Champion League 2020/21: Juventus 0-2 Barcelona

Barcelona berjaya bangkit daripada kekalahan di El Clasico di kaki Real Madrid dalam kempen Eropah mereka apabila berjaya menewaskan Juventus dua gol tanpa balas.

Alvaro Morata mencetuskan sensasi dan menjadi bualan dunia bola sepak selepas tiga gol jaringan beliau telah dibatalkan dan semuanya kerana offside.

Ousmane Dembele membuka tirai jaringan pada minit ke-14 dengan satu jaringan cantik walaupun terbias pemain Juventus.

Kesemua tiga gol daripada Morata telah dibatalkan oleh Video Assistant Referee(VAR) dan tiada keraguan dengan keputusan VAR itu walaupun agak luar biasa.

Dah la tiga gol batal Merih Demiral pula dilayangkan kad merah pada minit ke-85 selepas mengutip dua kad kuning.

Lionel Messi melengkapkan kemenangan Barcelona dengan jaringan kedua pada minit ke-90 melalui sepakan penalti.

Barcelona layak untuk mengutip 3 mata dalam perlawanan ini kerana lebih menyerlah dan padu dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Juventus ini.

Morata dan ofside sangat mesra serta tidak dapat dipisahkan.

Juventus (3-4-3): Szczesny; Demiral, Bonucci, Danilo; Cuadrado, Bentancur (Arthur 83), Rabiot (Bernardeschi 83), Kulusevski (McKennie 75); Chiesa, Dybala, Morata

Subs not used: Buffon, De Winter, Frabotta, Pinsoglio, Portanova, Ramsey, Riccio

Barcelona (4-2-3-1): Neto; Alba, Lenglet, Araujo (Busquets 46), Roberto; de Jong, Pjanic; Dembele (Fati 66), Pedri (Braithwaite 90+2), Griezmann (Firpo 89); Messi

Subs not used: Alena, Dest, Pena, Puig, Tenas, Trincao

BACA:  Kisah Bintang Muda Juventus Dari Korea Utara Yang Pernah Pernah Curi Perhatian Liverpool Tetapi Tak Kenal Steven Gerrard