Carlo Ancelotti bukanlah satu nama asing dalam bola sepak dunia, di mana dia boleh dianggap sebagai magnet piala. Kalau Ancelotti melatih satu-satu kelab, kelab tersebut pasti akan memenangi piala.
Memulakan karier sebagai ketua jurulatih di Reggiana, Ancelotti mula memenangi piala pertamanya bersama Juventus pada tahun 1999.
Rekod Piala Utama Dimenangi Ancelotti
Carlo Ancelotti dan Piala bukanlah perkara asing di kelab yang pernah diurusukan sejak berdekad yang lalu telah melahirkan ramai pemain bintang sepanjang kariernya sebagai pengurus.
Juventus
Piala Intertoto UEFA : 1999
Milan
Serie A: 2003–04
Coppa Italia: 2002–03
Supercoppa Italiana: 2004
Liga Juara-juara UEFA : 2002–03, 2006–07
UEFA Super Cup: 2003, 2007
FIFA Club World Cup: 2007
Chelsea
Premier League: 2009–10
FA Cup: 2009–10[206]
FA Community Shield: 2009
Paris Saint Germain
Ligue 1 : 2012-13
Real Madrid
Liga Juara-juara UEFA : 2013-14
Copa Del Rey : 2013-14
UEFA Super Cup: 2014
FIFA Club World Cup: 2014
Carlo Ancelotti at Real Madrid ⤵
🏆 Champions League
🏆 Copa del Rey
🏆 UEFA Super Cup
🏆 Club World Cup pic.twitter.com/z84ICh2YR6— Goal India (@Goal_India) June 1, 2021
Bayern Munich
Bundesliga: 2016–17
DFL-Supercup: 2016, 2017
Kali terakhir, Carlo Ancelotti memenangi Piala adalah pada tahun 2017 bersama Bundesliga dan di Jerman tidak banyak piala diraih Ancelotti lebih kurang ketika bersama PSG.
Selepas itu, Carlon Ancelotti di lamar Napoli menggantikan Maurizio Sarri yang ketika itu ke Premier League untuk menguruskan Chelsea.
Hanya dua musim Ancelotti bersama Napoli dan mencari cabaran baru bersama Everton dan selepas semusim, Ancelotti kembali ke kelab gergasi, Real Madrid.
Sepanjang bersama kelab-kelab di atas, Ancelotti telah melatih ramai pemain terbaik dunia dari posisi penjaga gol sehinggalah bahagian serangan.
Berikut adalah 11 pemain terbaik pilihan Ancelotti dari semua kelab yang pernah dia berkhidmat.
Penjaga Gol : Gigi Buffon
Ancelotti pernah menguruskan pemain seperti Edwin van der Sar, Dida, Petr Cech, Iker Casillas dan sekarang Manuel Neuer. Namun hanya satu yang bertakhta di hatinya, Gigi Buffon.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/buffon.jpg)
Buffon merupakan penjaga gol utamanya ketika di Parma pada tahun 1996 dan 20 tahun kemudian, Buffon masih memegang gelaran penjaga gol terbaik dunia.
Pertahanan Kanan : Lilian Thuram
Seorang lagi pemain ketika Ancelotti di Parma. Pemain Perancis ini cukuplah hebat sampai nak gelecek melepasi dia pun hampir mustahil. Juventus menjadikannya sebagai pemain pertahanan termahal dunia pada tahun 2001.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/thuram.jpg)
Jika Thuram melihat senarai ini pasti dia akan tersenyum kambing kerana berjaya menewaskan Cafu – dilatih Ancelotti di AC Milan.
Pertahanan Tengah : Fabio Cannavaro
Cannavaro juga dilatih Ancelotti ketika di Parma. Kuat betul Parma dulu!
Tak pelik jika Cannavaro dipilih berbanding Thiago Silva, Jaap Stam atau Paolo Montero memandangkan Il Kapitano ini sememangnya diketahui kehebatannya di atas padang.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/canavaro.jpg)
Cannavaro juga telah memenangi Ballon d’Or pada 2006, sekali gus menjadikannya pertahanan terakhir yang memenangi anugerah tersebut.
Pertahanan Tengah : Alessandro Nesta
Alessandro Nesta telah menjadi pemain pertahanan termahal di dunia pada tahun 2002 dan bersama Ancelotti, dia telah memenangi Liga Juara-juara sebanyak dua kali.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/nesta.jpg)
Nesta merupakan pasangan Cannavaro bersama pasukan kebangsaan Itali.
Pertahanan Kiri : Paolo Maldini
Nama ini wajib berada dalam senarai ini, atau mana-mana senarai pemain dunia! Siapa yang tidak kenal lagenda dan juga bekas kapten AC Milan ini.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/maldini.jpg)
Dia mampu bermain di bahagian kiri atau tengah posisi pertahanan.
Pemain Tengah : Clarence Seedorf
Paling diingati bagaimana Seedorf dengan selamba membantai Manchester United di San Siro dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara pada tahun 2007.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/seedorf.jpg)
Seedorf ialah superstar dan aksi terbaiknya hadir ketika dibimbing Ancelotti di Milan.
Pemain Tengah : Andrea Pirlo
Berfungsi sebagai regista di bahagian tengah padang, Pirlo menjadi lambang keunggulan dan ketenangan yang ada dalam diri seorang pemain bola sepak.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/pirlo.jpg)
Hantaran tepatnya sering kali menggugat iman pihak lawan.Pirlo dipilih mengatasi Xabi Alonso dan Manuel Rui Costa.
Pemain Tengah : Zinedine Zidane
Seperti Maldini, nama Zidane adalah senarai wajib untuk mana-mana senarai pemain terbaik. Zidane menuntut bersama Ancelotti di Juventus.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/zidane.jpg)
Mengikut jejak langkah Ancelotti, Zidane kini menguruskan Real Madrid dan telah memenangi Liga Juara-juara seperti mentornya.
Pemain Tengah : Kaka
Lupakan prestasinya di Real Madrid dan bawalah kembali aksinya bersama AC Milan di era Ancelotti.
Kelincahan, kepintaran dan ketajamannya membolehkan pemain Brazil ini memenangi Ballon d’Or pada tahun 2007.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/kaka.jpg)
Setiap kali mengingatkan perpindahannya ke ibu kota Sepanyol, air mata jantanku menitis.
Penyerang : Alessandro Del Piero
Ancelotti menjadikannya kapten Juventus, dengan lilitan tersebut diambil daripada Antonio Conte. Walaupun dirundung kecederaan, Del Piero masih mampu mempersembahkan prestasi yang memukau.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/del-piero.jpg)
Penyerang : Andriy Shevchenko
Pengakhiran karier Sheva di Milan bukanlah satu memori yang indah tetapi sepanjang kariernya bersama Milan, dia telah membuktikan bahawa dia adalah yang terbaik di dunia. Penaltinya pada tahun 2003 membawa Liga Juara-juara ke Milan dan setahun kemudian dia memenangi Ballon d’Or.
![](https://thesukan.net/wp-content/uploads/2017/03/sheva.jpg)
Berpindah ke Chelsea adalah satu kesilapan yang cukup besar buat lagenda Ukraine ini yang terus punah kariernya.