Carlo Ancelotti Dilantik Menjadi Pengurus Napoli Yang Baru Menggantikan Tempat Maurizio Sarri

Bekas pengendali Bayern Munich dan Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti telah dilantik menjadi pengurus Napoli yang baru menggantikan tempat Maurizio Sarri.

Ancelotti berkata beliau gembira diberikan peluang untuk mengendalikan salah sebuah pasukan terhebat di Itali. Beliau turut menyatakan kegembiraannya kembali menguruskan pasukan di Serie A selepas kali terakhir menguruskan AC Milan hampir sedekad yang lalu.

Ancelotti pengurus baru Napoli

Ancelotti tidak mempunyai ikatan kontrak dengan mana-mana pasukan sejak dipecat dari jawatan pengurus Bayern Munich September tahun lalu. Napoli mengumumkan pelantikan Ancelotti pada hari Rabu lalu selepas Napoli dikecewakan Juventus dalam perebutan Scudetto musim ini.

Ancelotti yang pernah membimbing AC Milan menjuarai Serie A pada musim 2010/2011 berharap pengalaman dan ilmu yang dimiliki beliau akan membantu Napoli memecahkann dominasi Juventus yang telah memenangi Serie A selama 7 musim berturut-turut.

“Saya sangat gembira untuk kembali bekerja di negara kelahiran saya dan menguruskan salah sebuah pasukan terhebat di Itali.”

Ancelotti dilantik dengan misi utama untuk menamatkan dominasi Juventus dalam Serie A. 7 Musim berturut-turut, dah macam UMNO

“Saya datang ke sini untuk bersaing dan memberikan Napoli semua pengalaman dan ilmu yang saya miliki. Saya sangat teruja dengan cabaran ini seterusnya membuka lembaran baru dalam sejarah bolasepak kelab ini.”

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis kerana mempercayai saya untuk mengetuai projek yang saya cintai ini selain memberi peluang kepada saya untuk mengenali lebih dekat salah sebuah kelab terbaik di Itali.”

“Kepada para penyokong Napoli, saya dah seluruh pasukan akan bekerja keras dan profesional dalam misi untuk merealisasikan setiap sasaran yang kelab ini kehendaki.”

“Saya amat berharap kita semua akan menikmati perjalanan ini bersama-sama.”

Sebelum diumumkan sebagai pengurus Napoli yang baru, Ancelotti telah dikaitkan dengan kepulangan ke AC Milan menggantikan tempat Gennaro Gattuso. Beliau juga hangat diperkatakan untuk mengisi kekosongan jawatan jurulatih pasukan kebangsaan Itali.

Maurizio Sarri semakin hangat dikaitkan dengan Chelsea selepas meninggalkan Napoli walaupun membimbing pasukan tersebut menamatkan musim di tempat ke-2 liga

Dalam perkembangan lain pula, bekas pengurus Napoli Maurizio Sarri semakin hampir untuk dinamakan sebagai ketua jurulatih Chelsea yang baru bagi menggantikan tempat Antonio Conte.

Walaupun berjaya membimbing Chelsea menjuarai Piala FA minggu lalu, pencapaian tersebut dianggap tidak cukup untuk menggembirakan hati pemilik Chelsea, Roman Abramovic yang kecewa dengan kegagalan kelab tersebut mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain tersingkir seawal pusingan kedua dalam Liga Juara-Juara Eropah di tangan Barcelona.

BACA:  Manchester City Tawar Napoli £44 Juta Untuk Jorginho