Champions League 2019/20 Final: PSG 0-1 Bayern Munich

Perlawanan akhir Champions League bagi musim 2019/20 menemukan dua pasukan, satu pasukan kaya-raya daripada Perancis, Paris Saint-Germain dan gergasi Bundesliga, Bayern Munich yang tidak asing lagi di kejohanan ini.

Sejak dilimpahkan dengan wang daripada Pak Arab, paling jauh, PSG hanya mampu mara ke suku akhir sahaja walalupun dibarisi pemain bintang dan termahal dunia.

Pelaburan Pak Arab dari Timur Tengah sejak beberapa tahun yang lalu ke atas PSG akhirnya membuahkan hasil apabila mara ke final buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Bayern Munich kembali menyengat selepas bola sepak kembali bersambung dan nyata konsisten di kejohanan domestik sehingga ke kejohanan Eropah.

Kemenangan 8-2 ke atas Barcelona di suku akhir telah memadamkan kenangan ramai apabila Bayern Munich menewaskan Chelsea dengan agregat 7-1.

Sebelum ini kelab dari London menjadi belasahan Bayern Munich tetapi kekalahan besar Barcelona sebagai gergasi Eropah dalam satu perlawanan nyata mengejutkan dunia bola sepak.

Bayern Munich pula merupakan pemenang 5 kali Champions League sejak dipertandingkan 1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01 dan kali terakhir bergelar juara 7 tahun yang lalu pada musim 2012–13.

Ini merupakan kali ke-11 Bayern Munich mara ke perlawanan akhir Champions League, menyamai rekod AC Milan. Real Madrid paling banyak ke final dengan 16 kali.

Bayern Munich Juara Champions League 2019/20

Pengadil meniup wisel menandakan bermula perlawanan akhir Champions League bagi musim 2019/20 dan perebutan bagi mencari juara akan ditentukan oleh aksi para pemain PSG dan Bayern Munich.

Perlawanan bermula agak perlahan selapas percubaan awal Bayern Munich mudah dipatahkan dan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati bagi membaca rentak permainan lawan.

Robert Lewandowski hampir saja membuka tirai jaringan selepas berjaya melakukan satu rembatan dengan membuat satu putaran badan yang sangat cantik.

Tapi sayang, walaupun Keylor Navas sudah tertewas namun tiang gol menjadi penghalang.

Neymar pula gagal menyempurnakan hantaran cantik Kylian Mbappe apabila Manuel Neuer lebih bersedia untuk mengeluarkan bola dengan kaki.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Perlawanan rancak usai babak kedua bersambung di mana kedua-dua pasukan berbalas serangan walaupun tiada jaringan yang terhasil.

Kerancakan perlawanan terganggu dengan kekasaran Serge Gnabry ke atas Neymar yang menjadi lumrah bola sepak, namun lakonan berlebihan Neymar memanaskan keadaan.

Aksi panas yang disebabkan Neymar ini menyebabkan Leandro Daniel Paredes dialyangkan kad kuning kerana konfrontasi ke atas Gnabry yang turut menerima kad kuning kerana kekasaran yang dilakukan.

Kingsley Coman membuka tirai jaringan melalui satu sundulan dengan menghantuk bola sesedap rasa mencari bucu gawang menyaksikan bola melantun masuk menewaskan Keylor Navas.

Sejurus selepas jaringan tersebut dua percubaan merbahaya secara berturut-turut telah dilakukan Bayern Munich, mujur berjaya dikeluarkan pertahanan PSG.

Berbaki 15 minit permainan pemain PSG nampak koyak dan tertekan dengan kelebihan satu gol yang dimiliki oleh Bayern Munich dan hanya mampu mengutip kad kuning.

Masa kecederaan selama 5 minit telah diberikan oleh pengadil dan Bayern Munich tampak tenang bersahaja mengasak asakan PSG sehingga wisel penamat.

Nyata PSG gagal untuk menyaingi Bayern Munich dalam perlawanan ini, Kylian Mbappe, Neymar dan Angel Di Maria tenggelam punca dalam perlawanan ini.

Tangisan Neymar usai wisel penamat ditiup menjadi sorotan kamera.

Bayern Munich mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama mencatatkan 100 peratus kemenangan di kempen Champions League dalam semusim dengan 11 kemenangan.

Bayern Munich menyamai rekod Liverpool dengan kemenangan buat kali ke-6 di pentas Champions League. 1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01, 2012–13 dan 2019/20.

Kesebelasan Utama PSG vs Bayern Munich

Berikut merupakan kesebelasan utama pasukan PSG dan Bayern Munich:

PSG: Navas, Kehrer, Thiago Silva, Kimpembe, Bernat, Ander Herrera, Marquinhos, Paredes, Di Maria, Neymar, Mbappe.

Subs: Verratti, Sergio Rico, Choupo-Moting, Icardi, Sarabia, Kurzawa, Diallo, Draxler, Bakker, Gueye, Bulka, Dagba.

Bayern Munich: Neuer, Kimmich, Boateng, Alaba, Davies, Goretzka, Thiago, Gnabry, Muller, Coman, Lewandowski.

Subs: Odriozola, Sule, Pavard, Javi Martinez, Coutinho, Cuisance, Perisic, Lucas, Tolisso, Ulreich, Zirkzee, Hoffmann.

BACA:  Masa Depan Harry Kane Bakal Dimuktamadkan Isnin Hadapan