Casemiro Sudah Mula Menyesal Serta Manchester United

Pemain tengah Manchester United, Casemiro telah dilaporkan mula menyesal dengan keputusannya untuk berhijrah ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas lalu bagi mencari cabaran baru.

Selepas meraih kejuaraan ke-18 bersama Real Madrid dengan menjuarai Champions League kelima dan gelaran La Liga, Casemiro dijangka untuk terus berada di Bernabeu untuk tahun ke-10.

Walaubagaimanapun pinangan dari Manchester United telah menarik minat pemain tengah Brazil itu untuk memberitahu Carlo Ancelotti bahawa sudah tiba masanya untuk dia mencari cabaran baru.

Dalam tempoh kurang seminggu dan khabar angin menyatakan Casemiro bakal ke Old Trafford belum memuncak, perjanjian dengan segera telah dimeterai dan Casemiro sudah berada di England.

Ketika Casemiro hadir, Manchester United terciduk teruk dengan aksi kelakar kepada Brighton & Hove Albion dan Brentford serta diramal bakal mengisi dan menutup lompong kelemahan Manchester United.

Kemudian Manchester United berjaya bangkit dengan kemenangan ke atas Liverpool dan juga Arsenal tanpa kehadiran pemain bernilai Β£60 juta itu dan Scot McTominay mempamerkan aksi padu.

Sejak tiba di Old Trafford, Casemiro hanya bermain 82 minit sahaja dalam Premier League dan empat perlawanan masuk sebagai pemain gantian.

Sebahagian besar minit perlawanan yang diperoleh Casemiro adalah dalam perlawanan Liga Europa.

Di Europa League Casemiro bermula dari kesebelasan utama untuk dua perlawanan dan satu sebagai pemain gantian mengumpul 217 minit perlawanan.

Situasi ini walaupun nampak masih awal namun telah timbul cerita yang dilaporkan bahawa pemain Brazil itu merasakan dia telah membuat satu keputusan yang salah.

Menurut laporan Caughtoffside, Casemiro telah memberitahu rakan terdekatnya bahawa dia menyesal dengan perpindahannya ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Lebih padu apabila, Casemiro juga dilaporkan sangat mengalu-alukan peluang untuk dia kembali bersama Real Madrid jika kemungkinan itu wujud.

Walaupun sekadar kemungkinan namun situasi ini bukanlah sesuatu yang realistik memandangkan jumlah yuran perpindahan yang terlibat bukanlah sedikit.

Tambahan pula, Casemiro juga didakwa sangat terbuka menjadi pemain perpindahan secara pinjaman semasa jendela Januari untuk mendapatkan masa permainan yang cukup dan secara tetap.

Casemiro dalam perjanjiannya diikat Manchester United sehingga tahun 2026 dan United mempunyai pilihan untuk mengaktifkan klausa satu tahun tambahan.

Cerita pemergian Casemiro sejurus selepas ketibaannya kelihatan sangat tidak mungkin tambahan pula hanya selepas beberapa perlawanan ketika musim masih panjang.

Bagaimanapun, jika khabar ini berkisar kepada Cristiano Ronaldo, rakan dan bekas rakan sepasukan Casemiro di Real Madrid yang mungkin diberi kebenaran untuk meninggalkan Teater Impian pada awal 2023.

Casemiro berharap untuk membuat permulaan Liga Perdana pertamanya musim ini apabila United bertandang ke Goodison Park untuk menentang Everton pada petang Ahad.

Cerita ini lebih berat kepada khabar angin semata-mata dan persembahan Casemiro tidaklah seperti yang diharapkan kerana mungkin masih lagi perlu beradaptasi dengan cara permainan yang diterapkan Erik Ten Hag.

Casemiro datang ke England untuk cabaran baru dalam kariernya dan tidak mungkin Casemiro sudah mengalah selepas kurang 10 perlawanan berlalu.

Diawal ketibaannya Casemiro yang menerima gaji sekitar GBP350k seminggu sama dengan David De Gea telah menyatakan kehadirannya ke Old Trafford bukanlah bermotifkan wang Euro.

Hajatnya untuk kembali bergabung mungkin hanya di Europa League dan mungkin sehingga pertengahan musim sahaja dan misi utamanya adalah untuk menjulang trofi Premier League.

Masih jauh lagi perjalanan Casemiro jika mahu merealisasikan hajatnya dan misinya itu bersama Manchester United.

BACA:Β  Casemiro Sah Menjadi Milik Manchester United