Carragher Menamakan Penyerang Yang City Perlu Tandatangani Berbanding Kane

Jamie Carragher percaya yang Manchester City seharusnya menandatangani Kylian Mbappe seandainya mereka gagal untuk mendapatkan khidmat Harry Kane.

Beliau merasakan yang Kylian Mbappe boleh menjadi ‘plan B’ andai rancangan City untuk menandatangani Kane pada musim panas ini berakhir dengan kegagalan.

City sudah menghabiskan sepenuhnya masa pada jendela perpindahan musim panas ini untuk mendapatkan bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Walau bagaimanapun, usaha mereka itu sepertinya akan bertemu dengan kegagalan dek kerana Daniel Levy tidak berhasrat untuk melepaskan pemain penyerangnya itu.

Juara saingan Premier League itu ketika ini tidak mempunyai pemain penyerang utama selepas pemergian legenda kelab, Sergio Aguero pada penghujung musim lalu.

Carragher walau bagaimanapun telah tampil memberi cadangan kepada City tentang siapa yang perlu mereka tandatangani bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aguero.

Beliau telah menamakan pemain muda Paris Saint Germain, Kylian Mbappe sebagai seseorang yang City perlu tandatangani dengan menyatakan:

“City seharusnya perlu ada ‘plan B’ jika Spurs tidak mahu menjual Harry Kane kepada mereka. Adalah lebih berbaloi kalau mereka mencuba untuk tandatangani Kylian Mbappe dengan nilai £100 juta memandangkan kontraknya akan tamat pada tahun hadapan.”

Kontrak Kylian Mbappe bersama gergasi Ligue 1 itu akan berakhir pada penghujung musim hadapan dan beliau dikatakan sangat berminat untuk mencuba menikmati cabaran baru di luar dari PSG.

Walau bagaimanapun, selepas Paris Saint Germain melengkapkan perpindahan Lionel Messi, Mbappe sepertinya akan mempertimbangkan semula hasratnya itu.

Carragher turut menyentuh tentang keputusan City yang sanggup mengeluarkan dana memecah rekod Premier League untuk menandatangani Jack Grealish dari Aston Villa.

Walaupun Grealish sememangnya pemain berbakat dan berpotensi, namun penyampai Sky Sports itu percaya yang menandatangani pemain penyerang adalah lebih penting untuk City pada ketika ini.

“City jelas sekali ada dana yang cukup untuk menandatangani Harry Kane dengan nilai £150 juta pada awal musim panas lalu, tapi mereka memutuskan untuk menandatangani Jack Grealish dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta.”

“Pada ketika ini, ia seolah-olah membuktikan yang keutamaan mereka pilih sebelum ini salah.”

“Grealish sememangnya seorang pemain yang bagus. Dia boleh beraksi cemerlang bersama City. Saya faham mengapa beliau mahu berpindah. Tapi apa yang saya tak boleh fikirkan adalah kenapa City tidak mengejar dulu sesuatu yang sepatutnya mereka kejar.”

“Tandatangani Grealish tidak akan bawa apa-apa perubahan sama ada mereka berjaya mempertahankan kejuaraan liga atau akhirnya memenangi gelaran Champions League musim ini.”

“Tandatangani Kane atau mana-mana pemain penyerang berkelas dunia, yang mampu menjaringkan 20 ke 30 gol semusim, itu mungkin boleh beri perubahan.”

Kontrak Kane bersama Tottenham Hotspur tidak akan tamat sehingga 2024 nanti, dengan chairman kelab, Daniel Levy jelas tidak mahu melepaskan penyerang kebangsaan England itu.

“Sebagai pemain sasaran nombor satu pada jendela perpindahan musim panas ini, Kane seharusnya sudah menyarung jersi Manchester City pada ketika ini.”

Tambah Carragher lagi.

“Ia sangat sukar untuk difahami bagaimana City membayangkan tindakan mereka akan membawa perubahan pada skuad, dengan mereka sudah berusaha sejak dua bulan yang lalu.”

“Sejak dari awal Kane mendedahkan yang beliau mahu meninggalkan Spurs dan City bersedia untuk mendapatkan khidmat dia, peminat semua sudah tahu ia akan berhasil.”

“Kalau mereka terus meletakkan nilai £150 juta dari awal, saya rasa semua ini sudah selesai. Tapi sekarang sepertinya sangat sukar dan City perlu ada ‘plan B’.”

Sumber: SB

BACA:  Man City Berdepan Dakwaan Lakukan 100 Penipuan FFP Dan Bakal Disingkir Dari EPL