Champions League 2019/20: Borussia Dortmund 2-1 Paris Saint-Germain

Pemain muda sensasi Erling Braut Haaland telah menjaringkan dua gol untuk Borussia Dortmund ketika menentang PSG pada perlawanan pertama untuk pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Baru berusia 19 tahun tetapi beliau sudah menunjukkan ketajaman sebagai seorang penyerang yang sangat berbisa.

Pembelian yang sangat berbaloi untuk Dortmund. Haaland membuktikan beliau adalah penyerang terbaik di dunia untuk waktu ini.

Jaringan pertama Haaland terhasil dalam situasi agak sukar tetapi dia berjaya menyumbat bola ke gawang lawan untuk membolehkan Dortmund mendahului 1-0.

Erling Haaland membuka jaringan pada minit ke-69 selepas rembatan Raphael Guerreiro telah terkena kaki beliau.

Namun bola itu pantas dijolok masuk Haaland untuk menewaskan Keylor Navas yang datang menerpa.

Neymar kemudian menyamakan kedudukan untuk pasukan kendalian Thomas Tuchel sebelum Haaland melepaskan serangan ganas untuk meletakkan Dortmund di depan untuk kali kedua.

Pada minit ke-75, larian solo Kylian Mbappe berjaya memecah belahkan kubu pertahanan Borussia Dortmund dengan mudah sekali.

Dengan pertahanan Dortmund sudah barai, Mbappe menghantar bola kepada Neymar yang tidak dikawal untuk menolak masuk jaringan penyamaan.

Jaringan yang kedua Haaland sangat sangat luar biasa hebat seperti Liverpool hebatnya.

Haaland Melepaskan rembatan halilintar berkuasa 99 petala langit membuatkan bola terkulai layu di dalam jaring PSG.

Sememangnya tidak boleh dinafikan gol kedua itu sememangnya cantik dan cukup segala rencah.

Pemain muda Norway menjaringkan dua gol di Signal Iduna Park lalu menjadikan beliau penjaring paling berbisa di UCL dengan menjaringkan 10 gol setara Robert Lewandowski.

Peminat terpegun dan sangat kagum dengan jaringan kedua Haaland. Pemain muda itu sememangnya pembelian yang berbaloi untuk Dortmund.

Para peminat yang teruja dengan jaringan Haaland itu membanjiri media sosial dengan memuat naik status memuji pemain berusia 19 tahun itu.

Gol ini juga merupakan gol ke-11 Haaland dalam tujuh pernampilan bersama Borussia Dortmund dalam semua kejohanan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Haaland sedang dalam perjalanan untuk menjadi salah satu yang terbaik di dunia.

Jaringan demi jaringan dilakukan Haaland menjadikan peminat teruja untuk melihat aksi beliau setiap kali beliau turun beraksi.

Sama-sama kita nantikan adakah akan ada lagi gol padu dan cantik dari Haaland di masa akan datang atau tidak. Haaland harus di puji atas ketajaman yang telah beliau buktikan.

Berbekalkan dua gol untuk di bawa ke Paris mungkin tidak mencukupi.

Namun apa yang menarik untuk dilihat dalam perlawanan kedua nanti adalah melihat aksi Haaland bermain di gelanggang lawan yang pasti mendebarkan.

Borussia Dortmund: Burki, Piszczek, Hummels, Zagadou, Hakimi, Can, Witsel, Guerreiro, Sancho (Schmelzer 90), Haaland, Hazard (Reyna 67)

Subs not used: Dahoud, Gotze, Schulz, Akanji, Hitz

PSG: Navas, Marquinhos, Thiago Silva, Kimpembe, Meunier, Gueye, Verratti, Kurzawa, Di Maria (Sarabia 77), Neymar, Mbappe;

Subs not used: Kehrer, Cavani, Sergio Rico, Icardi, Draxler, Nianzou Kouassi

BACA:  Budak Emas Haaland Jaring Empat Gol Di Separuh Masa Kedua