Carragher: Sangat Mengaibkan Jika Arnold Hilang Tempat Kepada Trippier

carragher ronaldo

Jamie Carraghe telah melabel mereka yang membuat gurauan bahawa Kieran Trippier akan dipilih untuk skuad England berbanding Trent Alexander-Arnold adalah sesuatu yang sangat mengaibkan dan memalukan.

Dunia telah menyaksikan bahawa Gareth Southgate tidak menyenaraikan nama Trent Alexander-Arnold untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 hujung bulan lalu.

Kelayakan Piala Dunia merupakan pentas perlawanan antarabangsa terakhir sebelum kejohanan EURO 2020 yang tertangguh akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Dan sukar buat pemain yang tidak dipanggil untuk kelayakan Piala Dunia ini berada dalam senarai akhir skuad Tiga Singa itu nanti melainkan keajaiban terjadi.

Jika aksi hebat dan luar biasa Trent Alexander-Arnold seperti dipamerkan dalam perlawanan menentang Arsenal ditunjukkan secara konsisten peluang masih ada.

Kini ramai yang percaya Trent Alexander-Arnold akan terlepas European Championships dengan Kyle Walker, Reece James dan Trippier berada dalam senarai teratas.

Nasib baik Aaron Wan-Bissaka diletakkan di belakang Trent Alexander-Arnold sebagai pilihan seterusnya. Tidak ramai yang akan koyak.

Seperti penyokong Liverpool yang lain, Jamie Carragher telah memuji Trent Alexander-Arnold seperti tiada hari esok dan supp tinggi menjulang kelangit mencucut bontot Ayah Pin.

Selepas memuji Trent Alexander-Arnold seperti penyokong Liverpool yang lain, Jamie Carragher telah mengkritik tindakan tidak memanggil Arnold untuk bersama skuad England.

Cuma platform yang digunakan bekas pemain petahanan Liverpool itu lebih besar, perkara ini diluahkan Carragher dalam rancangan Monday Night Football.

Ketika ditanya adakah Trent Alexander-Arnold patut ke EURO 2020, dengan yakin Carragher menjawab:

“Ya, beliau merupakan seorang yang mempunyai bakat yang unik.”

“Belia merupakan full-back yang tidak sama dengan pemain lain yang pernah aku lihat sebelum ini, kebanyakkan full-back hanya reti naik dan turun ikut garisan je.”

“Beliau merupakan seorang playmaker, senang cerita gini, beliau Kevin De Bruyne yang beraksi sebagai right-back dan itulah beliau, beliau berbeza.”

Gary Neville kemudian menjadi batu api dengan menjelaskan kenapa Trent Alexander-Arnold tidak akan bermain untuk England menentang pemain sayap terbaik dunia.

Jamie Carragher dan Gary Neville kemudian membuat pilihan peribadi untuk skuad England dan Carragher telah berkata:

“Jika kau pilih Kieran Trippier berbanding Trent Alexander-Arnold, itu sungguh memalukan.”

Itulah penyokong Liverpool yang merasakan pemain mereka sahaja yang hebat dan paling berguna sambil mengetepikan perasaan pemain lain yang juga berusaha keras untuk mendapat tempat.

“Jika Trent Alexander-Arnold tidak berada dalam pasukan England ini bermakna, England sudah mempunyai satu skuad yang teramat bagus.”

Sebelum ini pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terasa amat bingung dengan keputusan pengurus England, Gareth Southgate kerana tidak memilih dan mengabaikan pemain hebat Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

“Aku sangat terkejut apabila dia (Arnold) tidak mendapat panggilan. Sudah pasti aku hormati keputusan itu, tapi aku masih tidak faham.”

“Aku sendiri seorang pengurus, aku buat keputusan setiap hari, setiap minggu, setiap pertengahan minggu tentang pemilihan pasukan dan pemilihan skuad.”

“Kami selalu membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain tidak faham.”

Jurgen Klopp beranggapan England pasti mempunyai skuad yang kuat kerana tidak memilih Trent Alexander-Arnold dan menghormati keputusan Southgate. Hebat sangat ke Arnold ni?

“Jika Trent Alexander-Arnold tiada di skuad England sudah pasti England mempunyai skuad yang sangat kuat. Biar aku cakap ia macam ni.”

“Aku tiada masalah jika pemain aku mendapat kritikan. Mereke boleh dapat daripada aku dan mereka juga boleh dapat dari orang lain.”

“Sudah pasti aku hormati keputusan Gareth, tapi aku tidak faham langsung kerana Trent Alexander-Arnold dalam dua musim lepas muncuk menjadi right-back di dunia bola sepak. Itu satu kebenaran dan sangat menakjubkan pada usia muda.”

Seperti Carragher dan penyokong Liverpool yang lain, Jurgen Klopp yang tidak faham itu terus menerus memuji Trent Alexander-Arnold sebagai pemain yang hebat. Tak tahan tu siap bagi contoh Messi.

“Jika kau bandingkan dengan Lionel Messi setiap tahun dengan musim terbaiknya, sekarang Messi kini mungkin tidak beraksi dengan baik jika dibandingkan dengan prestasi pada 2006 dan 2006 tapi Messi masih lagi pemain terbaik dunia.”

Permainan bola sepak merupakan satu permainan berpasukan dan Gareth Southgate pasti jelas apa yang kurang dan apa yang diperlukan beliau untuk skuad England.

Jika Trent Alexander-Arnold diperlukan dan berada dalam perancangan sudah pasti akan dipanggil, jika tidak tunggu panggilan seterusnya.

BACA:  Jamie Carragher Dedah Messi Panggil Beliau Kaldai