Iker Casillas adalah satu nama yang cukup besar dalam arena bola sepak dunia di mana dia telah menjadi penjaga gol utama gergasi La Liga, Real Madrid selama 16 tahun. Di samping itu, dia juga telah menggondol kesemua piala utama yang disertainya – La Liga, Copa Del Rey, Liga Juara-juara, Kejohanan Eropah dan Piala Dunia.
Casillas juga turut memegang rekod sebagai penjaga gol paling muda melakukan debut di Liga Juara-juara iaitu pada tahun 1999 ketika dia berusia 18 tahun 117 hari – dalam perlawanan Real Madrid menentang Olympiakos.
Walaubagaimanapun, rekod Casillas ini telah dipecahkan oleh penjaga gol muda kelab Benfica, Mile Svilar. Dalam perlawanan Champions League, Svilar baru berusia 18 tahun 52 hari diturunkan dalam kesebelasan utama Benfica menentang Manchester United.
Loris Karius kini menjadi penanda aras kepada kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol bola sepak di seluruh dunia kerana salah laku beliau ketika mengendalikan bola di perlawanan akhir Champions League ketika tewas kepada Real Madrid.
Untuk rekod, Karius sememangnya mempunyai rekod yang tidak meyakinkan bersama Liverpool namun segalanya nampak berubah selepas pertengahan musim Premier League. Pentas final menjadi pilihan Karius lalu menjadi penanda aras.
Di Piala Dunia Russia 2018 ramai penjaga gol melakukan kesilapan yang paling diingati adalah David De Gea, Caballero dan sudah tentu Hugo Lloris ketika perlawanan akhir juga namun kerana kemenangan Perancis siapa peduli.
Ketika kesilapan Karius semakin dilupakan, Karius kembali menghangatkan dunia maya dengan rentetan kesilapan di pra musim bersama Liverpool bermula di sesi latihan hinggalah ke perlawanan pra musim.
Lagenda penjaga gol dunia dari Sepanyol telah menyatakan sokongan moral dengan memberi kata-kata semangat kepada Karius ekoran permainan kelakariusnya di padang dan mengecam mereka yang mengutuk Karius.
“Adakah serangan terhadap Loris Karius tidak akan berakhir?”
“Aku bercakap mengenainya seperti kebanyakkan penjaga gol yang lain. Banyak lagi masalah serius dalam dunia ini. F###! Biarkan dia berjalan keseorangan! Dia juga manusia. Seperti kita semua!”
Este ataque a @LorisKarius va a terminar alguna vez? Hablo de él como tantos otros guardametas. Hay muchos más problemas serios en el mundo joder! Dejar al chaval en paz! También es persona. Como lo somos todos!
— Iker Casillas (@IkerCasillas) July 22, 2018
Tidak berakhir disitu sokongan Casillas kepada penjaga gol Liverpool apabila bekas penjaga gol Real Madrid itu telah memuat naik video kesilapannya sepanjang bergelar penjaga gol handalan dunia yang fana ini.
“Dibelakang kita semua, ada seorang insan. Biarkan dia mengangkat tangannya tanpa pernah gagal. Belajar dari kesilapan akan menjadikan kita lebih kuat dan terimalah mereka dengan lebih peri kemanusian.”
Detrás de cada uno de nosotros, hay una persona. Que levante la mano quien no haya fallado alguna vez. Aprender de nuestros errores nos hará más fuertes y aceptarlos más humanos. #yotambienfallo pic.twitter.com/jwLOdicfTh
— Iker Casillas (@IkerCasillas) July 24, 2018
Ketika video ini dimuat naik bersama kata-kata semangat tidak pula nama Karius dipetik namun Casillas dipercayai memberi kata-kata semangat itu kepada Karius atau mungkin penjaga gol muda Kelantan atau penjaga gol Kuala Lumpur.
Mohammed Salah juga telah menyatakan sokongan kepada Karius tanpa berbelah bahagi.
“Bertabahlah Karius, perkara ini terjadi kepada pemain terbaik. Buat tak tau je kat mereka yang membenci.”
Stay strong Karius, it has happened to the best of players. Ignore those who hate.@LorisKarius
— Mohamed Salah (@MoSalah) July 23, 2018
Masa depan Karius bersama Liverpool tidak menentu selepas The Reds telah mengikat penjaga gol baru dari AS Roma dengan rekod perpindahan termahal di posisi penjaga gol iaitu Aliison Becker dengan harga £62 juta.