Carrick Alami Kemurungan Selepas Tewas Dalam Final UCL 2009 Kepada Barcelona

Bekas pemain tengah Manchester United, Michael Carrick telah menceritakan kemurungan yang beliau alami selepas Manchester United tumpas di tangan Barcelona dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah 2008/2009.

Red Devils yang ketika itu masih lagi dibimbing Sir Alex Ferguson tewas 2-0 kepada Barcelona, dengan Samuel Eto’o dan Lionel Messi masing-masing berjaya menjaringkan gol untuk meranapkan impian peminat United.

Carrick alami kemurungan kerana melakukan kesilapan dalam final UCL

Gol Eto’o berpunca daripada tindakan Carrick yang gagal menanduk bola dengan baik menyebabkan United kehilangan bola. Beberapa saat kemudian, Eto’o berjaya menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Dalam satu temu rumah eksklusif bersama The Times, Carrick mengakui beliau berasa murung setiap kali terkenangkan detik tersebut.

“Ia merupakan tahap paling rendah yang pernah saya rasai sepanjang karier. Saya tidak tahu mengapa. Saya telah menggagalkan diri sendiri dalam perlawanan terbesar sepanjang karier saya. Saya berjaya memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun yang sebelumnya tetapi itu tidak lagi relevan.”

” Saya berasa seperti dalam kemurungan. Saya sangat down. Saya rasa itu adalah kemurungan. Saya menggambarkan ia sebagai kemurungan kerana ia bukan terjadi sekali sahaja.”

“Saya akan berasa kecewa selepas melalui sesetengah perlawanan, tetapi mampu melupakan kekecewaan tersebut selepas beberapa hari. Tetapi bagi perlawanan final itu, ia seperti tidak mahu hilang dari fikiran saya. Ia merupakan perasaan yang agak janggal.”

Gol yang menyebabkan Carrick mengalami kemurungan.

“Saya menyalahkan diri saya sendiri atas jaringan Samuel Eto’o. Saya bertanya pada diri sendiri mengapa saya berbuat demikian. Selepas itu kemurungan akan mula melanda diri saya. Tahun selepas itu agak sukar bagi saya. Ia bermain di fikiran saya agak lama.”

Carrick yang kini berusia 37 tahun bermain untuk Manchester United selama 12 tahun. Beliau berpindah ke Old Trafford dari Tottenham Hotspurs pada tahun 2006 dalam perjanjian bernilai £18.6 juta. Sir Alex Ferguson membawa masuk Carrick bagi menggantikan tempat kapten, Roy Keane yang meninggalkan kelab tersebut pada tahun yang sama.

Carrick mendakwa masalah kemurungan yang beliau alami hanya berakhir selepas Manchester United berjaya menyingkirkan Chelsea dalam pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2011.

Carrick juga mengakui beliau tidak pernah menceritakan masalah kemurungannya kepada rakan sepasukan yang lain dan turut mendakwa beliau mahu meninggalkan kem England dan kembali ke rumah ketika Piala Dunia 2010 sedang berlangsung.

Carrick homesick ketika berada di Afrika Selatan. Kalah budak asrama Form 1

“Pada tahun 2010, ia merupakan tahun yang paling sukar buat saya. Ia merupakan impian saya untuk beraksi dalam Piala Dunia tetapi sebenarnya, saya tidak mahu berada di situ. Saya mahu berada di rumah. Saya beritahu Lisa [bini Carrick], ‘Cukup. Saya mahu pulang ke rumah’.”

“Saya tidak melakukannya tetapi itu yang saya mahu. Saya hanya pendamkan sahaja perasaan itu. Keluarga saya sendiri pon tak tahu masalah yang saya alami selama ini.”

BACA:  Lima Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Menyokong England di Euro 2020