CAS Tolak Bantahan Sekatan UEFA Terhadap Pasukan Bola Sepak dari Russia

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah menolak bantahan sekatan yang dikenakan oleh UEFA terhadap pasukan bola sepak dari Russia, serta pasukan kebangsaan negara bekas Soviet tersebut.

Persekutuan Bola Sepak Russia sebelum ini telah membuat rayuan ke CAS tetapi presiden Bahagian Timbang Tara Rayuan telah menafikan permintaan untuk membatalkan sekatan daripada UEFA tersebut sehingga CAS membuat keputusan penuh.

“Keputusan yang dicabar masih lagi dilaksanakan dan kesemua pasukan dan kelab Russia akan terus digantung daripada pertandingan UEFA,” kenyataan rasmi CAS berbunyi.

Keputusan ini hanya termaktub kepada penggantungan daripada UEFA, meskipun pada masa yang sama Russia sedang merayu supaya sekatan FIFA dibatalkan agar pasukan kebangsaan negara tersebut dapat beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Polang yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Sebelum ini kedua-dua badan bola sepak yang paling berpengaruh di dunia itu telah mengenakan sekatan terhadap pasukan kebangsaan Russia dan kesemua pasukan dan kelab dari negara tersebut daripada menyertai mana-mana pertandingan anjuran mereka sehingga diberitahu dengan negara yang acah-acah pembesar bola sepak – England, Wales, Scotland dan Ireland Utara muncul antara beberapa negara yang enggan bermain menentang pasukan negara terbesar di dunia tersebut.

Hal ini berikutan operasi ketenteraan presiden Vladimir Putin ke atas negara jiran, Ukraine.

Sebelum pengumuman sekatan ini dibuat, beberapa negara secara terbuka menyatakan bahawa mereka enggan berada di satu padang bersama Russia termasuklah Poland, Sweden dan Republik Czech – tiga negara yang berada di dalam saringan kelayakan Piala Dunia dengan Russia.

Cezary Kulesza, pemegang jawatan tertinggi bola sepak Poland telah memberitahu The Athletic pada penghujung bulan Februari yang lalu;

“Udah-udah ler bersembangnya, masa untuk bertindak!

“Dengan peningkatan keganasan Federasi Russia terhadap Ukraine, pasukan kebangsaan Poland tak ada hati pun nak bermain dalam perlawanan kalah mati menentang Russia.

“Hanya ini sahaja keputusan tepat. Kami kini sedang dalam perbincangan dengan Sweden dan Republic Czech untuk membawa petisyen ini kepada FIFA.”

Sebenarnya keputusan yang diambil oleh negara-negara ini adalah lebih kepada mencari alasan untuk tidak bertemu pasukan hyang agak kuat dalam peringkat kelayakan ini. Seandainya negara-negara tersebut benar-benar berani, pasti mereka akan mengusulkan untuk bermain di gelanggang berkecuali dan bukan di Russia.

Kes ini adalah sama dengan korang yang beritahu boss tak dapat masuk kerja sebab menjadi kontak rapat, kan?

Kedua-dua FIFA dan UEFA telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini;

“Berikutan daripada keputusan awal yang diambil oleh Majlis FIFA dan Jawatankuasa Eksekutif UEFA, yang membayangkan akan mengambil tindakan lanjutan, FIFA dan UEFA hari ini secara sepakat telah bersetuju bahawa kesemua pasukan dari Russia, sama ada wakil kebangsaan atau kelab, akan digantung daripada menyertai pertandingan FIFA dan UEFA sehingga diberitahu kelak.

“Keputusan yang diambil pada hari ini adalah daripada Biro Majlis FIFA dan Jawatankuasa Eksekutif UEFA – badan yang paling tinggi untuk membuat keputusan bagi kedua-dua institusi tentang perkara yang mendesak ini.

“Bola sepak bermakna kesatuan di sini dan kesemuanya bersama dengan rakyat yang terkesan di Ukraine. Kedua-dua presiden berharap situasi di Ukraine akan bertambah baik dengan cepat agar bola sepak akan kembali menjadi ejen penyatuan dan keamanan antara umat manusia.”

Berikutan daripada sekatan ini, kelab Russia yang terkenal di TikTok, Spartak Moscow secara automatiknya ditendang keluar daripada saingan Liga Europa dan perlawanannya menentang kelab Jerman RB Leipzig telah dibatalkan.

“Perlawanan Liga Europa antara RB Leipzig dan Spartak Moscow tidak dapat dilangsungkan dan akibatnya, RB Leipzig layak ke suku akhir kejohanan ini,” kenyataan rasmi UEFA berbunyi.

Nampak gaya nya segala sekatan yang dikenakan ke atas pasukan Russia ini tidak akan terhenti dalam masa yang terdekat. Nasib baik kena ke Russia. Kalau kena ke Brazil? Tak ke tak meriah Piala Dunia tak ada Brazil.

Nasib baik presiden negara Brazil bukan jenis yang suka langgar negara orang sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan umat manusia.

Tapi apa pun yang pasti, tindakan Russia membawa kes ini ke mahkamah timbang tara sukan semestinya dilakukan tanpa perlu membuat kutipan derma daripada penyokong mereka.

Sumber : The Athletic

BACA:  Vladimir Putin Jumpa Khabib, Anggap Kekecohan Yang Tercetus Berpunca Dari Provokasi Pasukan McGregor