Carragher Dan Keane Berdebat Tentang Keputusan United Menandatangani Cristiano Ronaldo

Jamie Carragher dan Roy Keane berdebat tentang keputusan Manchester United menandatangani Cristiano Ronaldo dengan bekas bintang Liverpool itu menganggap ia merupakan penandatanganan yang kelakar.

Ronaldo kembali ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas lalu dan jelas sekali berita kepulangan semula beliau telah menggembirakan para penyokong setan merah seluruh dunia.

Bahkan peminat yang bukan penyokong Manchester United juga turut sangat tertarik dan teruja dengan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, perjalanan Ronaldo bersama setan merah musim ini tidaklah berjalan seperti apa yang dirancang dan diharapkan.

Mereka pada ketika ini sedang bergelut mahu mendapatkan tempat untuk layak ke saingan Champions League pada musim hadapan.

Dengan United turut sudah tersingkir dari semua pertandingan musim ini, ditambah pula dengan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu, Ronaldo dan seluruh kem setan merah jelas sekali melalui musim yang mengecewakan pada musim ini.

Ronaldo pada musim ini telah berjaya menjaringkan 21 gol dari semua pertandingan termasuk hat-trick yang beliau catatkan ketika aksi bertemu Norwich City baru-baru ini.

Walaupun Ronaldo kerap menjadi gol-gol penting yang membantu United mengutip tiga mata penuh, namun beliau masih tetap gagal untuk mengelak dari dikecam oleh pelbagai pihak.

Bercakap kepada SPORTbible dalam satu temu bual exclusive, Carragher dan Keane telah membincangkan tentang pelbagai hal berkait bola sepak.

Mereka kemudiannya telah ditanya tentang keputusan Manchester United menandatangani Cristiano Ronaldo dengan Carra percaya ia satu kesilapan, sementara Keane percaya ia tindakan yang tepat.

Membandingkan dengan bagaimana sentimen serta suasana ketika Everton menandatangani semula Wayne Rooney beliau merasakan keputusan United membawa Ronaldo tak mampu tandingi sentimen itu.

Carragher turut menjelaskan yang hal itu secara tak langsung telah menunjukkan di mana tempat Man Utd sendiri pada ketika ini.

“Ia menggambarkan tentang di mana kelab itu sedang berada. Memang semua peminat rasa teruja tapi mereka juga tahu ia tidak akan membantu, saya tahu ia tak akan membantu mereka untuk menghampiri kejuaraan, mereka sendiri pada tahun lalu berada di kedudukan kedua.”

“Ketika kamu lihat Ronaldo dan pemain United yang lain, dia masih lagi antara yang terbaik dan mungkin memang yang terbaik. Dia antara pemain yang ada empat ke lima detik yang boleh buat kamu kata ‘wow’. Untuk Ronaldo, boleh bermain bersama salah satu kelab terbaik Eropah di usia 37 tahun, itu sudah menakjubkan.”

“Untuk United membeli Ronaldo, saya rasa ia satu benda yang kelakar. Ia sama ada mereka cemas kerana mereka risau tak dapat Ronaldo, sama ada mereka dipermainkan oleh media sosial atau penyokong, bagi saya ia sedikit memalukan.”

Penyampai Sky Sports itu turut membincangkan tentang fakta yang kelab mungkin telah diperbodohkan oleh Man City yang kononnya mahu membeli Ronaldo dari Juventus sebelum ini.

Beliau menegaskan yang kelab sepatutnya menandatangani ‘Next Ronaldo’ bukannya Cristiano Ronaldo sendiri.

Keane tidak begitu gembira dengan kenyataan yang dibuat oleh Carragher dengan beliau kemudian menyatakan bahawa jaringan Ronaldo di pentas Eropah serta hat-tricknya ketika bertemu Tottenham Hotspur sebenarnya sudah sangat berbaloi.

“Gambaran lebih besar, dia bukanlah penandatanganan terhebat kerana usia dia dan apa yang kamu ada.”

“Saya masih rasa dia boleh bawa sesuatu kepada kelab dan saya fikir dia dah banyak bantu kelab. Apa yang berlaku di sekeliling dia bukanlah satu situasi yang baik.”

“Saya rasa dia patut lebih menunjukkan ciri kepimpinan dia, dia ada beberapa kali diketepikan dan ada perlawanan yang dia tak main, tapi dia masih mampu tunjukkan semua itu.”

“Perlawanan bertemu Tottenham Hotspur, segelintir perlawanan di pentas Eropah, ia jelas penandatanganan yang hebat.”

Ronaldo sahkan bayi lelakinya telah meninggal dunia

Cristiano Ronaldo hari ini telah tampil mengumumkan yang salah seorang dari anak kembar beliau bersama pasangannya, Georgina Rodriguez telah meninggal dunia.

Pemain terbaik Manchester United itu bersama pasangannya baru sahaja dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Walau bagaimanapun, hari ini Cristiano Ronaldo telah tampil mendedahkan yang salah seorang dari bayinya itu (lelaki) telah meninggal dunia.

Ronaldo menyampaikan berita sedih itu menerusi satu muat naik di laman instagram miliknya untuk mengesahkan tentang pemergian bayi lelakinya itu.

Cristiano Ronaldo turut mendedahkan kepada pengikutnya yang bayi perempuannya telah selamat dilahirkan.

“Dengan rasa sedih yang sangat mendalam kami mahu mengumumkan yang bayi lelaki kami sudah meninggal dunia.”

“Ia merupakan kesakitan yang teramat sangat yang boleh dirasai oleh ibu bapa. Hanya dengan kelahiran bayi perempuan kami sahaja yang mampu beri kami kekuatan untuk mengharungi detik ini dengan harapan dan sedikit kegembiraan.”

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas jagaan rapi dan sokongan mereka.”

“Kami semua sedih atas kehilangan ini dan kami mohon beri waktu kepada kami di waktu yang benar-benar sukar ini. Bayi lelaki kami, kamu bidadara kami. Kami akan selalu menyayangi kamu.”

Tulis Cristiano Ronaldo di laman instagram miliknya.

Manchester United turut mengeluarkan kenyataan bagi memberi sokongan kepada Cristiano Ronaldo dengan menyatakan:

“Kesakitan kamu adalah kesakitan kami, @Cristiano. Kami kirimkan rasa sayang dan kekuatan untuk kamu dan keluarga kamu pada ketika ini.”

Anak pertama Cristiano Ronaldo, Cristiano Jr dilahirkan pada tahun 2010 melalui ibu tumpangan dengan beliau pada ketika ini sedang beraksi bersama skuad akademi setan merah.

Ronaldo kemudiannya dikurniakan anak kembar, Eva (perempuan) dan Mateo (lelaki) juga melalui ibu tumpang pada tahun 2017 yang lalu.

Pasangan beliau, Rodriguez kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan mereka, Alana Martina pada tahun 2018 yang lalu.

Ronaldo kembali menyertai Manchester United dari Juventus pada musim panas lalu dengan Rodriguez bersama keluarganya turut sama ikut berpindah ke bandar Manchester.

Kedua-dua mereka bertemu ketika Cristiano Ronaldo masih lagi bersama Real Madrid dengan Rodriguez pada ketika itu bekerja di store Gucci.

Ronaldo pernah menceritakan kisah tersebut dalam satu siri dokumentari di Netflix dengan menyatakan:

“Dari detik itu (ketika mereka berselisih di hadapan store di mana Rodriguez bekerja) ia terus bermain di fikiran saya dan saya rasa ia waktu yang paling tepat.”

Pada tahun 2019 yang lalu, dalam satu temu bual bersama Piers Morgan, Ronaldo turut mengesahkan yang beliau akan kahwini Rodriguez satu hari nanti.

Pemain berusia 37 tahun itu menyatakan:

“Kami akan berkahwin satu hari nanti, itu sudah pasti. Geo merupakan sebahagian dari saya.”

“Dia banyak membantu saya. Saya jatuh cinta padanya dan saya betul-betul bersemangat kerana dia.”

Mungkin selepas bersara dari dunia bola sepak, beliau bakal berkahwin dengan isterinya itu dan akan mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarganya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sahabat Ronaldo Beri Bayangan Tentang Destinasi Seterusnya Untuk Bintang Portugal Itu