Carragher Dan Scholes Bergabung Bantai Penyokong Arsenal

Jamie Carragher dan Paul Scholes tanpa berselindung membantai Arsenal dihadapan para penyokong Gunners sendiri berkait masalah yang ada pada kelab mereka ketika ini.

Arsene Wenger mengundurkan diri dari menjadi pengurus Arsenal pada tahun 2018 yang lalu, dan tempatnya digantikan oleh Unai Emery.

Unai Emery pula hanya bertahan selama 18 bulan sahaja, sebelum beliau dipecat, kerana pimpinan kelab merasakan beliau gagal untuk mengendalikan Arsenal dengan baik.

Mikel Arteta kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Arsenal, dengan beliau berjaya membantu Gunners menjuarai saingan FA Cup pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, beliau gagal membantu Arsenal untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan yang lebih baik, dengan mereka sekadar berada di kedudukan kelapan sahaja pada musim yang sama.

Pengurus dari Sepanyol yang kini berusia 39 tahun itu berjaya membantu Arsenal untuk mengutip lebih banyak mata dalam saingan Premier League musim lalu, namun mereka tetap berada di kedudukan kelapan untuk dua musim berturut-turut.

Tekanan untuk Arteta sepertinya semakin bertambah selepas Arsenal mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan awal dalam saingan Premier League musim ini.

Gunners dianggap berada di titik paling teruk dalam sejarah mereka, dengan menduduki kedudukan tercorot selepas mencatatkan tiga kekalahan, bolos sembilan dan langsung tidak mampu menghasilkan sebarang jaringan.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya berjaya membantu Arsenal untuk mencatatkan kemenangan demi kemenangan, dan akhirnya berada di kedudukan ke-11 dalam carta liga pada ketika ini.

Walau Gunners sudah berjaya mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri untuk naik ke kedudukan ke-11, namun Carragher dan Scholes merasakan ia merupakan rekod yang teruk untuk Arsenal.

Bercakap di Sky The Overlap series, legenda Manchester United, Scholes mengkritik tahap konsistensi Arsenal dan percaya yang para penyokong Gunners akan kembali memberi sokongan penuh pada Arteta.

“Ia tentu akan menjadi tahun seperti itu untuk Arsenal.”

Jelas Scholes.

“Mereka akan mengharungi tiga ke empat perlawanan yang mana mereka akan lakukan dengan sangat baik.”

“Semua orang akan kata, ‘mereka akan memenangi liga’ dan kemudian mereka akan harungi tiga ke empat perlawanan yang mana Arteta akan diarahkan untuk keluar dan dipecat.”

Carragher kemudiannya mencelah untuk turut sama membantai Arsenal dengan beliau menyatakan yang semua orang sedang ketawakan mereka pada ketika ini.

“Mereka merupakan sebuah pasukan yang semua orang sedang ketawakan, bukankah mereka, Arsenal”

Tambah Carragher.

Arsenal ketika ini hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja dibelakang penunggu tempat keempat Manchester United dan tempat ketiga, Manchester City.

Chelsea pula dianggap antara pasukan kegemaran untuk mencabar kejuaraan liga dari Manchester City, dengan mereka pada ketika ini sedang mendahului carta saingan Premier League.

Liverpool cucuk rapat dibelakang Chelsea, dan mereka dianggap antara pasukan kegemaran untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas pada akhir musim nanti.

Walau bagaimanapun, Carragher mendakwa yang beliau percaya Arsenal akan menjadi pasukan paling layak untuk mencabar kedudukan untuk mara ke saingan Champions League.

Bercakap di The Daily Telegraph, penyampai Sky Sports itu menyatakan bahawa:

“Saya tak nampak sesiapa lagi yang boleh melepasi itu. Kita sudah boleh lihat pasukan mana yang akan mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas.”

“Pasukan yang saya rasa berbaloi untuk disaksikan pada musim ini dan yang akan beri cabaran adalah Arsenal.”

“Seandainya mereka berjaya menemui konsistensi dari skuad muda mereka, ketiadaan perlawanan di pentas bola sepak Eropah, akan beri kelebihan besar buat Mikel Arteta untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak buahnya di atas padang latihan.”

“Saya fikir masih terlalu awal untuk mereka layak ke saingan Champions League, tapi melihat kepada kemampuan mereka, saya rasa mereka mampu buktikan yang mereka ada kemampuan sempurna untuk bersaing.”

Arsenal pada hujung minggu ini akan turun beraksi bertemu Crystals Palace di Emirates, dan tentunya Mikel Arteta mahu anak-anak buahnya membawa pulang tiga mata penuh dari halaman mereka sendiri.

Walau berada di kedudukan ke-11, namun pungutan mata antara Arsenal dengan pasukan lima teratas tidak jauh dan mereka jelas berpotensi untuk mencabar kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Siapakah Yang Dimaksudkan Wenger Sebagai 'Penguasa' Kepada Diving Dalam Bolasepak Hari Ini?