Carta 10 Pengurus Yang Paling Banyak Berbelanja Sejak Tahun 2000

Data dari transfermarkt yang menunjukkan senarai pengurus yang paling banyak berbelanja sejak tahun 2000 telah didedahkan dan hasilnya sangat mengejutkan.

Peminat di media sosial agak terkejut melihat data tersebut yang mana ia menunjukkan berapa nilai yang pernah dibelanjakan oleh setiap pengurus yang ada dalam senarai itu.

Ketika musim panas ini, peminat telah melihat bagaimana Paris Saint Germain menandatangani beberapa bintang mega seperti, Lionel Messi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Georginio Wijnaldum dan Achraf Hakimi.

Ia dianggap sebagai urusan perpindahan pemain paling hebat dalam sejarah dunia bola sepak, dengan PSG membawa masuk lima pemain bertaraf dunia dalam satu jendela perpindahan.

Menakjubnya lagi, PSG berjaya mendapatkan empat dari lima pemain itu secara percuma sahaja selepas kesemua mereka meninggalkan kelab masing-masing sebagai pemain berstatus free ejen.

Boleh dikatakan setiap jendela perpindahan akan ada hal-hal yang mengejutkan, baik dari nilai pemain, mahupun kejayaan sesebuah kelab itu mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

Transfermarkt telah mengeluarkan carta yang menunjukkan berapa nilai yang telah dibelanjakan oleh 10 pengurus yang paling banyak berbelanja di setiap jendela perpindahan pemain, sejak dari tahun 2000.

Jose Mourinho, Pep Guardiola dan Carlo Ancelloti berada di kedudukan tiga teratas dalam carta tersebut, dan ia bukanlah satu hal yang mengejutkan para peminat.

Mourinho telah membelanjakan €1.76 billion sepanjang kariernya sebagai pengurus, Pep Guardiola pula telah menghabiskan €1.59 billion dan Carlo Ancelloti pula telah berbelanja €1.37 billion.

Kesemua mereka sebelum ini telah terlibat dengan urusan perpindahan mega melibatkan ramai pemain bersama pelbagai kelab elit Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester United, AC Milan, Chelsea dan Manchester City.

Salah satu kritikan paling teruk yang pernah dilemparkan pada Jose Mourinho sepanjang kariernya sebagai pengurus adalah, beliau perlu berbelanja besar untuk membantu kelab berjaya memenangi apa-apa kejuaraan.

Walau bagaimanapun, segelintir peminat telah mengkritik tentang kedudukan Pep Guardiola dalam senarai tersebut, kerana beliau mula menceburi dunia pengurusan lebih lambat berbanding Mourinho dan Ancelloti.

“Satu hal yang ramai perlu tahu, Pep sebenarnya memulakan kariernya sebagai pengurus pada tahun 2008 bersama skuad Barcelona, tapi dia berada di kedudukan kedua sebagai pengurus paling banyak berbelanja sejak tahun 2000. Ini jelas membuktikan yang beliau berjaya kerana duit.”

Tulis salah seorang peminat.

Guardiola, Ancelloti dan Mourinho berkemungkinan akan menambah lagi angka tersebut dengan mereka ketika ini sedang berusaha untuk memantapkan skuad masing-masing.

Salah satu nama yang agak mengejutkan para peminat untuk melihat namanya berada dalam senarai ini adalah Manuel Pellegrini.

Ia kerana beliau sebenarnya merupakan sebahagian dari skuad Real Madrid dan Manchester City ketika mereka menandatangani pemain seperti, Cristiano Ronaldo, Kevin De Bruyne, Kaka dan Raheem Sterling.

Walaupun ramai peminat yang sebelum ini sering mengatakan yang Arsenal tidak mampu berbelanja besar sejak berpindah ke Emirates dalam tempoh sedekad ini, namun sebenarnya bekas pengurus mereka, Arsene Wenger berada di kedudukan kelapan dalam senarai ini.

Wenger telah membelanjakan €891 juta untuk urusan pembelian pemain sepanjang kariernya sebagai pengurus Arsenal.

Sementara di kedudukan terendah dalam senarai ini juga sebenarnya merupakan salah seorang bekas pengurus Arsenal, iaitu Unai Emery.

Data yang dikeluarkan oleh transfermarkt

Namun tidak mengejutkan untuk melihat beliau berada dalam senarai ini, kerana beliau merupakan sebahagian dari PSG ketika menandatangani Neymar dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta.

Senarai 10 pengurus yang paling banyak berbelanja sejak tahun 2000:

1)Jose Mourinho: €1.76 billion

2)Pep Guardiola: €1.59 billion

3)Carlo Ancelloti: €1.37 billion

4)Manuel Pellegrini: €1.16 billion

5)Max Allegri: €1.06 billion

Simeone merupakan antara pengurus yang memperoleh pendapatan tertinggi dalam dunia bola sepak ketika ini.

6)Diego Simeone: €985 juta

7)Antonio Conte: €944 juta

8)Arsene Wenger: €891 juta

9)Valverde: €864 juta

10)Unai Emery: €846 juta

Sumber: SPORTbible

BACA:  Senarai 10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Sepanjang Zaman