Caraboa Cup: 2020/21: Lincoln City 2-7 Liverpool

Liverpool tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan keempat Carabao Cup selepas mudah menumpaskan Lincoln City dengan jumlah jaringan yang begitu meriah tujuh gol berbalas dua gol ihsan.

Lincoln City merupakan pasukan yang bermain di League One yang berada di kedudukan ketiga piramid liga Inggeris selepas Premier League dan Championship.

XherdaN Shaqiri melencongkan bola dengan indah lagi gila dari sepakan percuma untuk membuka tirai jaringan dan tirai persembahan Liverpool yang OP(Over Power) pada minit ke-9.

Takumi Minamino dan Curtis Jones masing-masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini untuk menjadikan kedudukan kepada lima gol tanpa balas.

Jaringan melalui sepakan lencong luar kotak penalti Takumi Minamino boleh tahan gilanya. Padu.

Tayo Edun menjaringkan gol pertama Lincoln City pada minit ke-60 namun Marko Grujic membalas dengan gol keenam lima minit kemudian.

Lincoln City tidak mengalah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 melalui Lewis Montsma dan kedudukan 6-2 tampak kekal hingga tamat.

Namun Divock Origi menambah satu lagi gol lewat permainan untuk menjadikan kedudukan akhir 7-2.

Liverpool akan bertemu Arsenal di pusingan keempat selepas menjaringkan tujuh gol yang begitu padu dan menarik.

Tiga pemain membuat debut dalam perlawanan ini iaitu Rhys William, Kostas Tsimikas dan Diogo Jota yang masuk pada separuh masa kedua.

Lincoln: Palmer, Bradley, Montsma, Eyoma, Melbourne, Bridcutt, Edun, Jones, Grant, Anderson, Scully

Subs: Ross, Jackson, McGrandles, Howarth, Roughan, Archibald, Hopper

Liverpool: Adrian, N Williams, R Williams, Van Dijk, Tsimikas, Grujic, Jones, Elliott, Shaqiri, Minamino, Origi

Subs: Kelleher, Fabinho, Keita, Jota, Wilson, Alexander-Arnold, Van den Berg

BACA:  Coutinho: Neymar & Salah Mampu Gugat Dominasi Ronaldo-Messi