Carragher Kecam Odegaard Kerana Raikan Kemenangan Arsenal Ke Atas Liverpool

Pelik tapi benar namun itulah yang terjadi apabila legenda Liverpool, Jamie Carragher telah mengecam dan menyelar ketua pasukan Arsenal, Martin Odegaard kerana cara dia meraikan kemenangan Arsenal ke atas Liverpool.

The Gunners adalah pasukan yang lebih baik di Stadium Emirates dan telah mendahului pada minit ke-14 apabila Bukayo Saka menerkam bola lepas selepas Alisson menyelamat percubaan Kai Havertz.

Combo kelakuan aneh benteng pertahanan Arsenal antara David Raya dan William Saliba menghadiahkan Liverpool gol penyamaan sejurus sebelum separuh masa di mana Liverpool berjaya meraih gol tanpa sebarang percubaan tepat.

Tetapi kesilapan Virgil van Dijk dan sepakan tersasar daripada Alisson Becker membolehkan Gabriel Martinelli meletakkan Arsenal kembali di depan ketika perlawanan berbaki 25 minit. Combo Van Dijk dan Alisson boleh tahan bangang.

Ibrahima Konater dilayangkan kad kuning kedua menambah duka Liverpool. Leandro Trossard memastikan kemenangan dengan jaringan lewat untuk mencetuskan sambutan meriah di tempat duduk dan di atas padang kerana bola melalui kangkang Alisson.

Selepas wisel sepenuh masa, kamera Sky Sports telah merakam aksi kapten Arsenal, Martin Odegaard ketika dia mengambil kamera daripada jurugambar kelab dan mengambil gambar dia dan penonton di stadium Emirates.

Jamie Carragher, merenung kekalahan bekas pasukannya dengan rasa kurang kagum dan berbulu dengan keraian kapten Arsenal itu.

“Aduhai!! Intan Payung, buah hati pengarang jantung. Budak bertuah.” kata bekas pemain pertahanan Liverpool itu di Sky Sports Super Sunday ketika melihat keraian itu.

“Masuk sahaja terowong, anda telah memenangi satu perlawanan, ia adalah tiga mata. Anda telah cemerlang, mereka kembali dalam perlumbaan kejuaraan, kembali ke terowong. Saya serius, secara jujur.”

Ini bukan kali pertama Arsenal dikritik kerana cara mereka meraikan kemenangan.

Musim lalu – ketika Arsenal menghampiri Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana sebelum akhirnya gagal – pengurus Mikel Arteta mendapat kecaman kerana meraikan golnya yang bersemangat di garisan tepi, dan dipersalahkan kerana membuat pasukannya ‘terlalu emosi’.

Difahamkan Jamie Carragher bercakap dalam keadaan panas dan penuh beremosi seperti penyokong Liverpool yang lain, tetapi nampaknya agak keras untuk mengkritik Arsenal kerana meraikan kemenangan yang amat bermakna.

Kekalahan akan menyebabkan The Gunners ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dan cabaran kejuaraan mereka berkecai, tetapi sebaliknya mereka kini hanya ketinggalan dua mata dari puncak.

Jika diamati kembali tiada salahnya dengan keraian Martin Odegaard itu dan mungkin Carragher terlalu koyak dan tisu yang merupakan ciri-ciri utama penyokong Liverpool.

Adakah mereka kini mahu mengawal keraian kemenangan pasukan lain terutamanya ketika mencatatkan kemenangan ke atas Liverpool? Pasukan lawan kena menangis sambil menyeka air mata?

Maka reaksi dari Carragher yang menyerlar Odegaard itu segera menjadi bahan troll di media sosial.

Baca Juga

Baca Juga