Carolina Marin yang merupakan Juara dunia dan Olimpik diberi amaran supaya jangan menjerit di gelanggang ketika pemain Sepanyol itu mara ke separuh akhir badminton Terbuka Hong.
Marin memang dikenali dengan perbuatan yang suka menjerit ketika meraih mata dipanggil dan diberi amaran oleh pengadil supaya tidak memandang tepat ke mata lawan dari Jepun, Akane Yamaguchi ketika menejrit dalam perlawanan yang menyaksikan dia menang 21-7, 21-18.
“Memang saya begini. Inilah karektor saya.” Marin
Dalam permainan tenis, beberapa pemain tenis wanita memang terkenal dengan tabiat menjerit dengan penuh ghairah termasuk Maria Sharapova dan Victoria Azarenka, tetapi situasi sangat berbeza dengan badminton.
Berdasarkan kepada peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain tidak dibenarkan melakukan tindak balas keterlaluan di gelanggang atau melakukan gangguan secara langsung kepada lawan, pegawai perlawanan dan peminat.
Video Jeritan Menghairahkan Carolina Marin
Amaran : Tak Kuat Jangan Tengok!