Carabao Cup Semi Final: Spurs 2-0 Brentford

Tottenham Hotspur telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Carabao Cup musim 2020/21 dan bakal bertemu pasukan dari bandar Manchester samada Manchester United atau Manchester City.

Laluan nampak mudah buat Spurs apabila diundi bertemu Brentford dan tiada masalah untuk anak buah Jose Mourinho membenam Brentford dengan dua jaringan tanpa balas.

Perlawanan separuh akhir berlangsung agak sengit dan seimbang tidak semudah seperti yang diramalkan di atas kertas.

Brentford mempamerkan semangat juang yang tinggi dan mahu mereka ke k final.

Mousa Sissoko membuka tirai jaringan awal pada minit ke-12 selepas menanduk masa hantaran cantik Sergio Reguilon.

Ivan Toney berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua juga melalui satu tandukan namun dibatalkan oleh VAR kerana offside.

Son Heung Min memastikan kemaraan Spurs ke final selepas menyempurnakan hantaran lolos Tanguy Ndombele.

Larian solo yang deras Son Heung Min Son nyata gagal dikejar pemain Brentford untuk gol kedua. Gol ke-101 Son untuk Spurs.

Bekas pemain Arsenal, Josh Dasilva telah dilayangkan kad merah selepas menerjah keras keting Pierre-Emile Højbjerg, cubaan buat skil gagal ke tu?

Mike Dean telah merujuk insiden itu kepada VAR dengan menonton semula insiden tersebut melalui paparan skrin di tepi padang dan keputusannya kad merah.

Kaki Pierre-Emile Højbjerg berlumuran dengan darah, selepas diterjah dengan ngeri oleh Josh DaSilva.

Ketika berada di tepi padang, Højbjerg berkeras untuk tidak mahu digantikan dan beliau mahu kembali masuk ke padang untuk meneruskan baki permainan.

Namun kerana ditenangkan oleh Jose Mourinho, beliau akhirnya berlalu meninggalkan padang dan kembali ke bilik persalinan untuk menerima rawatan.

Kad merah itu menyebabkan Brentford terpaksa bermain 10 orang dan mudah bagi Spurs mengekalkan jaringan dan mara ke final buat kali ke-9 dalam sejarah kelab.

Spurs: Lloris; Aurier, Sanchez, Dier, Reguilon; Sissoko, Hojbjerg; Lucas, Ndombele, Son; Kane

Subs: Alderweireld, Alli, White, Hart, Davies, Bergwijn, Winks, Vinicius

Brentford: Raya; Dalsgaard, Pinnock, Beck Sorensen, Henry; DAsilva, Janelt, Jansen; Mbeuno, Toney, Canos

Subs: Daniels, Forss, Fosu, Ghoddos, Gilbert, Haygarth, Marconedes, Rasmussen, Stevens

Pengadil: Mike Dean

BACA:  Carabao Cup: Manchester City 3-2 Liverpool