Carrick Mengeluarkan Kenyataan Tentang Kesihatannya

Siapa sangka pemain tengah ini mampu bertahan di Old Trafford hampir 11 tahun sejak berpindah daripada Tottenham pada tahun 2006.

Selepas pemergian Rooney ke Everton, Carrick telah dilantik sebagai kapten pasukan Manchester United.

Kapten Manchester United, Michael Carrick telah mengeluarkan kenyataan berikut melalui laman Twitternya :

“Aku hanya hendak menjelaskan situasi sebenar aku kerana ramai orang bertanya sama ada aku ok dan mengapa aku tidak cergas sepanjang beberapa bulan ini.

“Selepas berasa aneh semasa separuh kedua ketika perlawanan menentang Burton pada September lalu, aku telah menjalani satu siri ujian. Keadaan ini disebabkan oleh degupan jantung yang tidak teratur selepas pemeriksaan lanjut dibuat aku telah menjalani satu proseduryang dipanggil Cardiac Ablation.

Semoga cergas kembali.

“Aku terpaksa menjalani latihan secara berterusan sambil dipantau dengan teliti tetapi aku rasa sihat sekarang. Aku mahu memberi kepastian kepada semua bahawa aku sihat
dan kembali berlatih bersama pasukan. Aku juga sedang meningkatkan kecergasan dan menyasarkan untuk kembali merebut tempat. Terima kasih atas sokongan anda.”

Semoga Michael Carrick baik-baik sahaja dan berharap dapat melihat dia kembali ke padang tidak lama lagi.

Carrick mempunyai karakter yang tenang setiap kali berada di atas padang. Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang boleh mempengaruhinya ketika bermain.

Dia akan memberikan fokus 100% dan memastikan kerjanya di atas berjaya dilakukan dengan penuh bergaya walaupun kredit selalu sahaja kurang diberikan kepada pemain tengah ini.

Baca Juga

Baca Juga