Pemain midfield Real Madrid, Dani Ceballos telah berkongsi gambar buku lalinya yang mengalami masalah kecederaan agak parah ketika beraksi untuk Sepanyol dalam perlawanan pembukaan di kejohanan Olimpik Tokyo.
Salah seorang dari tiga pemain yang melebihi had umur untuk skuad La Roja, telah turun dalam kesebelasan utama ketika beraksi bertemu Egypt semalam.
Bekas bintang Real Betis itu turun dalam pertemuan yang memperlihatkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan itu, namun beliau terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Pic | Ceballos ankle injury after being injured vs Egypt with Spain u23 national team in Summer Olympics games. pic.twitter.com/3IowYCzhfS
— Real Madrid Info ³⁴ (@RMadridInfo) July 22, 2021
Beliau dibelenggu masalah kecederaan tersebut selepas dikasari oleh Taher Mohamed tidak lama sebelum rehat separuh masa.
Pengadil perlawanan kemudiannya merujuk ke VAR dan mendapati kekasaran yang dilakukan oleh Taher seharusnya dihukum dengan layangan kad kuning.
Walau bagaimanapun, Ceballos tidak mampu untuk meneruskan permain kerana menahan kesakitan, dan selepas melihat gambar pergelangan kakinya, jelas ia memang kecederaan yang agak teruk dan parah.
Bintang berusia 24 tahun itu berkongsi gambar buku lalinya di media sosial selepas tamat perlawanan tersebut dan ia nampak seperti ada sebijik telor itik yang melekat di kakinya.
Ceballos' ankle… pic.twitter.com/z4b1VjgFzM
— Madrid Xtra. (@MadridXtra) July 22, 2021
Ramai yang beranggapan kekasaran yang dilakukan oleh Taher selayaknya dihukum dengan layangan kad merah dan bukan hanya kad kuning.
Ia kerana, tidak kira sama ada disengajakan atau tidak, namun kekasaran yang dilakukan itu jelas merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan para pada pemain lawan.
Pihak Persatuan Bola Sepak Sepanyol telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Ceballos mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya, dan keadaan beliau akan terus dipantau dalam tempoh 48 jam ini.
🎙| Luis de la Fuente (Olympic coach of Spain’s NT): “I think the injuries of Mingueza and Ceballos do not look good.” 🚨🚨 #Tokyo2020 🇪🇸 pic.twitter.com/n8e8wOpmXV
— BarçaTimes (@BarcaTimes) July 22, 2021
Pemain pertahanan Barcelona, Oscar Mingueza turut dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan pada aksi babak pertama permainan.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol, Luis De La Fuente kini terdesak untuk berharap agak kedua-dua pemain itu tidak mengalami kecederaan yang begitu parah dan akan segera boleh kembali beraksi.
“Mereka merupakan keutamaan kami ketika ini”
Jelas beliau kepada Metro.
It's hard to tell from footage whether the defender should have got a red card for his tackle on Dani Ceballos, but there's no doubt it's a gruesome injury! 🤢 pic.twitter.com/0r5WTkiYFG
— SPORTbible (@sportbible) July 22, 2021
“Kita akan terus melihat jika saya tak salah, mereka akan boleh kembali pulih dalam tempoh waktu yang lebih cepat dari yang dijangkakan. Kedua-dua mereka sebenarnya dibelenggu masalah kecederaan yang boleh mengakibatkan mereka diketepikan buat sementara waktu.”
“Sekarang kami akan melihat bagaimana perkembangan terhadap kecederaan mereka. Tapi mereka sepertinya tidak nampak dalam keadaan yang begitu baik.”
Sepanyol di kejohanan Olimpik kali ini telah diletakkan dalam kumpulan C dan mereka selepas ini akan berdepan dengan Australia dan Argentina dalam dua lagi perlawanan di peringkat kumpulan.
Selepas menghabiskan dua musim sebagai pemain pinjaman bersama Arsenal, Ceballos dijangka akan kembali ke Madrid.
Khidmat beliau sepertinya diperlukan oleh Carlo Ancelloti yang kembali menjadi pengurus Real Madrid buat kali yang kedua dalam kariernya.
Injury scare for Real Madrid as Dani Ceballos is forced off after his ankle BALLOONS following a nasty challenge https://t.co/OeYvarTJ72
— MailOnline Sport (@MailSport) July 22, 2021
Skuad Olimpik Sepanyol tidak dinafikan antara pasukan kegemaran untuk memenangi pingat emas dengan mereka membarisi para pemain yang luar biasa hebat di kejohanan kali ini.
Namun dengan masalah seperti kecederaan pemain ini, sedikit sebanyak ia mungkin akan mengganggu perjalanan skuad La Roja untuk mara lebih jauh di kejohanan ini.
Sumber: SPORTbible