Carlos Tevez Mengalami Kecederaan Selepas Bermain Bola Sepak Dipenjara

Carlos Tevez muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran gaji tertinggi di dunia yang fana mengatasi Oscar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila menyertai Shanghai Shenhua dari Boca juniors dengan nilai RM422.81 juta atau £77 juta pada tahun lepas.

Bekas penyerang Manchester United dan Manchester City ini telah menandatangani perjanjian selama dua tahun yang bernilai RM172.97 juta atau £31.5 juta setahun bersama kelab Chinese Super League (CSL).

Carlos Tevez melakukan debut yang sempurna apabila menjaringkan satu gol serta satu bantuan gol bersama Shanghai Shenhua. Namun Tevez gagal menyerlah selepas permulaan yang baik kerana masalah kegemukkan.

Tevez diklasifikasikan sebagai gemuk seperti segelintir penulis The Sukan dan tidak cergas untuk diturunkan, meskipun dibayar gaji termahal di dunia ketika itu, £650,000 seminggu.

Namun setelah bercuti selama 7 bulan di Carlos Tevez kembali bersama Boca Juniors dan terus menjadi pemain penting kelab Argentina tersebut. Tevez tidak menghadapi masalah untuk terus menggegar gawang.

Boca Juniors kini dilaporkan pening dengan kecederaan betis yang menimpa Tevez selepas bermain bola sepak di dalam penjara yang menyaksikan beliau bakal berehat selama sebulan.

Segalanya bermula selepas Tevez membuat pergi melawat abangnya, Juan Alberto Martinez yang dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun kerana melakukan rompakan bersenjata.

Juan Alberto Martinez kini menjalani hukuman di penjara Bouwer di Cordoba yang merupakan penjara dengan kawalan keselamatan yang maksimun mengalahkan taktikal parking bus Mourinho.

Ketika lawatan tersebut, Tevez telah terlibat dalam permainan sepak bola dengan penghuni penjara tersebut dan mengalami kecederaan koyak otot betis dan terpaksa berehat selama sebulan.

Kecederaan ini juga menyaksikan Boca Juniors bakal kehilangan khidmat Tevez untuk beberapa perlawanan penting dan perlawanan Copa Libertadores yang bakal bermula.

Nilai Gaji Tevez Mengikut Masa

Inilah gaji Tevez semasa bercuti di China selama 7 bulan.

Setahun – RM172.97 Juta
Sebulan – RM14.42 Juta
Seminggu – RM3.34 Juta
Sehari – RM477 142
Sejam – RM19 880
Seminit – RM331
Sesaat – RM5.52

Pergi berak dan mandi 10 minit pun dah ada RM3310. Entah betul ke tidak aku kira. Berpinau mata mengira. Dengki betul aku dengan Tevez ni.

Baca Juga

Baca Juga