Champions League 2019/20: Barcelona 3-1 Napoli (Agg.4-2)

Barcelona melalui musim yang suram dan penuh bermasalah namun tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir apabila membenam Napoli 3-1.

Seawal minit kedua Napoli hampir di hadapan tapi sayang percubaan Dries Merten menghentam tiang gol sebelah luar.

Minit ke-10 Barcelona membuka tirai jaringan melalui sundulan Clement Lenglet yang berpunca daripada sepakan penjuru Ivan Rakitic.

Lionel Messi menggandakan kedudukan melalui satu gelecekan dan tarian solo seperti membuat video Tik Tok.

Dikepung tiga pemain Napoli, Messi berjaya lolos walalupun sudah terjatuh Messi bangkit meneruskan larian.

Tiga empat orang lagi pemain Napoli datang menghalang namun selicik belut Messi berjaya melepaskan sepakan sambil tergelecoh dari ruangan sempit.

Gilo betul gol ini.

Pada minit ke-30 sekali lagi Messi menggegar gawang namun gol tersebut dibatalkan kerana bola terkena tangan.

Penghujung babak pertama, Barcelona dan Napoli mendapat sepakan penalti selepas Kalidou Koulibaly dituduh menyepak kaki Messi.

Luis Suarez tiada masalah untuk meletakkan bola ke dalam gawang.

Kalidou Koulibaly mahu melakukan sepakan namun Messi datang dari belakang dan sepakan Kalidou Koulibaly terus menyapu kaki Messi.

Penalti ke tidak?

Ivan Rakitic telah mengasari Dries Merten dan sepakan penalti diberikan lalu disudahkan oleh Lorenzo Insigne.

Bersambung separuh masa kedua tiada lagi gol tambahan dan kedudukan kekal 3-1 membawa Barcelona ke suka akhir dengan agregat 4-2.

Hanya 45 minit sahaja diperlukan Messi untuk membunuh semangat juang Napoli dengan aksi tidak masuk akal.

BARCELONA: Ter Stegen, Semedo, Pique, Lenglet, Alba, De Jong, Rakitic, Roberto, Griezmann (Monchu 82), Suarez (Firpo 90), Messi

SUBS NOT USED: Neto, Pena, Puig, Fati, Mingueza, Araujo, De La Fuente, Reis, Orellana

NAPOLI: Ospina, Di Lorenzo, Koulibaly, Manolas, Mario Rui, Zielinski (Lozano 70), Demme (Lobtoka 46), Ruiz (Elmas 70), Callejon (Politano 70), Mertens, Insigne (Milik 79)

SUBS NOT USED: Meret, Allan, Llorente, Luperto, Maksimovic, Hysaj, Karnezis

BACA:  Media Arab Saudi Lapor UEFA Sedang Pertimbang Al Nassr Untuk Sertai Champions League Musim Hadapan