Cavani Digantung, Peminat Man United Meroyan Dan Salahkan Liverpool

Penyokong Manchester United kecewa dengan penggantungan Edinson Cavani oleh FA Inggeris.

Edinson Cavani digantung 3 perlawanan dan denda £100 ribu dan perlu menghadiri kelas khas untuk memahami isu sensitiviti rasis di England.

Cavani memuat naik status di IG selepas kemenangan berdepan Southampton.

Cavani tidak mahu memanjangkan lagi hal itu dan meminta maaf.

FA Inggeris yakin hukuman itu adalah tepat kerana mereka adalah organisasi yang menyokong gerakan Black Lives Matter.

Cavani dituduh menggunakan perkataan yang berbaur rasis. Namun penyerang Uruguay itu menafikannya dan menyatakan frasa Negrito digunakan beliau adalah tidak membawa kepada konotasi negatif di negaranya.

Cavani memadam status Instagram tersebut dan meminta maaf jika ada yang tersinggung.

Penggantungan 3 perlawanan itu dianggap satu keputusan tidak boleh diterima peminat Man United.

Mereka menganggap tindakan FA sebagai satu jenaka.

Peminat juga tak puas hati dengan tindakan FA yang dianggap memalukan dan merasakan sudah tiba masanya badan bola sepak Inggeris itu dibubarkan.

Bukan itu sahaja peminat Man United menganggap hukuman ke atas Cavani adalah tak adil berbanding pemain pasukan lain.

Namun yang kesian adalah pasukan yang seri dua kali berturut turut iaitu Liverpool. Tiba tiba nama mereka dipetik dan dipersalahkan.

Ada peminat Setan Merah yang menuduh nampak sangat FA adalah macai Liverpool dan sengaja mensabotaj Man United.

Seorang lagi peminat merasakan FA sengaja menyuruh Cavani digantung dalam aksi menentang Liverpool.

Namun rakannya menyedarkannya bahawa Cavani tersedia beraksi berdepan Liverpool. Jika perlawanan lain tak dibatalkan kerana covid.

Nampaknya FA Inggeris kini sedang hebat dihentam kerana sikap ego mereka tak nak menerima budaya negara lain termasuk bahasa.

BACA:  Cavani Meminta Bukan-Bukan Untuk Ke Manchester United