Carlos Tevez Dikecam Kerana Gemuk

Karier pemain Argentina, Carlos Tevez memasuki episod baru apabila dia diklasifikasikan sebagai gemuk dan tidak cergas untuk diturunkan, meskipun dibayar gaji termahal di dunia, £650,000 seminggu.

Setakat ini, bekas pemain Manchester United ini gagal untuk menyerlah dan sekadar menjaringkan dua gol dalam 15 perlawanan dan jurulatih Shanghai Shenhua, Wu Jingui berkata, dia tidak akan menurunkan pemain ini kerana tidak cergas.

“Aku tak nak pilih dia sekarang ni. Dia tak sedia dari segi fizikal. Dia tak cergas.

“Sekarang ni dia gemuk, sama juga dengan Fredy Guarin. Aku kena bertanggungjawab untuk pasukan dan pemain sekali.

“Kalau kau tak bersungguh nak main, tak guna juga aku pilih kau. Aku dah latih ramai pemain bintang dan aku tak pernah pilih pemain mengikut reputasi,” kata wu lagi.

“Aku diet, tapi berat tak turun, Kenapa wei?!” | Gambar : Sportynews

Nasib baik Wu jadi jurulatih di Liga China. Kalau dia di Liga Malaysia, dia terpaksa juga turunkan pemain mahal walaupun tak cergas atas arahan Dato’ Presiden.

Tevez baru-baru ini baru sahaja kembali daripada kecederaan peha tetapi dicemuh penonton ketika Shenhua tewas 2-1 kepada Henan Jianye.

Pemain berusia 33 tahun itu tidak boleh meninggalkan China sebelum Disember ini, memandangkan kontraknya hanya akan tamat pada bulan tersebut, namun dia tidak menolak kemungkinan kembali beraksi bersama Boca.

“Kontrak aku sangatlah kompleks dan susah untuk aku balik.

“Orang China bukannya bodoh,” kata Tevez dalam bahasa Inggeris pelat China.

Shenhua kini berada di tangga ke-11 selepas tewas empat kali berturut-turut di bawah kendalian Gus Poyet.

Sumber berita : Dreamteam

Baca Juga

Baca Juga