CEO Arsenal Mahu Mikel Arteta Ganti Tempat Arsene Wenger

Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis dilaporkan berminat untuk melantik Mikel Arteta sebagai pengganti Arsene Wenger, menurut satu sumber yang dekat dengan Sky Sports.

Dalam perkembangan terbaru, pengurus berusia 68 tahun itu menggemparkan dunia bolasepak apabila mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan pada hujung musim ini dan mengakhiri pertalian 22 tahun bersama The Gunners.

Arteta menjadi calon pilihan kerana beliau masih lagi muda dan senang untuk dikawal

Perletakan jawatan Wenger turut didorong oleh kritikan dan bantahan berterusan daripada segelintir peminat Arsenal yang mahu beliau berundur kerana pencapaian pasukan yang mengecewakan beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun keputusan muktamad siapa yang bakal menjadi pengurus Arsenal terletak di tangan pemilik pasukan iaitu Stan Kroenke, Gazidis adalah individu yang berkuasa penuh untuk memilih calon untuk disyorkan kepada pemilik.

Gazidis pernah berkata Arsenal berani dalam usaha mereka mencari pengurus pasukan yang seterunsnya. Walaupun Mikel Arteta memiliki pengalaman yang cetek dalam bidang pengurusan, Gazidis percaya bekas kapten Arsenal itu memiliki kredabiliti yang mencukupi untuk memegang kerusi panas tersebut.

Sejak bersara dari bolasepak 2 musim yang lalu, Arteta telah menyertai barisan kejurulatihan Manchester City untuk mempelajari selok belok menguruskan pasukan daripada Pep Guardiola.

Arteta the Next Guardiola ?

Arsenal masih lagi belum membuat pengumuman rasmi mengenai pengganti Wenger tetapi pada Isnin lalu, Gazidis telah memberikan satu taklimat kepada hampir 200 staff Arsenal mengenai usaha teliti mereka untuk mencari pengurus Arsenal yang seterusnya.

Gazidis bersama-sama Ketua Pegawai Operasi Bolasepak, Raul Sanllehi dan Ketua Bahagian Pengambilan Pemain, Sven Mislintat akan duduk semeja berbincang minggu ini bagi menyenarai pendek calon pilihan mereka.

Menurut sumber Sky Sports, Sanllehi yang pernah bekerja sebagai direktor bolasepak di Barcelona mahu Luis Enrique dipilih untuk menggantikan Wenger.

Enrique menguruskan Barcelona selama 3 musim bermula tahun 2014 dan beliau berjaya memenangi Liga Juara-Juara di samping dua kejuaraan La Liga. Beliau meletakkan jawatannya di Barcelona pada hujung musim lepas dan dilaporkan sangat berminat untuk kembali menguruskan pasukan atasan Eropah, terutamanya di England.

Luis Enrique dilaporkan menjadi calon pilihan buat masa sekarang. Mungkin Lionel Messi akan turut serta

Walaubagaimanapun, Sven Mislintat yang menyertai Arsenal pada November lalu dari Borussia Dortmund dilaporkan berminat untuk mencalon jurulatih muda dari Jerman, Julian Nagelsmann yang kini menguruskan Hoffenheim. Selain itu, jurulatih Schalke, Domenico Tedesco turut menerima sokongan Mislintat.

Sebelum ini, bekas pengurus Dortmund, Thomas Tuchel dikatakan menjadi calon pilihan untuk menggantikan tempat Wenger tetapi menurut laporan tidak rasmi dari Perancis, beliau telah bersetuju untuk menyertai Paris Saint-Germain menggantikan tempat Unai Emery.

Selain dari calon-calon yang disebut di atas, dua bekas pengendali Liverpool, Brendan Rodgers dan Rafa Benitez juga telah dikaitkan untuk mengisi jawatan pengurus Arsenal yang bakal kosong tidak lama lagi.

BACA:  Carabao Cup 2020/21: Liverpool 0-0 Arsenal* (Penalti 4-5)