Chamberlain Tendang Botol Air Selepas Dikeluarkan

Alex Oxlade-Chamberlain telah meluahkan kekecewaan dan ketidakpuasan hatinya dengan menendang botol air di tepi padang selepas dikeluarkan ketika England menang 1-0 keatas Slovenia sekaligus mara ke Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 24 tahun itu terus bergelut dan membuat kelakar bersama pasukan kebangsaan pula selepas aksi sendu di kelab. Pada minit ke-64 Chamberlain ditukarkan dengan Jesse Lingard dan ajaibnnya permainan England kembali ada sinar.

Ketika keluar padang inilah Chamberlain menunjukkan perangai yang buruk dengan menendang botol yang tidak bersalah. Serba serbi buruk dari prestasi di padang sehingga perangai di luar padang.

Nasib baik tak da video.

Bekas pemain Arsenal itu gagal mendatangkan sebarang impak kepada pasukan barunya, Liverpool malah seolah-olah membawa malang kepada The Reds.

Keputusan Gareth Southgate menyenaraikan Chamberlain dalam kesebelasan utama mengejutkan banyak pihak. Nyata kepercayaan Southgate gagal dibalas Chamberlain.

Pelbagai reaksi dari netizen selepas Chamberlain di gantikan.

https://twitter.com/dougphelan63/status/916033186676736000

Baca Juga

Baca Juga