Carragher Telan Ludah Sendiri Dan Kini Anggap Lisandro Martinez Padu Amat

carragher liverpool

Jamie Carragher telah mengakui dia tersilap tentang Lisandro Martinez ketika dia mula-mula menandatangani kontrak dengan Manchester United.

Di mana dia pernah melabel Lisandro Martinez terlalu ketot untuk bermain di EPL.

Kekalahan awal musim kepada Brighton dan Brentford menyebabkan ramai pengkritik yang berebut untuk mengecam dan mengkritik pemain pertahanan Argentina itu, termasuk Carragher.

Carragher berkata pemain Argentina itu terlalu pendek untuk menjadi bek tengah yang berjaya di Liga Perdana Inggeris.

Bukan sahaja Carragher, legenda United sendiri, Gary Neville turut mengeluarkan pendapat hampir sama tentang pemain itu.

Carragher paling menjadi perhatian kerana dia paling lantang mengkritik Lisandro Martinez yang ketika itu baru sahaja beraksi beberapa perlawanan.

Dia menjangkakan Lisandro Martinez akan gagal di EPL terutama sekali untuk menjadi bek penting pasukan seperti Manchester United.

Lebih lebih lagi dalam 2 perlawanan pertamanya, dia bergelut dengan fizikal di EPL.

Malangnya jangkaan Carra itu meleset, sebaliknya Martinez telah menyinar untuk United pada musim apabila dia juga memenangi Piala Dunia 2022 bersama Argentina.

Pundit terkemuka Sky Sports itu telah diminta mengulas tentang ulasannya mengenai komen lalunya itu, dan berkata dia kini telah mengubah fikirannya tentang Lisandro.

Carragher memberikan penilaian cemerlang kepada Lisandaro Martinez pada musim ini. Melebih jangkaannya yang prejudis sebelum ni.

Carragher berkata: “Saya rasa dia cemerlang. Untuk bermain dengan fizikal sekecil itu dan bermain sebagai bek tengah, anda sememangnya perlu menjadi pemain istimewa dan pemain yang bagus.”

“Saya tidak sangka seseorang pada saiz itu boleh melakukan sebaiknya dalam Liga Perdana dan dia telah mengatasi cabaran itu. Dia telah beraksi dengan sangat cemerlang. Apa yang saya katakan sebelum ini mengenai semangat United, dia telah menjadi sebahagian besar daripada itu.”

“Ada satu perlawanan yang saya lihat beberapa minggu lalu, dia menjadi pemain pengganti dan seseorang menjaringkan gol lewat dan dia betul-betul terlibat. Anda melihatnya di Piala Dunia, Argentina, dia berjaya.”

Carragher menegaskan lagi bahawa dia tiada masalah untuk mengakui kesilapannya dalam menilai Martinez.

Sambil menyatakan bahawa dengan adanya Martinez dan Casemiro di atas padang, ianya membuatkan Manchester United lebih kuat dan ampuh.

Carragher mengakui Martinez masih sukar berdepan dengan fizikal di EPL, namun sebagai pemain yang bagus, Martinez sentiasa mengelak kelemahan itu terdedah kepada lawannya.

Dia seorang pemain yang sangat bijak dalam perkara itu.

Legenda Liverpool, Jamie Carragher menambah: “Dia dan Casemiro jika berada di atas padang rasanya United akan lebih berkuasa. Saya fikir dia masih boleh terdedah di udara pada satu peringkat tetapi setiap pemain mempunyai kelemahan, pemain terbaik memastikan mereka tidak terdedah atau menyembunyikannya. Saya rasa dia pemain yang sangat bagus.”

“Dia buat saya terkejut. Saya tiada masalah, saya boleh mengaku apabila saya salah!”

Martinez telah cemerlang dan gandingannya dengan Raphael Varane adalah salah satu sebab untuk peningkatan besar United musim ini.

Dia bertahan dengan semua yang dia ada dan sangat bekerja keras untuk memastikan bola dikeluarkan daripada kawasan bahaya mereka, selain daripada berjaya meningkatkan kualiti pemain lain di sekitarnya.

Martinez sentiasa menunjukkan keberanian dan semangat tidak mahu mengalah sesuai dengan namanya yang turut digelar Si Tukang Sembelih dari Argentina.

Pemain yang sanggup hulur kepala ketika menghalang lawan daripada menjaringkan gol. Membuatkan pertahanan United kini antara yang paling kebal di Eropah.

Baca Juga

Baca Juga