Carabao Cup Final 2020/21: Manchester City 1-0 Tottenham Hotspur

Manchester City menjulang trofi pertama mereka bagi musim 2020/21 selepas menewaskan Tottenham Hotspur yang dikendalikan pengurus interim 1-0 dalam perlawanan akhir Carabao Cup.

Ini merupakan trofi Carabao Cup keempat Manchester City secara berturut-turut, kini City hanya perlu menang dua perlawanan Premier League untuk disahkan sebagai juara.

Kali terakhir Tottenham Hotspur muncul juara dalam kejohanan utama adalah pada tahun 2008 juga dalam kejohanan League Cup apabila menewaskan Chelsea 2-1 di Wembley..

Selepas itu, ini merupakan kali ketiga Tottenham Hotspur mara ke final, tewas kepada Manchester United tahun 2009 dan kalah di kaki Chelsea pada tahun 2005.

Pengurus sementara Spurs, Ryan Mason menjadi pengurus termuda mengendalikan pasukan di perlawanan akhir League Cup/Carabao Cup pada usia 29 tahun 316 hari.

Sebelum ini rekod itu dipegang oleh legenda Chelsea, Gianluca Vialli yang membawa Chelsea ke final pada tahun 1998 ketika berusia 33 tahun 263 hari.

Perlawanan akhir ini tidaklah seperti perlawanan akhir yang menjadi idaman ramai yang jelas didominasi oleh Manchester City sejak awal permainan lagi.

Walaupun perlawanan ini jelas berat sebelah namun tiada pesta gol. Serangan demi serangan dilakukan Manchester City gagal membuahkan hasil.

Pada minit ke-82 barulah, Manchester City menjumpai gol yang dicari-cari melalui sundulan pemain pertahanan mereka, Aymeric Laporte yang menanduk masuk sepakan percuma Kevin De Bruyne.

Ini merupakan gol kelapan Aymeric Laporte untuk Manchester City dalam semua kejohanan, paling menarik tiada satu pun gol itu dijaringkan di Ethihad.

Aymeric Laporte menjadi pemain Perancis ketiga menjaringkan gol di perlawanan akhir League Cup selepas Louis Saha (Manchester United, 2006) dan Samir Nasri (Manchester City, 2014).

Harry Kane gagal mencatatkan sebarang percubaan atau mencipta peluang buat pertama kali selepas bermain lebih 45 minit sejak september 2018 ketika menentang Inter Milan di Champiopns League.

Spurs hanya mencatatkan dua percubaan dalam perlawanan ini dengan kebarangkalian untuk masuk adalah xG 0.06 berbanding City yang melakukan 21 percubaan dengan xG 3.63.

Kemenangan buat keempat berturut-turut ini menyaksikan City menjadi pasukan kedua berkelakuan seperti ini menyamai rekod Liverpool yang dilakukan dari tahun 1981 sehingga 1984.

Ini merupakan kejuaraan kelapan League Cup dalam sejarah Manchester City juga menyamai rekod Liverpool yang mencatatkan jumlah yang sama.

Pep Guardiola menjadi pengurus pertama menjulang League Cup buat empat musim berturut-turut.

Man City (4-2-4-0) Steffen; Walker, Dias, Laporte, Cancelo; Fernandinho, Gundogan; Mahrez, De Bruyne, Foden, Sterling.

Substitutes: Ederson, Ake, Jesus, Aguero, Zinchenko, Rodri, Bernardo, Torres, Mendy.

Spurs (4-3-3) Lloris; Aurier, Alderweireld, Dier, Reguilon;Hojbjerg, Winks, Lo Celso; Lucas Moura, Kane, Son.

Substitutes: Hart, Sanchez, Tanganga, Sissoko, Dele, Ndombele, Lamela, Bergwijn, Bale.

Baca Juga

Baca Juga