Dani Carvajal tampil menghentam semula kenyataan dari Mohamed Salah yang sebelum ini mendakwa aksi perlawanan akhir saingan Champions League musim ini merupakan aksi balas dendam Liverpool terhadap Real Madrid.
Salah sangat terdesak mahu membalas dendam ke atas Real Madrid selepas beliau bersama rakan sepasukannya berdepan kekalahan memalukan bertemu gergasi Sepanyol itu pada musim 2017/18 yang lalu.
Pemain kebangsaan Mesir itu menangis teresak-esak ketika di papah keluar dari padang kerana beliau tidak mampu untuk meneruskan aksi dalam perlawanan tersebut.
Real Madrid defender Dani Carvajal hits back at Liverpool star Mo Salah's 'revenge' comments https://t.co/DIe6IsIsFN
— MailOnline Sport (@MailSport) May 26, 2022
Beliau menderita kecederaan bahu selepas ditarik oleh Sergio Ramos pada ketika itu dan kerana itulah Salah terpaksa akur hanya sempat beraksi beberapa minit sahaja dalam perlawanan tersebut
Pemain penyerang Liverpool itu walau bagaimanapun berjaya membantu The Reds untuk menjulang Piala telinga capang itu pada musim berikutnya, selepas kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.
Musim ini, beliau sepertinya sangat teruja ketika melihat Liverpool dijadualkan akan bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.
Mo Salah secara terbuka mengakui yang beliau ada misi mahu membalas dendam dan sememangnya mahu Real Madrid menjadi lawan Liverpool di pentas perlawanan akhir.
We have a score to settle. pic.twitter.com/MWxfhIIW78
— Mohamed Salah (@MoSalah) May 4, 2022
Komen Salah itu sepertinya tidak diterima dengan baik oleh kem Real Madrid dengan ramai pemain mereka yang tampil menghentam bintang Liverpool itu kerana hal tersebut.
Terbaru, Carvajal tampil mempertikaikan tentang komen Mo Salah menjelang pertemuan mereka di Paris nanti.
“Saya tak tahu jika Salah atau Liverpool mahu balas dendam.”
Jelas Carvajal kepada ABC.
“Memang betul kalau kamu kalah perlawanan akhir saingan Champions League, kamu memang akan ada perasaan mahu peluang kedua untuk bertemu pasukan sama dan tewaskan mereka.”
“Semoga saja ia tak menjadi beban besar bagi Salah untuk kalah kali kedua bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League.”
Salah yang berjaya menjaringkan 31 gol dalam semua pertandingan musim ini turut pernah mendedahkan tentang detik terburuk sepanjang kariernya menjelang perlawanan akhir musim ini.
"Hopefully, it won’t be a major burden for Salah to lose a second Champions League final against Real Madrid." 👀
Dani Carvajal sends some strong words to Mo Salah ahead of Saturday's #UCLfinal 🥵 [Via: ABC] pic.twitter.com/ZsuMxoZgFp
— Football on BT Sport (@btsportfootball) May 26, 2022
“Saya masih ingat ketika saya meninggalkan padang selepas 30 minit dalam perlawanan itu dan ia merupakan detik terburuk sepanjang karier saya.”
“Saya sangat kecewa. Saya lalui musim yang baik dan kemudian bermain di pentas perlawanan akhir saingan Champions League pertama saya dan terpaksa keluar terlalu awal, jadi ia detik paling terburuk yang berlaku.”
“Saya dapat tahu keputusan ketika saya masih di hospital. Saya fikir kami mungkin tak akan kalah. Saya tak pernah rasa macam itu dalam bola sepak.”
Valverde Anggap Salah Tidak Menghormati Real Madrid
Mohamed Salah dianggap bersikap biadap terhadap Real Madrid dan dakwaan itu seolah-olah semakin memanaskan aksi perlawanan akhir saingan Champions League yang akan dilangsungkan hujung minggu ini nanti.
Liverpool sepertinya akan lebih bersemangat untuk mengakhiri saingan musim ini dengan memiliki piala ketiga mereka di Paris selepas kegagalan mereka menjulang gelaran Premier League.
Kegagalan Liverpool menjuarai saingan Premier League jelas sekali telah mengecewakan Mohamed Salah apa lagi selepas beliau sedar yang The Reds sudah hampir untuk memenangi gelaran liga minggu lalu.
Fede Valverde on Mo Salah's comments about facing Real Madrid:
"The only thing we must do is give our best, try to show why we're in the final and let's hope we can give another trophy to the fans and to Real Madrid." ⚽ https://t.co/1hOeOvjpL9
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 23, 2022
Ketika Man City mendahului Aston Villa dengan keputusan 3-2, Salah berjaya menjaringkan gol pendahuluan untuk Liverpool dan beliau sempat terpedaya dengan keputusan palsu 3-3 di Etihad.
Ketika beliau sedar yang Villa masih ketinggalan, bintang Mesir itu jelas sekali nampak kecewa dan kekecewaan itu kekal sehingga detik beliau mengambil hadiah kasut emas selepas tamat perlawanan.
Walau bagaimanapun, Salah tentunya mahu setidak-tidaknya mengakhiri saingan musim ini dengan membantu Liverpool membalas dendam terhadap Real Madrid, seterusnya menjuarai saingan Champions League.
Beliau gagal untuk mengakhiri aksi ketika perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2018 yang lalu kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Maka kerana itulah aksi perlawanan akhir pada musim ini dianggap sebagai misi balas dendam oleh Mohamed Salah.
Valverde and Real Madrid feel disrespected by Salah 😤 pic.twitter.com/Q0qyy2wiJP
— ESPN FC (@ESPNFC) May 23, 2022
Pemenang kasut emas Premier League itu bahkan turut menyebut nama Real Madrid sebagai lawan idaman beliau di pentas perlawanan akhir sejak dari aksi di peringkat separuh akhir lagi.
Selepas The Reds sah layak ke perlawanan akhir, Mohamed Salah mendedahkan beliau berharap agar Real Madrid berjaya tewaskan City kerana beliau mahu membalas dendam di pentas perlawanan akhir.
Walau bagaimanapun, komen Salah itu sepertinya tak diterima dengan baik oleh para pemain Real Madrid, dengan Federico Valverde mendakwa komen itu satu hal yang biadap.
“Jelas sekali memang setiap perkataan yang keluar dari mulut setiap orang itu adalah pilihan dia sendiri.”
“Saya lawan dia dan ia seolah-olah tak menghormati logo Real Madrid, pemain Real Madrid.”
“Satu-satunya hal yang perlu kami lakukan adalah berikan yang terbaik, cuba tunjukkan mengapa kami ada di pentas perlawanan akhir dan mari berharap kami akan mampu berikan satu piala lagi kepada Real Madrid.”
Tidak pasti mengapa Valverde menganggap komen Salah itu sebagai satu hal yang biadap kerana sepertinya tiada masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bintang Mesir itu.
Mohamed Salah has 'disrespected the Real Madrid badge and the players' by saying he wanted revenge on them, insists Federico Valverde https://t.co/GJTgvml1gO
— MailOnline Sport (@MailSport) May 23, 2022
“Saya mahu bermain bertemu Real Madrid, saya sekadar mahu jujur.”
Komen Salah kepada BT Sport yang dianggap biadap oleh Valverde itu.
“Manchester City merupakan pasukan yang hebat, kami sudah bermain beberapa kali bertemu mereka musim ini.”
“Jika kamu tanya saya secara peribadi, saya lebih memilih Madrid. Kami kalah perlawanan akhir sebelum ini, saya mahu bermain bertemu mereka dan semoga kami menang.”
Mohamed Salah has 'disrespected the Real Madrid badge and the players' by saying he wanted revenge on them, insists Federico Valverde https://t.co/GJTgvml1gO
— MailOnline Sport (@MailSport) May 23, 2022
Sepertinya komen Salah tidak lah dianggap biadap atau tak menghormati Real Madrid seperti apa yang dilakukan oleh Kylian Mbappe, hingga boleh mengundang kemarahan Valverde.
Memandangkan kedua-dua pasukan telah melakukan comeback ketika aksi peringkat separuh akhir sebelum ini, maka jelas sekali aksi perlawanan akhir nanti sudah tentu akan sangat menghiburkan.
Sumber: SPORTbible