Champions League 2019/20: Paris Saint-Germain 2-0 Borussia Dortmund (Agg. 3-2)

Paris Saint-Germain telah dikejutkan dengan kehebatan pemain muda sensasi masa kini, Erling Braut Haaland dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik.

Pemain muda Norway itu telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini dan mempamerkan aksi penuh meyakinkan serte cemerlang di Champions League.

Namun PSG berjaya membawa bekalan satu gol tempat lawan untuk perlawanan kedua di laman sendiri.

Beberapa hari sebelum perlawanan, berita buruk menimpa PSG apabila ayam tambatan mereka, Kylian Mbappe disyaki dijangkiti Coronavirus.

Selepas ujian perubatan dilakukan Mbappe didapati negatif dan bebas daripada wabak yang kian menular dengan teruknya ketika ini.

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong PSG dan juga peminat bola sepak di dunia. Namun beliau masih lagi berada dalam pemantauan oleh petugas perubatan.

Mbappe tidak berada dalam senarai kesebelasan utama dan hanya dibangku simpanan untuk perlawanan kedua ini kerana terlepas sesi latihan.

Perlawanan antara PSG dan Borussia Dortmund ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton kerana Coronavirus.

Selepas 28 minit perlawanan berlangsung Neymar telah menyamakan agregat dengan satu sundulan terbang.

Gol berpunca daripada sepakan penjuru Angel Di Maria yang sedap disundul oleh Neymar.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Juan Bernat telah menggandakan kedudukan dan PSG mendahului 3-2 secara agregat.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada lagi tambahan gol bagi kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-89 Emre Can telah dilayangkan kad merah dalam usaha Borussia Dortmund mencari sekurang-kurangnya satu gol bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Can telah menerjah keras Neymar lalu dilayangkan kad kuning, tidak cukup dengan itu, Can telah menolak Neymar.

Pengadil perlawanan, Anthony Taylor tiada pilihan lain dengan perangai Can itu lalu melayangkan kad merah.

Dengan masa kecederaan selama lima minit gol yang dimahukan Borussia Dortmund tidak kunjung tiba.

PSG mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.

PSG XI: Navas; Kehrer, Marquinhos, Kimpembe, Bernat; Paredes, Gueye; Di María, Sarabía; Neymar, Cavani

Dortmund XI: Bürki; Piszczek, Hummels, Zagadou; Hakimi, Can, Witsel, Guerreiro; Sancho, Hazard, Haaland

Champions League 2019/20: Borussia Dortmund 2-1 Paris Saint-Germain

Pemain muda sensasi Erling Braut Haaland telah menjaringkan dua gol untuk Borussia Dortmund ketika menentang PSG pada perlawanan pertama untuk pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Baru berusia 19 tahun tetapi beliau sudah menunjukkan ketajaman sebagai seorang penyerang yang sangat berbisa.

Pembelian yang sangat berbaloi untuk Dortmund. Haaland membuktikan beliau adalah penyerang terbaik di dunia untuk waktu ini.

Jaringan pertama Haaland terhasil dalam situasi agak sukar tetapi dia berjaya menyumbat bola ke gawang lawan untuk membolehkan Dortmund mendahului 1-0.

Erling Haaland membuka jaringan pada minit ke-69 selepas rembatan Raphael Guerreiro telah terkena kaki beliau.

Namun bola itu pantas dijolok masuk Haaland untuk menewaskan Keylor Navas yang datang menerpa.

Neymar kemudian menyamakan kedudukan untuk pasukan kendalian Thomas Tuchel sebelum Haaland melepaskan serangan ganas untuk meletakkan Dortmund di depan untuk kali kedua.

Pada minit ke-75, larian solo Kylian Mbappe berjaya memecah belahkan kubu pertahanan Borussia Dortmund dengan mudah sekali.

Dengan pertahanan Dortmund sudah barai, Mbappe menghantar bola kepada Neymar yang tidak dikawal untuk menolak masuk jaringan penyamaan.

Jaringan yang kedua Haaland sangat sangat luar biasa hebat seperti Liverpool hebatnya.

Haaland Melepaskan rembatan halilintar berkuasa 99 petala langit membuatkan bola terkulai layu di dalam jaring PSG.

Sememangnya tidak boleh dinafikan gol kedua itu sememangnya cantik dan cukup segala rencah.

Pemain muda Norway menjaringkan dua gol di Signal Iduna Park lalu menjadikan beliau penjaring paling berbisa di UCL dengan menjaringkan 10 gol setara Robert Lewandowski.

Peminat terpegun dan sangat kagum dengan jaringan kedua Haaland. Pemain muda itu sememangnya pembelian yang berbaloi untuk Dortmund.

Para peminat yang teruja dengan jaringan Haaland itu membanjiri media sosial dengan memuat naik status memuji pemain berusia 19 tahun itu.

Gol ini juga merupakan gol ke-11 Haaland dalam tujuh pernampilan bersama Borussia Dortmund dalam semua kejohanan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Haaland sedang dalam perjalanan untuk menjadi salah satu yang terbaik di dunia.

Jaringan demi jaringan dilakukan Haaland menjadikan peminat teruja untuk melihat aksi beliau setiap kali beliau turun beraksi.

Sama-sama kita nantikan adakah akan ada lagi gol padu dan cantik dari Haaland di masa akan datang atau tidak. Haaland harus di puji atas ketajaman yang telah beliau buktikan.

Berbekalkan dua gol untuk di bawa ke Paris mungkin tidak mencukupi.

Namun apa yang menarik untuk dilihat dalam perlawanan kedua nanti adalah melihat aksi Haaland bermain di gelanggang lawan yang pasti mendebarkan.

Borussia Dortmund: Burki, Piszczek, Hummels, Zagadou, Hakimi, Can, Witsel, Guerreiro, Sancho (Schmelzer 90), Haaland, Hazard (Reyna 67)

Subs not used: Dahoud, Gotze, Schulz, Akanji, Hitz

PSG: Navas, Marquinhos, Thiago Silva, Kimpembe, Meunier, Gueye, Verratti, Kurzawa, Di Maria (Sarabia 77), Neymar, Mbappe;

Subs not used: Kehrer, Cavani, Sergio Rico, Icardi, Draxler, Nianzou Kouassi

BACA:  Pengadil Rasis PSG vs Istanbul Basaksehir Bakal Digantung 10 Perlawanan