Carabao Cup: Liverpool Sekadar Menang Penalti, City Unggul Benam Chelsea

English Football League (EFL) Cup atau lebih dikenali sebagai Carabao Cup atas dasar penajaan minuman bertenaga itu telah berlangsung dipusingan ketiga.

Pasukan dari Premier League memulakan saingan di pusingan ketiga kerana mempunyai darjat paling tinggi berbanding liga bawahan yang lain.

Liverpool berhempas pulas dan sekadar menang di penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Derby County manakala Manchester City terus unggul untuk membenam Chelsea 2-0.

Sudah menjadi kebiasaan di Carabao Cup pengurus akan merehatkan pemain pasukan utama dan menurunkan pemain simpanan serta pemain akademi untuk menimba pengalaman.

Sekadar menentang Derby County, Jurgen Klopp merubah skuad utama dan telah memberi debut penuh kepada muka baru yang disebut namanya pasti ramai tidak kenal.

Stefan Bajcetic, Bobby Clark, Calvin Ramsay Layton Stewart dan Melkamu Frauendorf diberikan debut penuh oleh Klopp bersama pasukan senior.

Purata umur pemain Liverpool dalam perlawanan ini adalah 21.8 tahun dengan membariskan pemain penyerang yang langsung tidak berpengalaman.

Perubahan ini melibatkan 11 pertukaran daripada perlawanan terakhir dan ia bermakna untuk separuh masa pembukaan yang tiada persefahaman menjadikan permainan kurang kelancaran.

Oxlade-Chamberlain melakukan tendangan voli yang meliar, Stewart mempunyai peluang namun percubaannya melewati palang, dan Tsimikas turut melakukan tendangan voli tersasar.

Apabila The Reds memenangi pertandingan ini musim lalu mereka mempunyai Divock Origi dan Takumi Minamino sebagai ancaman gol mereka, tetapi tanpa mereka dan dengan Luis Diaz dan Diogo Jota cedera, jelas kekurangan kualiti dalam serangan.

Pelawat mempunyai peluang yang baik pada awal separuh masa kedua, tetapi Bird meleretkan rembatannya melintasi gawang.

Liverpool menguasai permainan tanpa percubaan yang benar-benar mengancam.

Klopp akhirnya melakukan perubahan pada minit ke-66, dengan membawa masuk Harvey Elliott, Darwin Nunez dan Roberto Firmino dalam percubaan untuk memenangi perlawanan dan mengelak penalti.

Kemudian tiba giliran Ben Doak yang berusia 16 tahun untuk diberikan penampilan sulung untuk kelab itu.

Pemain Scotland itu telah mempamerkan prestasi luar biasa untuk pasukan remaja The Reds musim ini, meningkat naik dari skuad bawah 18 tahun kepada bawah 21 tahun dan kini membuat penampilan sulung bersama pasukan utama.

Tamat 90 minit seri tanpa jaringan, pemenangan ditentukan melalui sepakan penalti dan Caoimhin Kelleher muncul wira seperti perlawanan akhir musim lalu.

Caoimhin Kelleher telah membuat tiga penyelamatan untuk membolehkan Liverpool menang 3-2 walaupun Stefan Bajcetic gagal disepakan pertama.

Liverpool: Kelleher; Ramsay, Phillips, Gomez, Tsimikas; Bajcetic, Oxlade-Chamberlain, Clark (Elliott 66′); Frauendorf (Nunez 66′), Carvalho (Doak 74′), Stewart (Firmino 66′)

Manchester City 2-0 Chelsea

Manchester City tidak berdepan masalah untuk menumbangkan Chelsea walaupun tidak menurunkan barisan terkuat mereka dalam perlawanan ini.

Seperti Liverpool, City dan Chelsea juga merehatkan pasukan utama dan memberi peluang kepada muka baru tetapi harus diingat pasukan kedua City sangat berkualiti.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola ini mara ke pusingan 16 terbaik hasil jaringan Riyad Mahrez dan juga Julian Alvarez dan Kalvin Phillips kembali dari kecederaan.

Gol separuh masa kedua daripada Riyad Mahrez dan Julian Alvarez sudah cukup untuk skuad bimbingan Pep Guardiola memperoleh kemenangan yang sewajarnya tetapi mereka terpaksa bergantung kepada penjaga gol pilihan kedua Stefan Ortega yang melakukan dua penyelamatan hebat daripada pemain remaja Lewis Hall untuk mengekalkan dua gol mereka.

Simpanan: Adrian, Davies, Quansah, Chambers, Cain

Derby: Wildsmith; Smith, Forsyth, Cashin, Roberts; Mendez-Laing, Bird, Sibley, Hourihane; Collins, Osula

Simpanan: Loach, Rooney, Oduroh, Stearman, Knight, Thompson, Aghatise, Dobbin, McGoldrick

Baca Juga

Baca Juga