Sebuah kelab bola sepak dari Canada, CF Montreal telah menjual penyerang utama mereka, Erik Hurtado yang baru saja tujuh bulan menandatangani kontrak bersama mereka.
Pihak kelab memutuskan untuk menjual penyerang yang baru mereka tandatangani itu kerana Erik menolak untuk menerima suntikan vaksin C0V-19.
Pasukan dari Canada itu terpaksa berpangkalan di Amerika ketika wabak pandemik sedang teruk melanda kawasan mereka pada ketika ini.
MLS's CF Montreal traded Erik Hurtado today to Columbus Crew for $200,000 due to his unwillingness to get the COVID-19 vaccine pic.twitter.com/HNpq83zFpz
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) July 8, 2021
Mereka turut bermain perlawanan ‘home’ di gelanggang berkecuali sepanjang kempen MLS sejak dari awal penularan wabak pandemik itu.
Quebec dan Ontario ketika ini telah melonggarkan perintah kawalan pergerakan dengan mereka kini membenarkan para pemain dari Montreal dan Toronto FC untuk kembali semula menjalani latihan di Canada.
Walau bagaimanapun, setakat ini hanya dibenarkan untuk menjalani latihan sahaja dan belum dibenarkan untuk kembali beraksi di gelanggang utama mereka.
Tambahan lagi, hanya pemain yang sudah menerima suntikan vaksin sahaja yang akan dibenarkan untuk kembali ke Canada pada ketika ini.
Ia bermaksud Hurtado tidak akan dibenarkan untuk kembali menyertai pasukannya menjalani latihan di Canada kerana beliau belum menerima suntikan vaksin.
CF Montreal have traded Erik Hurtado to Columbus Crew for $200,000 in GAM after the forward refused to be vaccinated against COVID-19.https://t.co/N6DKpSddVo
— Zach Lowy (@ZachLowy) July 8, 2021
Pemain penyerang itu baru menandatangani perjanjian bersama Montreal pada Februari lalu dan kini beliau telah dijual kepada Columbus Crew dengan yuran perpindahan bernilai $200,000.
“Memang ada pasukan yang berminat untuk mendapatkan Erik sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan kami mendengar semua tawaran itu, walau kami sebenarnya sangat berpuas hati dengan usaha Erik.”
Jelas Sporting director Montreal, Olivier Renard.
“Ia kerana beliau masih belum menerima suntikan vaksin C0V-19, situasi dia sedikit bermasalah dan kami mula mempertimbangkan untuk menjual dia ketika kami disahkan boleh kembali ke Montreal.”
“Sebelum melaksanakan itu, Erik sendiri sudah mengesahkan yang dia tidak selesa untuk mengambil suntikan vaksin, jadi kami kecualikan dia dari hal itu, yang mana kami rasa ini jalan terbaik.”
#Crew96 complete a trade with CF Montreal to acquire forward Erik Hurtado. https://t.co/tnATy98g5C pic.twitter.com/7NfEWohbZL
— Massive Report (@MassiveReport) July 8, 2021
“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Eric atas sikap profesional beliau dan berharap dia akan lebih berjaya dalam karier dia selepas ini.”
Perpindahan itu sepertinya bagus juga untuk Columbus, dengan penyerang mereka, Gyasi Zardes yang menyertai skuad Amerika Syarikat dalam saingan Gold Cup dan Bradley Wright Phillips sedang dibelenggu masalah kecederaan.
Hurtado hanya sempat membuat tujuh penampilan sahaja bersama Montreal dari hari pertama beliau ditandatangani secara percuma pada Februari lalu.
Beliau sudah tidak membuat sebarang penampilan sejak dari Mei lalu dan kini Hurtado telah sah akan meninggalkan Montreal untuk menyertai Columbus.
MLS side have sold striker after he REFUSED to get the coronavirus vaccine https://t.co/ti9OxQHa3C
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) July 9, 2021
Montreal kini berada di kedudukan keempat dalam saingan Eastern Conference dan mereka hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari Columbus dengan mereka masih belum bertemu sehingga September nanti.
Toronto FC mungkin akan mengikut langkah yang sama seperti dilakukan oleh Montreal dengan mereka mahu menjual pemain midfield kelab, Nick DeLeon yang juga menolak untuk menerima suntikan vaksin.
GM kelab, Ali Curtis turut menyatakan yang masih ada dua ke tiga pemainnya yang belum mendapatkan suntikan dos kedua vaksin C0V-19.
MLS CF Montreal sell striker Erik Hurtado because he REFUSED to get the Covid vaccine https://t.co/wFCA9TXjTs
— MailOnline Sport (@MailSport) July 9, 2021
CEO Vancouver Whitecaps dan sporting director, Axel Schuster telah mengesahkan yang kesemua pemain mereka telah menerima suntikan vaksin, maka mereka tiada masalah untuk kembali ke Canada.
Sumber: SB