Carragher Maki Bekas Pengerusi Spurs Sebagai Si Bodoh

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher telah memaki bekas pengerusi Tottenham Hotspur, Lord Sugar sebagai seorang yang bodoh selepas mengeluarkan ciapan yang sensitif di Twitter.

“Deleta la, Parking bodoh!”

Lord Sugar telah menggunakan platform media sosial untuk menzahirkan ucapan takziah diatas kematian bekas pengurus Liverpool Gerard Houllier dan dalam masa sama turut menganjing.

Dalam ciapan di Twitter, Lord Sugar bukan sahaja salah mengeja nama pengurus dari Perancis itu malah menganjing Piers Morgan yang merupakan musuhnya.

Ucapan takziah yang diucapkan Lord Sugar tiada yang salah dan kesilapan ejaan juga tidak menjadi isu, tetapi menggunakan kematian orang lain untuk menganjing sangat tidak kena.

“Berita sedih mengenai Gerard Houllier. Beliau baik orangnya. Aku boleh bayangkan Piers Morgan akan menghabiskan separuh rancangannya memberitahu semua orang bahawa betapa beliau kenali mendiang dan mengenang masa lalu.”

Entah apa yang digaduhkan oleh Lord Sugar dan Piers Morgan ini tidak patut dijelmakan bersama ucapan takziah untuk si mati.

Selain Jamie Carragher, seorang lagi bekas pemain Liverpool, Dietmar Hamann nyata tidak setuju dan selepas dengan hantaran daripada Lord Sugar itu.

“Sangat jelas kau tak kenal mendiang tapi kau memberikan penghormatan yang selayaknya beliau terima. Salah seorang daripada gentleman bola sepak yang kau tak patut petik.”

Pengacara BBC untuk rancangan Breakfast, Dan Walker juga menegur Lord Sugar dan menyetakan bahawa ciapan beliau itu tidak kena pada masa dan tempat.

“Ada masa dan tempatnya Lord Sugar. Dengan rendah hati aku cadangkan ini tidak kena pada masa atau tempat.”

Lord Sugar kemudian meminta maaf namun maaf yang dipinta itu kerana telah mengeja nama Gerard Houllir secara tidak betul. Mengundang betul.

Gerard Houllier telah meninggal dunia pada usia 73 tahun meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki tiga minggu selepas pembedahan aortic aneurysm.

Sebelum pergi Gerard Hollier telah menghantar satu teks pesanan yang menyatakan:

“Aku sedang berjuang, tapi aku akan keluar dari situasi ini.”

Gerard Houllier telah menguruskan pasukan Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Preancis sebelum mengambil alih kerusi pengurus di Liverpool pada tahun 1998.

Jurulatih dari Perancis itu mengendalikan Liverpool dari 1998 sehingga 2004 dan memberikan lima trofi kejuaraan utama, termasuk Piala FA, Piala Liga, dan Piala UEFA pada musim treble 2000-01.

Selepas tamat jodohnya bersama Liverpool Houllier telah kembali ke Perancis mengendalikan Lyon sebelum kembali ke Premier League untuk bersama Aston Villa.

Gerard Houllier sebelum ini telah diketahui mempunyai isu kesihatan yang berpanjangan terutamanya masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

BACA:  Lagenda Liverpool Teruk Diperli Budak Berusia 13 Tahun Yang Juga Peminat United