptey 7.5; March 6 (Mitoma 45, 8), Caicedo 7 (Gross 45, 6), Gilmour 7, Sarmiento 7.5 (Undav 79, 6); Enciso 7.5 (Estupinan 76, 6), Welbeck 7.5

Pemain Simpanan: Sanchez, Ferguson, Turns, Moran

Forest 2-0 Spurs

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard menjadi dalang kepada kekalahan Tottenham Hotspur ini dengan menjaringkan satu gol dan mencipta satu assist dalam kemenangan 2-0 Forest ke atas Spurs.

Renan Lodi membuka jaringan sejurus selepas rehat hasil assist Jesse Lingard, dengan Lingard menggandakan pendahuluan pasukannya di City Ground.

Kemudian Sam Surridge membuat umpanan kepada Lingard yang menanduk masuk dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Dan bekas bintang Manchester United itu meraikannya dengan penuh bergaya selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Forest, melakukan sambutan ‘Griddy’ yang menimbulkan kekecewaan peminat Spurs di media sosial.

Dua gol dalam tempoh tujuh minit meletakkan Forest dalam kawalan dan memaksa Conte membuat tiga pertukaran dengan Kane antara yang dikeluarkan, dan menurunkan dengan trio hadapan Richarlison, Dejan Kulusevski dan Bryan Gil.

Pemain Nottingham Forest dikurangkan kepada 10 orang apabila Orel Mangala dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-75.

Tetapi Nottingham Forest berjaya bertahan dengan baik untuk kemenangan bagi menempah tempat ke pusingan seterusnya di Carabao Cup.

Spurs gagal memanfaatkan kekurangan Forest untuk menyamakan kedudukan, Spurs juga gagal untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gol saguhati.

Lingard, yang menyertai Forest semasa jendela perpindahan musim panas, mungkin akan kembali mendapat sentuhannya dari perlawanan ini berikutan permulaan yang sukar untuk musim ini.

NOTTINGHAM FOREST (4-3-3): Hennessey 6.5; Aurier 6.5 (Williams 62, 6), Worrall 7, Boly 6.5, Lodi 7; Yates 7.5, Mangala 6, O’Brien 6.5 (Colback 79); Awoniyi 6.5 (Johnson 62, 6.5), Lingard 8 (Cook 78), Surridge 7.5 (Gibbs-White, 79).

Pemain Simpanan: Henderson, Soh, Freuler, Dennis.

TOTTENHAM (3-5-2): Forster 7; Sanchez 5, Dier 6, Lenglet 6; Doherty 6 (Spence 65, 6), Skipp 6 (Kulusevski 59, 5), Bissouma 6, Hojbjerg 6.5 (Bentancur 46, 6), Sessegnon 5; Kane 6 (Gil 59, 5), Perisic 6 (Richarlison 59, 6.5).

Pemain Simpanan: Lloris, Royal, Spence, Tanganga, Sarr

Baca Juga

Baca Juga